Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, November 5, 2012

PRU 13 - Agenda Khas GAMIS 2012-2013

Muktamar Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) 2012 (Gamis) telah selesai kelmarin, menjadikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai agenda khas Gamis sesi ini.

Muktamar yang dihadiri hampir 200 perwakilan dari seluruh negara itu merupakan transisi kepimpinan Gamis era Akram Ikrami Taib Azamudden kepada Presiden baru, Muhamad Azan Safar.

Menurut Muhamad Azan, PRU13 dan Pasca PRU-13 menjadi agenda khas Gamis bagi sesi ini kerana mahasiswa perlu memimpin massa untuk melakukan perubahan.

"Cabaran buat mahasiswa ialah memimpin massa dalam menghadapi perubahan, dan PRU13 merupakan salah satu medan untuk perubahan. 

“Sekiranya ahli Gamis mahukan Gamis berwajah baru, maka ahli Gamis juga mesti berubah menjadi baru, baik dari segi pemikiran dan juga sahsiah” tegas Muhamad Azan Safar. 


Beliau yang merupakan presiden Ikatan Studi Islam UKM (Isiukm) turut mencabar ahli Gamis.
 
“Saya mencabar kalian supaya berani mencabar kelaziman. Kita bukan ahli gerakan yang pengikut setia tradisi generasi dahulu," katanya, sejajar dengan tema ucapan dasar beliau yang bertajuk “Mahasiswa memimpin perubahan”. 

Ucapan dasar tersebut merangkumi lima paksi utama iaitu: tarbiyah gerakan bersifat membina; dakwah era baru Gamis; jaringan strategik Gamis; sigma perintis keterampilan wanita Malaysia; dan kepimpinan dan budaya kerja profesional. 

Sementara itu, Gamis turut memberi penghormatan kepada barisan mahasiswa lain iaitu Haluan-Siswa, Pkpim dan Karisma, sebagai tetamu jemputan ke muktamar tersebut.

Organisasi GAMIS sesi 2012/2013

Presiden: Muhamad Azan Safar (UKM)

Timbalan Presiden: Mohd Eikhwan Bin M.Ali (UIA)

Pengerusi SIGMA: Aqilah Mukhtar (UPM)

Timbalan Pengerusi SIGMA: Nur Adiela Kamarizzaman (UIA)

Naib Presiden (Strategik & Mobilasi Massa): Syis Abd Kadir (UM)

Naib Presiden (Jaringan Kampus): Mohd Faiz Ismail (UPSI)

Setiausaha: M Farid Hadhari M Rusdi (USIM)

Timbalan setiausaha 1: Adilah Hafizah Abd Halim (UPSI)

Timbalan setiausaha 2: Hamiza Hani Omar (UKM)

Bendahari: M Nazrin M Zohir (KUIS)

Timbalan Bendahari: Nur Liyana Omar (UKM)

Ketua Penerangan: Mohd Khairul Izzaz Ismail (UIA)

Timbalan Penerangan: Siti Rabiatul Adawiyah (UM)

Majlis Politik Nasional: Ahmad Afif Zulkipli (UKM)

Timbalan Majlis Politik Nasional: Sofwatul Aufa Bakri (UM)

Majlis Dakwah dan Kebajikan: Mohd Syakirin Bin Md Zahar (UPM)

Timbalan Majlis Dakwah dan Kebajikan: Atikah Abd Rahman (UIA)

Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional: Muhd Afdzal Shahabuddin (USIM)

Timbalan Majlis Tarbiyah dan kepimpinan Nasional: Siti Fatimah Rosli (UM)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !