Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 6, 2012

DELEGASI MPP FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2012


Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam (MPPFPI) berhasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran kondusif di sekitar Fakulti Pengajian Islam FPI. Sehubungan dengan itu, kemudahan dan keselesaan kawasan pembelajaran menjadi aspek utama yang ingin diwujudkan di sekitar FPI. Walaubagaimanapun, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk merealiasiasikannya. 
Oleh itu, apa yang penting bagi kita sebagai penggunanya adalah supaya berkerjasama menjaga kemudahan yang disediakan dengan tidak membiarkan kemudahan yang digunakan dalam keadaan bersepah dan tidak tersusun. Peringatan kepada semua pengguna Singgahan Ilmu untuk sebarang urusan, SILA SUSUN KEMBALI MEJA ATAU KERUSI yang digunakan ke tempat asal yang ditetapkan. Janganlah biarkan kemudahan yang kita gunakan tidak terjaga. 

Dalam kita menggunakan sesuatu untuk kesenangan kita, kita harus beringat supaya kita tidak lupa tentang tanggungjawab kita supaya ia tidak menyusahkan orang lain. Kita harus bersikap “sekiranya kita tidak suka melihat orang menyusahkan terhadap diri kita, perkara yang sama kita jangan lakukan kepada orang lain”.

Semoga apa yang kita lakukan bersama ini dapat memberi manfaat dan keselesaan kepada orang lain. Dengan secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana biah solehah di kawasan kita diami. Ia bukan saja memberi keselesaan kepada kita malahan akan memberi keselesaan kepada orang lain. Inilah yang menjadi harapan semua khusunya warga FPI sendiri.

Andalah Pencorak Biah Solehah.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !