Tinjauan demi tinjauan dilakukan,
hasilnya mendapati di beberapa kawasan UKM, Bangi ini sangat gelap. Situasi yang
tidak kondusif bagi mahasiswa yang rutinnya berjalan kaki dari satu lokasi ke
lokasi yang lain. Kawasan tersebut boleh dikatakan laluan yang kerap digunakan
mahasiswa.
Ada juga yang mengusulkan lampu
jalan yang separas pinggang itu digantikan dengan lampu jalan piawai seperti di
jalan raya awam, luar kawasan UKM. Lampu yang dijana oleh lampu jalan sedia ada
tidak ubah seperti lampu kederaan bermotor. Kadangkala menimbulkan kekeliruan
yang akhirnya membawa malang tidak berbau.
Bahkan baru-baru ini timbul kes
kritikal, kes keselamatan siswi. PMUKM (artikel terkini) melaporkan dalam
sebulan terdapat beberapa kes berkaitan isu keselamatan siswi ini diterima
PMUKM. Malah, kes ini dikatakan tiada jaminan untuk memastikan sesuatu yang
diluar jangkaan akan berlaku.
Siapa sangka tempoh hari ketika
Pilihan Raya Kampus 2012 berlangsung calon-calon GMUKM diberi ugutan secara
talian. Pada hari ini, masyarakat kampus khusus buat mahasiswi pula menerima kesan yang sama. Kelainannya pada
hari ini, mereka dihunus dengan senjata yang tajam, bukan secara panggilan.
Kes ini perlu dipandang serius
buat seluruh warga kampus, meskipun perkara ini tidak pernah berlaku pada diri
sendiri. GMUKM menyeru agar rakan-rakan mahasiswa sedar akan tanggungjawab
kendiri bahawa keselamatan adalah isu bersama.
Sesiapapun tidak dapat memberi
jaminan untuk keselamatan diri sendiri. Sehubungan itu, sekali lagi ditegaskan
keselamatan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Mungkin hari ini,
perkara yang berlaku pada orang lain hanya sekadar dihunus senjata yang tajam,
malah dilihat kecil bagi sebilangan orang. Namun, kita tidak dapat memberi
jaminan, esok mahupun hari yang mendatang, perkara tersebut berlaku pada diri
kita. Boleh jadi lebih teruk daripada apa yang kita dengari pada hari ini.
Begitupun, teguran buat pihak
yang semakin senyap, lenyap dihanyut semangat yang kian menghilang. Jika semasa
Pilihan Raya Kampus dahulu setiap kolej ditugaskan beberapa penjaga/pengawal di
pintu-pintu masuk Kolej Kediaman. Ajaib! Hari ini tiada lagi kelihatan insan
yang sanggup bersengkang mata untuk menjaga Kolej Kediaman yang tercinta.
Mereka rancak berbicara keganasan
yang kononnya ditonjolkan oleh GMUKM, hari ini semangat itu hilang hatta melibatkan
keselamatan siswi. Ini perjuangan retorik! Ini kerana keselamatan adalah isu ‘Kau
kau, Aku aku’ bagi mereka. Pada musim PRK, kedudukan mereka tidak selamat,
diancam dengan rancaknya GMUKM berkempen.
Buat mahasiswi, jika tiada urusan
untuk keluar pada waktu malam setelah jam 10 Malam, sebaiknya perlu tempat diri
di tempat yang lebih selamat, bilik kediaman sendiri. Percubaan dalam tempoh
sebulan ini adalah usaha sekecil usaha daripada diri sendiri tanpa perlu
mengharapkan tindakan orang lain. Bukan soal kongkongan tetapi fikirlah pada
kesan yang lebih besar pada soal keselamatan ini.
PMUKM perlu teruskan momentum
agar tindakan susulan daripada peringkat atas terus kepada peringkat akar umbi
iaitu masyakat kampus.
GMUKM Dari Mahasiswa, Untuk
Mahasiswa, Bersama Mahasiswa.
Lead The Changes! Ber-GM
Lebih Baik!
1 comments:
kelemahan blog ni ialah x jumpa mana button share fb
Post a Comment