Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 20, 2012

GMUKM : Palestin Terus Diasak, Israel Pencabul Keamanan

Kenyataan Rasmi GMUKM
[credit: pulsemedia.org]


Hari ini kita melihat bahawa Israel sekali lagi telah melakukan tindakan yang melampaui batas. Rejim Zionis dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan telah menyerang Palestin (Gaza). Menurut Harian  Metro. Israel melancarkan serangan terbaru dinamakan operasi ‘Pillar of Defence’ ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengorbankan 40 individu termasuk pemimpin Hamas, Ahmed Jaberi, enam kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang guru, selain mencederakan 345 orang. Tiga rakyat Israel terkorban dan 18 orang lagicedera akibat serangan balas pihak Hamas. Ini adalah tindakan yang bukan sahaja telah mencabar umat islam malah mencabar “Human Rights” seluruh manusia.

Pengarah Strategik GMUKM, Saudara Azim Fitri menegaskan bahawa;
“GMUKM tidak akan sesekali bersekongkol dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Jangan Cabar kredibiliti umat islam terutama Mahasiswa Islam di Malaysia”
[credit: muslimvillage.com]


Menyokong Usaha PMUKM dan GAMIS perjuang Isu Palestin

GMUKM menyokong penuh tindakan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia) dalam memperjuangkan isu Palestin. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh GAMIS yang berpendirian sekeras-kerasnya mengutuk serangan yang dilakukan oleh Israel ini. Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan seperti Turki pada hari ini.

Muhamad Azan Safar selaku Presiden GAMIS merangkap Presiden Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) menyebut;

"Meneliti sejarah panjang Gaza dan Palestin ini, GAMIS yakin dan percaya bahawa pendekatan 'two state solution' pun tidak mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang telah bergolak sejak berabad lamanya ini. GAMIS menyokong penuh perjuangan HAMAS dan rakyat Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan 'bahasa darah'. HAMAS dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid. Allahuakbar."

Menurut Presiden PMUKM, Saudara Ahmad Shukran Shaharudin turut mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini:-

“Saya yakin dan percaya, masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa/i semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam isu sejagat ini. Tidak rugi untuk kita cakna dan sama-sama berdoa agar rejim Zionis berundur. Kini, Israel menerima kecaman daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi apabila gencatan senjata antara Mesir dan Israel 1979 akhirnya terputus, tidak lupa juga Malaysia melalui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengutuk tindakan Israel dan menggesa PBB untuk ambil tindakan segera. JOM CAKNA ISU GAZA SAMA-SAMA BERDOA. IRONINYA, SUARA AUTONOMI MAHASISWA MAMPU MENJENTIK DUNIA” 
Kami di peringkat mahasiswa UKM akan turut sama memperjuangkan isu Palestin ini.

Seru Mahasiswa Perjuangkan Isu Umat Islam

GMUKM menyeru seluruh Mahasiswa sebagai tonggak golongan muda supaya cakna dengan isu Umat Islam dan turut sama memperjuangkan nasib saudara seislam kita di Palestin, Syria, Rohingya, Afghanistan dan lain-lain. Kita tidak boleh berdiam diri ketika mana umat islam menjerit kesakitan meminta pertolongan kita. Ayuh bangkit perjuangkan Maruah Umat Islam!!!

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !