Isu Palestin dan Zionis sudah lama
membarah bukan isu yang baru ditimbulkan. Isu penindasan ini menjadi kebiasaan
dalam masyarakat Malaysia.
Kebiasaan ini pada satu tahap menjadikan tahap
kesedaran Masyarakat semakin pudar kerana isu Palestin ini bukan hanya
melibatkan penindasan Umat Islam bahkan isu Penindasan hak asasi manusia.
Justeru, GMUKM bersolidariti
bersama-sama gerakan Mahasiswa yang lain di Malaysia untuk turun menyatakan
pendirian kami membantah penindasan Zionis LaknatuLlah ini terhadap Palestin.
Tema
hitam yang diwar-warkan ini sebagai simbolik berkabung terhadap peningkatan
jumlah kematian di Gaza.
Ayuh! Mahasiswa, kita turun atas
kesedaran bahawa hak yang sepatutnya diterima oleh Palestin ini sewajarnya
telah lama dilaksanakan oleh PBB.
Himpunan solidariti
Mahasiswa ini juga bertujuan memprotes dan mendesak agar OIC terus bangkit
daripada tidur yang nyenyak. Sedar daripada kondisi yang selesa, mereka perlu
sedar bahawa saudara mereka kini dicabar keamanannya!
GMUKM mendesak agar Arab
Saudi selaku pengerusi OIC bertegas terhadap isu ini, terutama di Gaza. Perarakan
ini akan bermula selepas solat Jumaat (23 November 2012) dengan himpunan besar-besaran
di hadapan Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke Kedutaan Rasmi Arab
Saudi di Malaysia.
Demi isu sejagat dan hak
asasi manusia, GMUKM menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda untuk
bersolidariti dalam himpunan “Solidariti Mahasiswa dan Anak Muda Untuk Gaza”.
GMUKM bersolidariti bersama;
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Demi Mahasiswa Kuis (DMK)
Sister In Movement (SIM)
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Pro-Mahasiswa Nasional (PRO-MN)
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM)
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)
Maaruf Club UIAM
Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!