Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 20, 2012

Universiti kita seperti sekolah menengah - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem universiti yang ada di negara kini seperti sistem pendidikan sekolah menengah kerana tidak memberi ruang untuk berbincang dan mengupas tentang sesuatu topik secara bebas.

Beliau berkata, sistem yang ada kini berbeza dengan sistem universiti sebelum ini yang "lebih hidup" dengan membenarkan mahasiswa serta ahli akademik mengolah dan mengkritik sesuatu isu.

"Untuk meningkatkan mutu pendidikan itu sendiri soalnya (ialah) soal kemudahan dan mutu pendidikan bermula dengan asas falsafah dan kini falsafah pendidikan dilihat kian merosot. (Ia) bermula dengan universiti-universiti dikehendaki lebih kurang macam sekolah menengah sahaja.

"Saya masih ingat anda semua yang seangkatan saya dulu, lebih hidup wacana di universiti, forum dan seminar mengenai pendidikan, ekonomi, kemiskinan dan (ini) memberi ruang kepada mahasiswa dan para akademik untuk mengupas dan mengolah secara bebas," katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara anjuran Yayasan Selangor di Universiti Selangor (Unisel) di Shah Alam hari ini.

Selain itu, Anwar berkata lagi, berbeza dengan sistem yang akan dibuat oleh Pakatan Rakyat sekiranya dapat mengambil alih kuasa, sistem pendidikan yang akan dilaksanakan adalah demi pembangunan saksiah dan pembentukan akhlak.

"Pendidikan ini istilah yang berat. Tetapi kita jangan lupa, asas kita. Asasnya ialah al-Quran dan Sunnah. Kita juga harus peka Malaysia ini masyarakatnya pelbagai kaum. Maka usaha untuk jelaskan bahawa pendidikan itu harus punyai asas etika yang kukuh dan ia tidak lari dari sandaran agama.

"Bila kita ambil alih kuasa, hal ini kita akan tentukan tetapi untuk memahami keadaan semasa dan tuntutan pelbagai kaum dan agama, saya akan pastikan input dari semua harus ada. Ini dasar pendidikan nasional.

"Antara fokus kerajaan sekarang ialah pembelajaran komputer di sekolah. Tumpuan itu bukan pendidikan di sekolah tetapi memberi komputer. Komputer di hantar ke sekolah di Sarawak, elektrik tak ada, komputer pun dikembalikan," katanya lagi.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !