Pada minggu ini sahaja, sudah beberapa
kali kes kecurian dilaporkan berlaku. PMUKM (artikel) berterusan mengeluarkan laporan
mengenai aktiviti yang tidak bermoral ini. Hanya selang beberapa hari sahaja,
dari satu kes kecurian dengan kes kecurian yang lain.
GMUKM tidak mengelak sekiranya
tindakan mencuri ini dilakukan oleh mahasiswa sendiri. Malah, aktiviti ini
dilakukan secara ‘profesional’ dan berkemungkinan adalah orang yang sama. Kita
khuatir perkara ini dijadikan sebagai pekerjaan ‘part time’ seseorang. Ini kerana tempoh kehilangan tersebut berlaku
dalam jangka masa yang tidak lama, sekelip mata.
Mahasiswa bukan sekadar dihormati
dan disegani kerana nilai intelektualnya. Namun kita khuatir, dengan tindakan
sedemikian mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap UKM khususnya. UKM ini
didakwa melahirkan pelajar yang tidak berintergriti, tidak bermoral dan kurang
responsif. Ibarat pepatah melayu, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".
Meskipun perkara ini hanya
berlegar di sekitar kampus UKM, dan mungkin dilihat picisan bagi sesetengah
orang, tindakan susulan perlu diambil. Kita tidak menolak bahawa mahasiswa yang
cerdik akal fikirannya, tiada jaminan bahawa mereka berlaku baik serta
mempunyai nilai Akhlak & sahsiah yang terbaik!
Justeru, GMUKM menyeru buat
mahasiswa bersama membanteras gejala kecurian ini. Ayuh! Siapa lagi kalau bukan
kita yang dikategorikan sebagai ‘masyarakat/warga kampus’ untuk membanterasnya.
Kita inginkan mahasiswa yang cerdas akal fikirannya. Ini kerana Mahasiswa yang bakal
berkhidmat dan mencurah bakti di lapangan masyarakat kelak. Namun, jika cerdas akalnya tetapi
kurang dari sahsiahnya, itu adalah satu keluaran yang gagal bagi sebuah Insitusi
Pengajian Tinggi yang disegani dunia.
GMUKM memberi amaran kepada individu
yang bertanggungjawab dalam aktiviti ini, supaya insaf dan mengakui segala
kesilapannya. Ini kerana kehidupan anda dikemudian hari bakal diselubungi rasa
bersalah dan keluh kesah.
Tanah Runtuh Berhadapan FSSK
Berita terkini yang dilaporkan semalam adalah kejadian tanah runtuh yang akhirnya menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi putih dihempap pokok yang tumbang. Dikala musim tengkujuh ini, pelbagai peristiwa yang tidak dijangka berlaku.
GMUKM berharap agar rakan-rakan
mahasiswa sentiasa bersedia, jika perlu tingkatkan keselamatan barang anda.
Jika sebelum ini hanya memerlukan 1 kunci mangga, hari ini kunci mangga tambahan
diperlukan. Tingkatkan keselamatan, semoga sekecil-kecil usaha ini mampu
mengekang tindakan tidak bermoral ini.
Beware Of Criminals!
Beware Of Criminals!
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!