Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Showing posts with label Kenyataan Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Rasmi. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

Mahasiswa Diugut Untuk Mengundi Aspirasi


Beberapa hari lepas, kami di peringkat GABUNGAN MAHASISWA UKM ada menerima beberapa aduan daripada pelajar tahun satu dan ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang terdiri daripada beberapa Kolej Kediaman Universiti. Mereka mengadu bahawa ada ahli MEP yang “dipaksa” untuk membuat culaan bilik ke bilik dan bertanya mengenai parti apa yang akan disokong menjelang Pilihanraya Kampus nanti. Ada juga yang diugut sekiranya mereka mengundi Gabungan Mahasiswa UKM.

Ingin kami perjelaskan disini, kita sebagai Mahasiswa/wi Universiti bebas untuk memilih mana-mana parti yang ingin disokong. Mereka (beberapa pentadbiran kolej) tidak layak memaksa mana-mana pelajar untuk mengundi mana-mana calon yang akan bertanding.

Selain itu juga, kami terkilan atas perbuatan Aspirasi dalam usaha mengaut keuntungan untuk meraih sokongan pada PRK kali ini, perbuatan menghasut Penghuni Kolej tidak patut dialakukan. Mahasiswa berhak berfikir serta memilih apa dan siapa yang ingin disokong tanpa perlunya paksaan dan hasutan dari mana-mana pihak. Sungguh kami amat mengecam tindakan tersebut seterusnya kami memohon agar suatu tindakan dapat diambil untuk merungkai permasalahan ini.

Apakah ini NILAI POLITK yang anda laung-laungkan selama ini. Kononnya “[Aspirasi Mendepani Politik Nilai]“. Beberapa hari yang lalu kita telah dihangatkan dengan isu yang melibatkan pembawaan individu dan imej dalam kerangka yang berbeza tetapi konsep yang sama. Adakah mengugut itu “POLITIK NILAI” yang anda depani?

“Dengan tindakan sebegini, kita akan diperlihatkan bagaimana reaksi dari orang tertentu dan seterusnya Mahasiswa akan mampu menilai siapakah yang sebenarnya memiliki nilai perjuangan yang sebenar.”
Ingin kami tekankan di sini, andalah yang berhak memikirkannya.

ABDUL KAHAR HAMZAH
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Monday, September 16, 2013

Aspirasi Wajib Malu


Fakta Nombor Penentuan Ranking Universiti:

1. Reputasi pencapaian akademik (40%)
2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
5. Keantarabangsaan pelajar (5%)
6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)

Tuduhan pihak Aspirasi, berkenaan jatuhnya ranking UKM disebabkan atas tindakan GMUKM/PMUKM yang lebih cenderung memburukan nama Universiti Kebangsaan Malaysia adalah semata-mata “desperate accusation”. Tuduhan tersebut yang mengambil kesimpulan mudah, berdasarkan analisis singkat cukup menunjukkan tahap keintelektualan yang lemah dalam kalangan pimpinan Majlis Tertinggi Aspirasi.

Monday, March 4, 2013

"Memalukan, menjijikkan dan jauh dari rasa Bertuhan" - Khamis, MPP GM-FPI



[ Falsafah Varsiti ]

"Memalukan, menjijikkan dan jauh dari rasa Bertuhan", itu respon saya terhadap peristiwa mengaibkan tokoh ulamak merangkap Menteri Besar Kelantan dan individu mahasiswa UKM. Peristiwa yang berlaku memperlihat situasi yang memalukan bagi kelompok intelektual kerana seolah-olah menidakkan maruah sesama manusia yang lain. Ini jelas bersalahan dengan akhlak dan nilai moral hidup manusia beragama.

p/s: Nasihat saya agar 'si pelaku @ pelaku-pelaku' bertaubat kepada Allah (Tuhan) serta berani untuk bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku, kerana ini soal hubungan sesama manusia. Jangan ulangi kesalahan mereka yang terdahulu kerana semuanya pasti menerima balasan disisi-Nya.

Firman Allah [Saba': 26]:
"Tuhan kita akan mengumpulkan kita semua, Kemudian dia memberi Keputusan antara kita dengan benar. dan Dia-lah Maha pemberi Keputusan lagi Maha Mengetahui".

Saudara MOHD KHAMIS MOHD SANI
TIMBALAN PRESIDEN PMUKM 2013


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, March 3, 2013

"Satu penghinaan terhadap Ulama' yang disanjungi ramai" - Haziq


Saya tidak pasti ini angkara siapa. Tapi pokoknya ini adalah satu tindakan yang melampau. Satunya adalah memanggil nama Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan nama yang hina hingga saya sendiri tidak sanggup menyebutnya.

Ini adalah satu penghinaan terhadap Ulama' yang disanjungi ramai. Yang kedua adalah Ketidak bertanggungjawaban menyamakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan GMUKM dan diibaratkan sama dengan haiwan. Apakah mesej yang cuba disampaikan dalam kain rentang ini? - Haziq Asyraf, Pengerusi GMUKM. #MediaGM


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Monday, February 25, 2013

GMUKM Kecam UKM Langgar AUKU

Kenyataan Rasmi Gabungan Mahasiswa UKM Berhubung Tindakan Pentadbiran Menukar Nama PMUKM 


GMUKM kesal dengan tindakan pihak pentadbiran yang menukarkan legasi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUKM).

PMUKM telah ditubuhkan pada 13hb September 1970 dalam satu mesyuarat agung Khas Jawatankuasa Dewan Rendah Kolej Pertama. Ia bertujuan menggerakkan kebajikan dan kemajuan mahasiswa/i dan Universiti.

PMUKM telah begitu sebati disetiap jiwa mahasiswa/i UKM selama ini. Tindakan pentadbiran yang menyatakan PMUKM tidak ada dalam akta universiti kolej universiti (AUKU) cukup menghairankan. Hal ini kerana, pertnyataan pentadbiran UKM ini menunjukkan bahawa mereka sendiri telah sekian lama melanggar AUKU yang diagungkan selama ini.

Apa guna jika perubahan berlaku pada nama, tapi tanpa ada penambahbaikan terhadap pelebaran ruang linkup kerja MPP itu sendiri. Di tambah pula dengan kerenah birokrasi pihak pentadbiran yang sering mengganggu gerak kerja MPP.

Memetik kata-kata MPP GMUKM merangkap Speaker PMUKM, Arief Othman, "Dulu Tnchepa Ukm cakap PMUKM tidak ada dalam AUKU, yang ada hanyalah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), jadi disebabkan itu PMUKM nak diganti dengan majlis. Sekadar pertanyaan, kiranya sebelum ni UKM melanggar AUKU la ya? Sekian."

GMUKM berpandangan bahawa pembubaran nama PMUKM ini berkait rapat dengan usaha Pentadbiran mengecilkan bidang kuasa PMUKM yang menjejaskan gerak kerja para MPP GMUKM sendiri yang telah berjaya mengekalkan kemenangannya sebelum ini.



“Ia merupakan satu pengkhianatan dan kezaliman yang membelenggu semangat kemahasiswaan UKM. Oleh itu, kami mendesak pihak yang terlibat khususnya pentadbiran supaya mengembalikan suara dan autonomi mahasiswa kepada para pelajar dan kekalkan legasi PMUKM yang sedia ada.” – Pengerusi GMUKM, Haziq Asyraf
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, January 15, 2013

MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA : SATU TUNTUTAN BUKAN PILIHAN!



Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (Aksis UKM), Nur Aqilah binti Baharin menyelar tindakan salah seorang ahli panel yang dikenali sebagai Pn. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, Presiden Suara Wanita 1 Malaysia(SW1M) semasa forum yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia kerana merasakan perbuatan mencantas ucapan wakil mahasiswa UUM iaitu saudari Bawani merupakan satu tindakan yang tidak beradab dan telah memalukan siswi tersebut dihadapan mahasiswa lain. Hal tersebut jelas menunjukkan kepada mahasiswa secara tidak langsung telah dinafikan hak untuk bersuara dan sepatutnya pengerusi majlis membenarkannya menghabiskan hujahnya bukan berterusan memalukan siswi terbabit. Secara tidak langsung Presiden SW1M mencacatkan maksud demokrasi dengan bertindak secara tidak profesional memberhentikan ruang bicara siswi tersebut. Hak demokrasi tercalar!

Forum tersebut ialah Forum Suara Mahasiswa yang menampilkan beberapa orang ahli panel dan telah melibatkan mahasiswa mahasiswi UUM dengan membincangkan tajuk “Seiringkah Mahasiswa Dengan Politik”. Bagaimanapun, forum tersebut bukan membuatkan mahasiswa berfikir tetapi sebaliknya telah mendoktrin mahasiswa untuk menanam kebencian kepada pihak-pihak tertentu tanpa mendengar sendiri pendapat daripada mahasiswa. Memetik kata-kata Presiden SW1M, “ Number one, when this is our programme, we allowed you to speak. Number two, when I speak, you listen. Let me speak. Let me speak.” Jika pihak penganjur mengimpikan sebuah program yang enggan mendengar atau menerima pakai pandangan orang lain, silakan buat program di dalam hutan. 

Thursday, December 20, 2012

Isu Trans-Rengit : Pihak Pentadbiran UKM Lepas Tangan?




GMUKM mengucapkan tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kerana telah berjaya menganjurkan Dialog dua hala yang melibatkan Pengurusan Trans Rengit dan Mahasiswa/i UKM. Ini adalah satu usaha yang menunjukkan PMUKM satu badan yang professional dan sentiasa cakna terhadap masalah di UKM terutama kebajikan Mahasiswa/i UKM.

Sepanjang perjalanan sesi dialog ini, pelbagai soalan telah diutarakan kepada Pengurusan Trans Rengit yang majoriti mahasiswa tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan Trans Rengit. Kami di peringkat GMUKM jelas dengan pendirian kami. Jika keberadaan Trans Rengit di UKM ini menjadi satu bebanan buat mahasiswa, kita akan pastikan Trans Rengit ini keluar dari UKM.

Monday, December 17, 2012

Trans-Rengit Ancam Keselamatan Umum UKM


Hari ini telah selesai Piket ringkas berkaitan Isu Trans Rengit anjuran Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM). Piket tersebut bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat kampus untuk bersama cakna terhadap isu keselamatan Mahasiswa yang bersangkut paut dengan perkhidmatan Bas Trans-Rengit.

Terbaru, pada pagi sabtu lepas (15 Disember 2012), dua buah bas Trans-Rengit dilaporkan kemalangan di persimpangan Pusat Pengajian Umum. Kemalangan tersebut berlaku kerana rempuhan belakang yang dilakukan oleh bas Trans-Rengit terhadap sebuah bas yang kerosakan di tepi jalan, berhadapan PPU. Punca kemalangan disebabkan brek yang tidak berfungsi dengan baik.



Tuesday, December 4, 2012

Usaha & Harapan KJ Rayu Sokongan Mahasiswa




Tindakan awal Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menubuhkan Kelab Penyokong Barisan Nasional (KPBN) dilihat tepat dalam meraih sokongan anak muda, khususnya mahasiswa di seluruh institusi pengajian tinggi Malaysia.

Matlamat penubuhan KPBN ini tidak ubah menunjukkan keprihatinan pihak UMNO BN terhadap nasib mahasiswa di kampus selepas berlakunya pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.

“Saya harap kelab ini dapat mengumpulkan mahasiswa dan profesional muda yang berminat untuk melibatkan diri dalam politik,” kata Khairy Jamaluddin. (BERNAMA)

Namun, hasrat dan cita-cita agung Ketua Pemuda UMNO ini disanggah sekeras-kerasnya oleh Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhamad Azan Safar.

Mengapa begitu?

Khairy Jamaluddin telah mendakwa “Golongan Muda sudah kembali kepada UMNO, BN”. 

Kenyataan beliau terhadap kemenangan Pro-Aspirasi di beberapa kampus hari ini jelas menunjukkan keakraban aktivis UMNO Kampus ini terhadap orang tua mereka, UMNO-BN.

Friday, November 23, 2012

Pray4Gaza : GMUKM Bersolidariti Untuk Gaza




Isu Palestin dan Zionis sudah lama membarah bukan isu yang baru ditimbulkan. Isu penindasan ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia. 

Kebiasaan ini pada satu tahap menjadikan tahap kesedaran Masyarakat semakin pudar kerana isu Palestin ini bukan hanya melibatkan penindasan Umat Islam bahkan isu Penindasan hak asasi manusia.

Tuesday, November 20, 2012

GMUKM : Palestin Terus Diasak, Israel Pencabul Keamanan

Kenyataan Rasmi GMUKM
[credit: pulsemedia.org]


Hari ini kita melihat bahawa Israel sekali lagi telah melakukan tindakan yang melampaui batas. Rejim Zionis dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan telah menyerang Palestin (Gaza). Menurut Harian  Metro. Israel melancarkan serangan terbaru dinamakan operasi ‘Pillar of Defence’ ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengorbankan 40 individu termasuk pemimpin Hamas, Ahmed Jaberi, enam kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang guru, selain mencederakan 345 orang. Tiga rakyat Israel terkorban dan 18 orang lagicedera akibat serangan balas pihak Hamas. Ini adalah tindakan yang bukan sahaja telah mencabar umat islam malah mencabar “Human Rights” seluruh manusia.

Pengarah Strategik GMUKM, Saudara Azim Fitri menegaskan bahawa;
“GMUKM tidak akan sesekali bersekongkol dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Jangan Cabar kredibiliti umat islam terutama Mahasiswa Islam di Malaysia”
[credit: muslimvillage.com]

Friday, November 16, 2012

KESELAMATAN UKM DIRAGUI : GMUKM CADANG CUTI DIPANJANGKAN


Keselesaan dan keselamatan merupakan perkara yang penting dalam meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi bagi seorang mahasiswa di menara gading UKM ini. Namun, apa yang mendukacitakan kita pada hari ini adalah UKM untuk masa terdekat ini berada dalam kondisi tidak selamat dengan pelbagai kes keselamatan yang berlaku dalam UKM. Tragedi malang UKM ini bermula dengan beberapan kes kecurian dan ragut yang berlaku di dalam UKM sehingga apa yang mengejutkan kita kes ini boleh berlaku pada masa siang hari dan menggunakan senjata tajam kepada mangsa.

Tragedi malang ini ditambah lagi dengan siri-siri kes tanah runtuh dalam UKM antaranya di FSSK, FTSM dan Makmal Inbiosis. Beberapa hari lepas susur gajah sepanjang bangunan DECTAR telah pun hancur ranap dihempap pokok sehingga menyebabkan 25 biji kereta telah menjadi mangsa. Terbaru pihak media GMUKM mendapat maklumat berlaku kes kecurian di kolej Zaaba melibatkan mahasiswa luar negara yang telah pun kehilangan sejumlah wang yang agak besar akibat kecurian tersebut.

Sunday, November 11, 2012

Kelesuan JAKSA : JAKSA Perlu Kaji Semula Fungsi JAKSA


“Kau lapar tak?” – A

“Mestilah! Kafe tutup ni, takkan JAKSA tak concern?” – B

“Aduh, kes curi lagi. Apa nak jadi UKM ni? Seminggu ni panas dengan kes curi je” – C

“UKM dah tak selamat, tanah runtuh. Ada hikmah ni. Allah nak tunjuk sesuatu.” – D

“JAKSA ni buat apa? Takkan tak fikir orang lain yang tak balik ni nak makan macam mana kalau kafe tutup.” – E

Seminggu ini sahaja, pelbagai isu yang GMUKM lihat memerlukan perhatian di peringkat atasan, yakni pentadbiran UKM. Isu keselamatan pelajar, isu kecurian yang semakin berleluasa, isu perkhidmatan bas TransRengit yang Hangit!


Isu ini bukan sekali dua malah kekerapannya hanya selang beberapa hari. Sungguh, perkara ini sedikit pun tidak mengalih perhatian peringkat pentadbiran untuk melihat lebih dekat, jauh sekali untuk menjiwai masalah pelajar.

Saturday, November 10, 2012

UKM Tidak Selamat? Bencana?





Pada minggu ini sahaja, sudah beberapa kali kes kecurian dilaporkan berlaku. PMUKM (artikel)  berterusan mengeluarkan laporan mengenai aktiviti yang tidak bermoral ini. Hanya selang beberapa hari sahaja, dari satu kes kecurian dengan kes kecurian yang lain.


GMUKM tidak mengelak sekiranya tindakan mencuri ini dilakukan oleh mahasiswa sendiri. Malah, aktiviti ini dilakukan secara ‘profesional’ dan berkemungkinan adalah orang yang sama. Kita khuatir perkara ini dijadikan sebagai pekerjaan ‘part time’ seseorang. Ini kerana tempoh kehilangan tersebut berlaku dalam jangka masa yang tidak lama, sekelip mata.



Mahasiswa bukan sekadar dihormati dan disegani kerana nilai intelektualnya. Namun kita khuatir, dengan tindakan sedemikian mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap UKM khususnya. UKM ini didakwa melahirkan pelajar yang tidak berintergriti, tidak bermoral dan kurang responsif. Ibarat pepatah melayu, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

GMUKM Sokong Kepimpinan PMUKM 2012-2013





BANGI – Carta organisasi PMUKM sesi 2012-2013 telah pun diumumkan melalui portal rasmi PMUKM malam semalam. Gabungan Mahasiswa UKM mengucapkan tahniah diatas penyenaraian Majlis Perwakilan Pelajar (klik MPP PMUKM) tersebut.

Semoga dengan tersenarainya organisasi lengkap ini, maka semakin laju pergerakan PMUKM dalam menerajui tampuk kepimpinan pelajar. PMUKM sebagai panduan dan acuan kepada pergerakan kesatuan pelajar yang lain di UKM. Pendek kata, PMUKM sebagai abang yang memberi tauladan yang menjadi ikutan dan inspirasi kepada pelajar UKM yang lain.

Tuesday, October 23, 2012

BUBAR PMUKM : AUTONOMI MAHASISWA DICABUL


Pilihanraya kampus (PRK) yang telah melabuhkan tirainya merupakan satu medan untuk memberikan pendidikan politik kepada seluruh mahasiswa khususnya dalam soal memilih pucuk pimpinan yang bakal menerajui kerajaan mahasiswa di kampus. PRK yang lepas menyaksikan kemenangan majoriti yang berpihak kepada kumpulan mahasiswa Pro M khususnya di kampus kawasan Lembah Klang terutama di UKM, UM dan UIA. Apa yang kita lihat daripada kemenangan ini adalah mahasiswa hari ini sudah mula sedar dan berani untuk membuat penilaian yang bijak dalam usaha menentukan siapa pemimpin mereka bagi mengisi kabinet kerajaan mahasiswa di kampus lantaran memilih calon Pro M sebagai pilihan mereka. Dari sudut pandang yang lain, kemenangan yang dicapai oleh Pro M di kampus Lembah Klang sememangnya membuatkan UMNO KAMPUS tidak senang duduk seperti cacing kepanasan lebih-lebih lagi apabila konspirasi terancang mereka iaitu Ops 2020 gagal dalam mencapai agenda yang telah ditetapkan sebagaimana pendedahan yang pernah dibuat oleh pihak GMUKM dalam entri sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kita lihat sememangnya konspirasi Ops 2020 tersebut masih belum terkubur dan masih berlangsung dalam usaha mereka untuk menafikan kemenangan Pro M khususnya melihat kepada pelaksanaan agenda tersembunyi mereka dalam membubarkan PMUKM untuk sesi kali ini. Kita lihat pentadbiran universiti banyak belajar daripada kemenangan GMUKM dalam PRK yang lepas khususnya melihat kepada kecemerlangan kepimpinan PMUKM dalam menggalas tugas dan peranan mereka sehingga kita lihat kesannya sekarang terhadap pembubaran PMUKM sebagai usaha pihak pentadbiran untuk mencatur pergerakan mahasiswa dan menghadkan peranan mereka dalam kampus apatah lagi luar kampus. Secara tidak langsung kita lihat autonomi mahasiswa untuk mencorak kepimpinan mereka mengikut cara tersendiri dicabul dan tercabar.

Wednesday, October 17, 2012

Kesediaan PMUKM 2010-2012 Membentang Laporan Gerak Kerja Penuh PMUKM

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mafhum Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya Allah menyuruh melaksanakan keadilan dan kebaikan, memberikan hak sillaturahim serta kebaikan kepada kaum kerabat, dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan pendurhakaan. Dia mengingatkan kamu agar kamu mengerti. Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji. Dan janganlah engkau langgar perjanjian setelah peneguhannya. Dan sesungguhnya kamu jadikan Allah sebagai saksinya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan".
(Surah al-Nahl, ayat 90-91 ) 
Dengan ini, PMUKM sesi 2010/2011-2011/2012 amat berbesar hati untuk membentangkan laporan penuh kepada semua mahasiswa UKM selaras dengan dokongan integriti kepimpinan yang memberi hak kepada setiap mahasiswa untuk mengetahui secara jelas aliran duit yuran yang telah dibayar sebagai yuran PMUKM.

Monday, September 17, 2012

Debat : GMUKM Cabar Aspirasi Berentap Secara Profesional



SERDANG Pihak Aspirasi sentiasa berpendirian “duduk semeja” kononnya, dan mendakwa GMUKM sebagai pihak yang sentiasa ingin menjatuhkan air muka pentadbiran UKM. Mereka berlagak mulia di hadapan mahasiswa.




GMUKM tidak mengambil langkah untuk melawan dengan kata-kata yang berbaur provokasi. Jika Aspirasi merupakan pertubuhan yang mengamalkan demokrasi secara penuh, kebebasan hak untuk bersuara, mereka pasti tidak akan bermuka-muka.

Satu sahaja, penantian yang dinanti oleh GMUKM adalah untuk berentap dengan Aspirasi dalam medan yang sebenar. Bukan omongan kosong serta komen yang berunsur provokasi sahaja ditabur melalui media baru.

Thursday, September 6, 2012

Isu Bantah Perang DECTAR : GMUKM Diugut & Difitnah!



UKM, Bangi – Tengah hari, hari ini (06/09/12) Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dimaklumkan terdapat satu kenyataan yang berbaur ugutan dilemparkan kepada Admin Page “Kami Bantah Perang Dectar UKM”. Sungguh melampau tangan-tangan yang melakukan perkara tersebut.

Ini kerana tuduhan tersebut menuduh pihak GMUKM merupakan entiti yang bernaung dibelakang Page tersebut. Tuduhan yang melulu ini sangat keji kerana diselitkan dengan beberapa gambar yang tidak senonoh, ini adalah tindakan yang sememangnya tidak bertanggungjawab dan menjatuhkan moral.


Sejujurnya, GMUKM tidak mengambil partisipasi secara langsung terhadap perjuangan membantah perang dectar tersebut. Harus difahami dan diteliti bahawa isu perang dectar ini timbul atas desakan pihak Exco Lajnah Siasah & Intergriti Nasional Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM). 

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !