Keselesaan dan keselamatan merupakan perkara yang penting
dalam meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi bagi seorang mahasiswa di menara
gading UKM ini. Namun, apa yang mendukacitakan kita pada hari ini adalah UKM
untuk masa terdekat ini berada dalam kondisi tidak selamat dengan pelbagai kes
keselamatan yang berlaku dalam UKM. Tragedi malang UKM ini bermula dengan
beberapan kes kecurian dan ragut yang berlaku di dalam UKM sehingga apa yang
mengejutkan kita kes ini boleh berlaku pada masa siang hari dan menggunakan
senjata tajam kepada mangsa.
Tragedi malang ini ditambah lagi dengan siri-siri kes tanah
runtuh dalam UKM antaranya di FSSK, FTSM dan Makmal Inbiosis. Beberapa hari
lepas susur gajah sepanjang bangunan DECTAR telah pun hancur ranap dihempap
pokok sehingga menyebabkan 25 biji kereta telah menjadi mangsa. Terbaru pihak
media GMUKM mendapat maklumat berlaku kes kecurian di kolej Zaaba melibatkan
mahasiswa luar negara yang telah pun kehilangan sejumlah wang yang agak besar
akibat kecurian tersebut.
GMUKM mendesak pihak pentadbiran UKM untuk membuat tindakan
yang radikal dan agresif untuk menangani isu ini. Jangan sampai satu hari nanti
ada warga UKM yang mati dahulu akibat kes-kes kecurian dan tanah runtuh yang
berlaku dalam UKM barulah kita terhegeh-hegeh hendak melakukan tindakan yang
agresif dan proaktif. Sehingga ke hari ini warga UKM juga masih belum mendapat
sebarang jaminan keselamatan yang tegas daripada pihak pentadbiran tentang
kondisi keselamatan dalam UKM sedangkan tempoh cuti pertengahan semester bakal
tamat dan mahasiswa akan mula sampai ke UKM untuk memulakan sesi pengajian
berikutnya. Bagaimana mahasiswa serta warga UKM akan merasa aman berada dalam
kampus sedangkan tiada sebarang hitam putih atau jaminan daripada pihak
pentadbiran UKM berkaitan kondisi sebenar keselamatan dalam UKM khususnya
apabila melihat kepada kes yang baru sahaja berlaku hari ini.
Justeru, GMUKM menuntut pihak pentadbiran UKM untuk :
- Memberikan jaminan atau hitam putih tentang status keselamatan di dalam UKM untuk meneruskan sesi pengajian tidak lama lagi.
- Jika pihak pentadbiran tidak mampu untuk memberikan jaminan keselamatan UKM telah berada dalam keadaan stabil, GMUKM menuntut agar cuti ini dipanjangkan sehingga kondisi keselamatan dalam UKM betul-betul stabil.
Tanah runtuh di susur jalan FSSK |
Susur gajah DECTAR runtuh |
Tanah runtuh di bangunan FTSM |
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!