Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, November 1, 2012

'Tanda Putera' akhirnya ditayangkan pada 2013

Oleh Ahmad Fadli KC
4:02PM Okt 30 2012

Filem kontroversi Tanda Putera yang dikritik hebat pembangkang ditangguh lagi untuk kali kedua ke tahun depan, kata pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba.

"Tiada tayangan (kerana tarikh) 15 November ini ia dibatalkan. 

"Tarikh baru hanya pada tahun 2013 dan tiada lagi slot untuk tahun ini," kata Shuhaimi melalui SMS kepada Malaysiakini ketika diminta mengesahkan khabar angin penangguhan itu.

NONEBeliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Naguib Razak atau setiausaha kementerian penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf untuk menjelaskannya.

"Paling baik jika perkara ini dirujuk kepada ketua pengarah Finas, Encik Naguib Razak atau setiausaha Datuk Kamaruddin untuk (lebih jelas) alasan (penangguhan)," katanya. 

Naguib sewaktu dihubungi menerusi pembantunya bagaimanapun enggan memberi sebarang maklum balas kerana "buat masa ini jadualnya agak padat dengan mesyuarat".

Tayangan eksklusif di UiTM
Tanda Putera, yang kontroversi dengan adegan 13 Mei, pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi.

Filem sejarah itu memaparkan kisah perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.

NONEMenelan belanja RM4.8 juta, ia diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendesak satu pratonton dibuat untuk menilai jika terdapat elemen perkauman dalam filem itu.

Namun, hasrat itu tidak diteruskan apabila penerbit hanya bersetuju melakukan pratonton jika Pakatan bersetuju membiayai kosnya.

Shuhaimi turut dilaporkan menolak alasan bahang pilihan raya umum menyebabkan Tanda Putera ditangguhkan dahulu.

Bagaimanapun, Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadual mengadakan tayangan eksklusif filem itu pada 8 November ini di kampusnya di Shah Alam.



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik! 

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !