Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, May 31, 2010

Mahasiswa fail injunksi sekat prosiding AUKU


Mei 31, 10 1:05pm
Empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini akan menfailkan permohonan injunksi bagi menyekat universiti itu mendakwa mereka di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Empat mahasiswa itu - Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha - akan memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada jam 2 petang nanti.

Mereka akan diwakili peguam Ashok Kambiah.

Pada 2 dan 3 Jun ini UKM dijadual mendakwa empat mahasiswa itu di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana didakwa berkempen di Hulu Selangor.

Sumber : Malayisakini

Thursday, May 27, 2010

JAWAPAN KEPADA KENYATAAN PRESIDEN PMUKM BERKAITAN 4 ORANG MAHASISWA YANG DIDAKWA

Menjawab kenyataan yang diutarakan oleh PRESIDEN PMUKM Saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin terhadap dakwaan yang dilemparkan keatas empat orang Mahasiswa UKM dari jurusan Sains Politik iaitu Saudara Ismail Aminuddin, Hilman Idham , Woon king Chai, dan saudari Azlin Shafina Adzha, Tuan PRESIDEN diingatkan berpijak dibumi yang nyata apabila mengeluarkan kenyataan yang akan memberi kesan kepada diri seterusnya Mahasiswa UKM.

Mohan dijelaskan kepada Mahasiswa, dimanakah tidakan yang TIDAK WAJAR telah diambil oleh mereka semata mata untuk mendapatkan hak mereka yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mereka empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), pindaan 2008, melarang kesemua pelajar IPTA, kecuali UIAM dan UITM menyertai, atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik, atau mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan yang menyalahi undang-undang. Persoalannya adakah dengan menghalang mahasiswa berpencak silat didalm medan politik yang sebenar memberi kesan kepada perkembangan pembelajaran yang dihadapi oleh mereka terutamanya mereka adalah dari jurusan Sains Politik??

Sepatutnya tidak timbul rasa sangsi pada hemat PRESIDEN yang mengatakan penglibatan pelajar secara aktif dalam politik akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama dalam kalangan pelajar. Ini tidak benar, apa yang cuba digambarkan oleh PRESIDEN sebenarnya bagaimana corak pembawaan kepimpinan yang cuba dibawa oleh PMUKM sendiri harus dipersoal. Adakah dengan terlibat secara aktif dalam pertubuhan dan persatuan yang ada di UKM sendiri akan mencipta polarisasi, kita sememannya sudah diajarkan diUniversiti dengan nilai nilai perpaduan antara kaum dengan kursus yang ditawarkan oleh Universiti sendiri, jadi pada hemat saya ini adalah andaian yang salah.

Yang kedua, tuan PRESIDEN mengatakan perkara ini untuk mengelakkan pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh mempengaruhi keutamaan pelajar untuk menuntut ilmu. Cuba kita teliti dengan sedalam dalamnya, tujuan mahasiswa datang ke Universiti untuk apa? Adakah Mahasiswa seperti kita punya kelas minda seperti kebudak budakkan yang baru di tahap menengah? Dimana halatuju mahasiswa sehingga mereka lupa tujuan asal merea kemari. Andaian PRESIDEN seolah olah memperkecilkan potensi Mahasiswa yang punya peluang dan ruang yang amat besar didalam semua arena.

Yang ketiga PRESIDEN mengatakkan Pelajar universiti telah menerima hampir 90% subsidi pendidikan daripada peruntukan kewangan kerajaan. Ya memang benar, perkara ini tidak dinafikan, justeru Mahasiswa hadir sebagai agen Check n balance kepada kerajaan yang memerintah, ini adalah satu usaha murni Mahasiswa untuk membantu Pihak kerajaan atas sumbangan yang mereka telah berikan, adakah PRESIDEN mengharapkan Mahasiswa seperti diibaratkan lembu dicucuk hidung atas kenyataan yang dikeluarkan.??

Berkenaan kenyataan keempat-empat tertuduh ingin membuat kerja lapangan di Hulu Selangor, mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pensyarah, dan di sokong oleh Prof. Dato’. Dr. Mohammad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, ingin saya timbulkan persoalan kepad PRESIDEN, adakah wajar untuk seseorang Mahasiswa mendapatkan kebenaran bertulis jika mereka mahu melakukan kajian atau penyelidikan disesebuat agensi atau kawasan?? Adakah perkara ini patut berlaku? dan dilihat amat menyusahkan pelajar pelajar itu sendiri memandangkan Universiti melangkah kearah Universiti penyelidikan dan para Mahasiswa disajikan dengan lambakkan assignment dan kajian setiap hari, adakah perlu kepada surat kebenaran?? Jika benar memerlukan surat kebenaran harus diterangkan kepada Mahasiswa terlebih dahulu kajian yang bagaimana memerlukan surat kebenaran. Itu adalah alternatifnya.

Secara kesimpulannya, saya selaku PENGERUSI GABUNGAN MAHASISWA( GMUKM ) ingin mengajak kesemua front front di Universiti termasuk PMUKM untuk bersama kita menjayakan visi misi dan matlamat Mahasiswa dihantar ke Universiti. ayuh kita bersatu untuk membantu rakan rakan kita yang ditindak dengan jahatnya semata mata untuk mencapai agenda busuk mereka. Janganlah kita gadaikan pertaruhan masyarakat kepad tubuh badan kita semata mata untuk meraih simpati dan mencari sesuapa nasi diatas muka bumi ALLAH ini dengan jalan yang tidak diredhainya.

SALAM JUANG UNTUK SEMUA

REALISASI VARSITI 

Mohd Hafiz Bin Abd. Razak
Pengerusi GMUKM

Letter to Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) vice-chancellor

Dear vice-chancellor,

I am writing to you with regards to the persecution of four UKM students for taking part in the Hulu Selangor elections. Come 2 and 3 June 2010, the four will be charged under Section 15 of the Universities and University Colleges Act (UUCA) 1971 which prohibits students from associating with any political party, society, trade union or any other organisation without the vice-chancellor's approval.

I assume that if we grant voting rights to citizens who are 21 years and above, that would mean that we acknowledge their capacity to make decisions and to exercise their rights as adults. Therefore, as Malaysian citizens, they have every right to participate in the country's political process. Hence, why then are we persecuting these students for exercising the right that every adult Malaysian should have?

We already have too many students who are apathetic about the country's fate. We complain about those who don't bother, don't care, tak tahu and tak nak kisah about events in the country. These students are among those who will eventually become graduates who are clueless about the country's social, political, and economic landscape.

But when we finally have students who bother to take an interest in elections, we choose to penalise them for their interest and for executing their rights. Dear vice-chancellor, when the rest of the student population cannot even be bothered about what's happening in the country, shouldn't we instead take pride in having students who are?

Are we to reward patriotism with penalties? On 19 May 2010 at 9.28am, you posted this on Twitter and on Facebook — “Tun Musa Hitam: 'youth & women will change d world'. But both need empowerment. Let's do it.” Now how do we empower youths to make decisions when their capacity to execute their basic rights as adults is restricted under the UUCA? This isn't empowerment. This is control and intimidation, not to mention an infringement of a person's rights.
UKM's educational goal is "to produce graduates with strong leadership qualities who are confident of themselves with a strong sense of national integrity and are ethical and able to engage internationally." Our four political science students stepped up to the plate to demonstrate that they can and will take an interest in the nation's politics. They showed that they were confident, willing, and brave enough to engage with "the outside world" although they may be regarded as mere students by some.

Hence, penalising these students would amount to contradicting UKM's own educational goal. It would demonstrate that UKM refuses to acknowledge student leaders who rise above their peers and who show that their interest and contributions extend beyond the university's walls. The university is choosing to see these four students as pests and threats rather than recognise them as change agents. And mind you, we are not talking about poor students with hooligan tendencies. Among these four are students with Cumulative Grade Point Averages of 3.51 and 3.79.
If we penalise such students, we risk having generations of cowardly students, too afraid to challenge the status quo, who will be unlikely to break free from their comfort zone.

Is this the direction UKM is heading for? And is this the kind of students UKM wants to produce?

U-Jean
 
UKM student

Wednesday, May 26, 2010

Pentadbiran UKM Cuba Perangkap Mahasiswa



Pihak Pentadbiran UKM baru-baru ini didapati cuba menyekat empat orang mahasiswa dari  membuat persiapan sepenuhnya dalam perbicaraan yang dijadualkan akan berlangsung pada 2-3 Jun 2010.

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik tersebut ialah Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai sebelum ini diminta menghadiri  Mahkamah Universiti UKM pada 2 dan 3 Jun ini atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang di bawah seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang bermaksud;

"Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap - (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia".

Namun dalam proses memperisapkan diri dalam perbicaraan yang bakal berlangsung, pihak universiti didakwa cuba memperdayakan mahasiswa dengan tindakan-tindakan yang sangat melampaui batas. Pimpinan GMUKM apabila ditemui pada sidang media mempertikaikan beberapa tindakan yang dilakukan pihak universiti dalam proses perbicaraan yang bakal berlangsung.

Persoalan pertama, mengapakah perbicaraan tersebut dilakukan pada tarikh yang berbeza sedangkan keempat-empat mahasiswa sains politik tersebut dituduh bersalah atas kesalahan yang sama iaitu melanggar AUKU di bawah seksyen 15(5)(a). Mengapakah Saudara Hilman selaku Presiden Kelab Sains Politik dikehendaki menghadiri perbicaraan seorang diri sedangkan tiga yang lain iaitu Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai dibicarakan serentak. Kenapa mereka berempat tidak dibicarakan sekali? Ini jelas sekali pihak pentadbiran mempunyai agenda untuk memerangkap mahasiswa oleh kerana yang mengetuai mereka berempat adalah saudara Hilman Idham.

Persoalan yang kedua adalah mengapa pihak pentadbiran tidak membenarkan empat orang mahasiswa ini mengambil peguam luar sebagai pembela terhadap segala tuduhan mereka. Empat orang mahasiswa yang ditangkap bukanlah mereka yang mendalami ilmu undang-undang. Bagaimana mereka ingin mempertahankan diri dalam perbicaraan yang akan berlangsung nanti. Adapun dibenarkan untuk memilih kakitangan UKM sebagai peguam, namun masih timbul beberapa keraguan yang bakal berlaku.

" Sekiranya kami mengambil kakitangan UKM sebagai peguam sekalipun, sudah tentu banyak polemik yang akan berlaku. Selain itu, Kami sebagai tertuduh berhak memilih sesiapa sahaja peguam yang kami yakini. Adakah pihak pentadbiran ingin menghapuskan hak asasi kami dalam mempertahankan diri? " jelas saudara Hilman Idham sebagai salah seorang tertuduh

Ini jelas menunjukkan ketidakadilan pihak pentadbiran dalam mengurusukan perbicaraan tersebut.

Yang ketiganya adalah pihak pentadbiran cuba untuk menghalang empat orang mahasisa tersebut dari mendapatkan tatacara-tatacara berkaitan dengan tuduhan yang dikenakan. Sebelum ini, walaupun mereka ini sudah membawa surat peguam untuk mendapatkan tatacara tersebut, namun pihak pentadbiran UKM masih berkeras tidak mahu memberi tatacara tersebut. Bagaimanakah mereka ingin mempertahankan diri sekiranya tatacara tersebut tidak boleh dimiliki oleh mahasiswa tersebut. Namun setelah desakan demi desakan yang dilakukan oleh mereka, akhirnya pentadbiran mengalah dan memberikan tatacara tersebut.

Ini hanya sedikit pembongkaran terhadap tindakan-tindakan pihak pentadbiran yang jelas mempunyai agenda-agenda tersendiri. Masih banyak lagi tindakan-tindakan pihak pentadbiran yang masih diragui. Bagaimana mahasiswa UKM ingin mempercayai segala urus tadbir mahasiswa sekiranya terlalu banyak tindakan pentadbiran yang diragui.

"Belum hilang bahang pilihanraya kampus, mereka (pentadbiran) berani menipu daya mahasiswa. Ingat!!! kami masih mempunyai rekod-rekod pembohongan pihak pentadbiran dalam urus tadbir pilihanraya kampus. Dan kami masih menunggu tindakan pihak pentadbiran dalam memperbetulkan situasi tersebut. Jika mereka (pentadbiran) masih berani memperbudakkan mahasiswa, tengoklah nanti apa yang akan kami lakukan" ujar saudara firdaus selaku pengerusi front MAMPU.

Tuesday, May 25, 2010

KENYATAAN RASMI MEDIA GMUKM TERHDAP 4 MAHASISWA





Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) kesal dengan peristiwa penahanan empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia oleh pihak polis di Hulu Selangor dan menyifatkan tindakan tersebut seolah-olah berundur ke belakang ketika masyarakat dunia khususnya di para belia dituntut mempunyai rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap pentadbiran dan pembangunan negara hari ini.
Menyoroti hari kejadian tersebut, mereka ditahan dalam sebuah sekatan jalan raya di Hulu Selangor bersama tiga orang awam yang lain. Kemudiannya, Pihak pentadbiran UKM telah mengeluarkan surat pertuduhan terhadap empat orang mahasiswa tersebut pada 13 Mei lalu.
Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik tersebut ialah Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai. Mereka akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM pada 2 dan 3 Jun ini atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang di bawah seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang bermaksud;
"Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap - (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia".
Ironinya semua pertuduhan tersebut ditujukan kepada empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik.  Sudah menjadi kebiasaan kepada setiap mahasiswa untuk turun ke lapangan masing-masing bagi menimbau sebanyak mungkin pengalaman dan mengukuhkan pemahaman. Di mana lagi lapangan bagi mahasiswa jurusan Sains Politik sekiranya bukan dalam  pilihan raya. Ini ternyata bercanggah dan tidak logik bagi akal apabila seorang yang sedang menduduki jurusan di dalam kuliah universiti secara teori tetapi disekat hak akademik mereka untuk mengorientasikan pembelajaran mereka ke lapangan sebenar. 
Dalam sidang media baru-baru ini, Muhammad Hilman selaku Presiden Kelab Sains Politik telah menegaskan bahawa penahan beliau bersama tiga orang yang lain adalah sangat tidak munasabah bagi mereka yang mendalami jurusan Sains Politik.
“Menjadi adat sebagai mahasiswa jurusan sains politik untuk turun ke lapangan pilihan raya. Kalau mahasiswa perubatan turun ke hospital. Bagi jurusan sains politik, kami turun ke lapangan pilihan raya untuk lihat bagaimana politik (yang) sebenar berlaku," kata Muhammad Hilman Idham
Dakwaan ‘ menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap - (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia ‘ pula nyata gagal dibuktikan dengan jelas apabila salah seorang mahasiswa yang ditahan menegaskan bahawa mereka kebetulan ‘hanya menumpang kereta seorang  aktivis’ dan ‘bukan berkempen’. Justeru tindakan pegawai Hal Ehwal Pelajar yang terus menuduh mahasiswa tersebut menyokong Pakatan Rakyat nyata dikesali dan memalukan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia kerana bertindak kurang rasional dan kebudak-budakkan.
AUKU yang sangat diagung-agungkan oleh pihak pentadbiran UKM ternyata sudah tidak releven lagi. Ini ternyata telah membantutkan pertumbuhan idealisme mahasiswa sejurus mengurangkan kredibiliti mahasiswa sebagai pemimpin pada masa akan datang.
“ Kenapa kerajaan perlu sekat kebebasan bersuara mahasiswa melalui AUKU sekiranya kerajaan berada di pihak yang benar. Kami sebagai mahasiswa hanya ingin menyuarakan pandangan serta pendapat terhadap sesuatu isu. Kerajaan sepatutnya menjadikan lontaran idea dari kalangan mahasiswa sebagai batu lonjakan bagi memperbaiki sistem pentadbiran Negara ke arah yang lebih baik.Sepertimana yang kita sedia maklum, kebanyakan IPTA di Malaysia mencatatkan penurunan rangking Asia.Jika kerajaan terus menerus menyekat idealisme mahasisa, saya khuatir kualiti mahasiswa-mahasiswa yang dilahirkan akan terus jatuh dan akhirnya akan menyebabkan Malaysia semakin terkebelakang akibat tidak mampu melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritikal dan kritis.” Tegas Mohd Hafiz B Abdul Razak selaku Pengurusi GMUKM

Mahasiswa perlu diiktiraf sebagai generasi pelapis kepimpinan negara yang bakal menerajui kemajuan dan ketamadunan Malaysia pada masa akan datang. Hak dan kebebasan mahasiswa seharusnya tidak wajar disekat dan diikat. Justeru, tidak seharusnya kebobrokan dalam kampus terus dibiar berleluasa yang mana ianya melambangkan pentadbiran yang tidak profesionalisme dan korup. Usaha yang gigih tanpa disulami kepentingan politik perlu digarap oleh setiap segmen masyarakat demi melahirkan mahasiswa yang berjiwa pemimpin yang bakal mencorakkan kegemilangan negara.

Justeru itu, GMUKM menggesa;
1.       pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menarik balik semua pertuduhan dan prosiding yang bakal dijalankan ke atas empat orang mahasiswa Sains Politik berkenaan.

2.       pihak pentadbiran universiti di Malaysia tidak menyekat dan menakut-nakutkan seluruh persatuan mahasiswa dan ahli persatuan dengan menyatakan bahawa tindakan tatatertib akan diambil ke atas mahasiswa sekiranya mereka lantang menyuarakan hak dan pandangan masing-masing kerana hal ini jelas menyanggahi saranan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada 21 Mei 2010 yang lalu; yang antara lain menyebut pihak IPTA seharusnya mewujudkan suasana yang lebih kondusif supaya mahasiswa tidak takut untuk menyuarakan apa saja pendapat mereka termasuk mengenai politik, demi menyemarakkan budaya berfikir secara kritis di kalangan pelajar.


3.       menuntut pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengkaji semula keberkesanan dan kerelevanan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 agar tidak bercanggah dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.Justeru penyertaan mahasiswa-mahasiswa ke dalam kancah politik adalah satu hak yang sah dari segi Perlembagaan Persekutuan Malaysia; tiada pihak yang berhak mencabuli hak tersebut setelah mereka mencapai usia 21 tahun.

4.       Pihak kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh para mahasiswa selaku orang muda dalam menghidupkan sesebuah kelompok masyarakat negara pada hari ini. Tindakan menyekat dan menakut-nakutkan golongan ini akan membantutkan pertumbuhan dan pembinaan bakal para pemimpin negara yang berkualiti dan berfikiran kritis.
*Kenyataan media, Pimpinan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)
Pengerusi GMUKM:Mohd Hafiz Bin Abd. Razak
Presiden MAMPU:Ahmad Firdaus Bin Ahmad Azam
Presiden KAMI:Muhammad Hilman Bin Idham
Presiden GMLN:Mohd Fadhlan Bin Sugiman
Presiden AKSIS:Nabilah Binti Mohd Maiyidin

Monday, May 24, 2010

UKM TERNODA SETELAH 40 TAHUN PENUBUHAN


Kecewa,hampa dan sengsara adalah perkataan yang paling tepat bagi menyimpulkan segala  yang berlaku terhadap institusi terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia atau akronimnya UKM setelah 40 tahun ianya ditubuhkan.Sambutan ulang tahun ke-40 UKM telah tercalar dek kerana sikap pentadbiran yang sering memperhambakan mahasiswa dan sering kali merantai pergerakan mahasiswa dengan penjara AUKU yang sengaja mereka ada-adakan bagi menakutkan mahasiswa.
Umum mengetahui,penahanan 4 mahasiswa sains politik UKM atas dakwaan membantu parti politik dalam pilihan raya di parlimen hulu selangor yang baru lepas adalah tindakan paling biadap dan tidak bertamadun terhadap institusi pengajian tinggi negara.Jika kita berfikir dengan logik akal yang waras mana mungkin sesuatu kes yang telah digugurkan pertuduhannya oleh pihak polis boleh didakwa semula oleh pihak pentadbiran UKM.Tindakan ini secara mudahnya bolehlah dianalogikan sebagai tikus yang ingin memakan helang kerana jika hendak dibandingkan kuasa pihak pentadbiran UKM dengan Kementerian Dalam Negeri yang dibawahnya terletak institusi PDRM adalah jauh berbeza.Justeru,tindakan ini seolah-olah ingin menyatakan kepada KDN bahawa mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.Mudah sahaja,jikalau pihak pentadbiran universiti berpendapat sebegitu solusinya adalah anggota polis perlulah ditukar ganti dengan pihak keselamatan universiti yang mempunyai pengurusan yang lebih baik dari UKM.
Pihak pentadbiran universiti seringkali menyeru kepada para pelajar supaya mengamalkan segala teori yang mereka dapat di dalam dewan kuliah mahupun bilik tutorial diamalkan di dalam medan kehidupan yang sebenar.Anehnya,penahanan 4 mahasiswa UKM sains politik yang ingin meninjau keadaan perjalanan pilihan raya di negara ini di tangkap  dan ingin didakwa oleh pihak pentadbiran universiti.Hal ini jelas bercanggah dengan seruan mereka sendiri yang acap kali menyeru mahasiswa supaya selalu mempraktikkan apa yang telah dipelajarinya di university.
Mungkin bukan semua pihak pentadbiran  menyokong tindakan segelintir dalam kalangan mereka yang ingin merosakkan generasi pewaris kepimpinan negara iaitu golongan mahasiswa tetapi tindakan segelintir inilah yang telah merosakkan institusi pentadbiran university yang begitu mulia bak kata pepatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.Untuk akhirnya,masih belum terlambat untuk pihak pentadbiran universiti  mengkaji semula tindakan mereka ini sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.Cuma apa yang perlu dilakukan adalah proses pemurnian semula dalam kalangan pihak pentadbiran untuk menjernihkan semula keadaan yang kian keruh sekarang.Konklusinya,sebagai langkah pertama dalam proses pemurnian tersebut adalah dengan menggugurkan tuduhan terhadap 4 mahasiswa yang ditahan.Pihak mahasiswa begitu yakin dan percaya jikalau proses pemurnian ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin tidak mustahil dalam beberapa tahun lagi UKM akan berjaya menjadi universiti penyelidikan terbaik di dunia.

28 NGO: UKM, tarik balik dakwaan!

Kenyataan Bersama:  Kami menyeru Prof. Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (NC UKM) supaya menarik balik dakwaan AUKU terhadap empat pelajar jurusan sains politik UKM
Empat pelajar yang didakwa di bawah AUKU ialah Ismail Aminuddin, Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.  Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.
Mengikut maklumat yang didapati, empat pelajar jurusan sains politik UKM didakwa atas tuduhan “sokongan” kepada Pakatan Rakyat ketika PRK Hulu Selangor yang lalu.  Pelajar-pelajar dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 2 Jun dan 3 Jun ini.  Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Kami berpendapat bahawa tindakan pendakwaan pihak UKM tersebut adalah tidak munasabah dan telah mencabuli hak asasi dan kebebasan pelajar-palajar.
Pelajar-pelajar universiti bukan sahaja harus mempunyai hak mengundi dan juga harus mempunyai hak dalam politik praktis serta hak dalam penggubalan dasar polisi Negara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Tindakan pihak UKM turut akan mengancam peranan pelajar sebagai tulang belakang kemajuan dan pembangunan negara.  Pihak universiti tidak harus menyekat pemikiran dan kebebasan pelajar.  Ini juga bercanggah dengan Piagam Hak-hak Asasi Manusia Sedunia (UDHR).
Akhir sekali, kami menyeru pihak masyarakat memberi perhatian kepada dakwaan tersebut dan memberi tekanan kepada pihak UKM supaya menggugurkan dakwaan AUKU terhadap empat pelajar.  Kami juga menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi agar mengarahkan pihak UKM gugurkan dakwaan AUKU serta mansuhkan AUKU yang masih menindas pelajar walaupun AUKU telah dipinda baru-baru ini.
Dipelopori oleh Ng Chong Soon, Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH)
Pertubuhan yang menyokong kenyataan bersama:
1.Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
2.Persatuan Hokkien Ulu Langat
3.Persatuan Sentul Chung Mun Alumni Kuala Lumpur
4.Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Kuen Cheng K.L
5.Young Malaysia Movement ( YMM )
6.Center for Orang Asli Concerns
7.Jaringan Rakyat Tertindas ( jerit )
8.Centre for Independent Journalism (CIJ)
9.Civil Society Committe of LLG Cultural Devolopment Centre
10.Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
11.Student Progressive Front University Utara Malaysia (SPF UUM)
12.Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPF USM)
13.Student Progressive Front New Era College  (SPF NEC)
14.Gerakan Maju Mahasiswa University Putra Malaysia (GMM UPM)
15.Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
16.KLSCAH-CRC (KLSCAH, Civil Rights Committee)
17.S.E.R.U (Student Reserve Unit)
18.Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu
19.Pengerak Belia zon 23,Mpsj
20.PeBT Zon 17 MPAJ
21.Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & K.L
22.The Selangor Yan Keng Benevolent Dramatic Assn.
23.Persatuan Peniaga Ubat Cina W/P & Selangor
24.Persatuan Siswazah Lihua K.L & Selangor
25.Bahagian Pemuda Persatuan Teo Chew Selangor & K.L
26.Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
27.Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
28.Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)

Kempen Petisyen Online dan 10,000 Tandatangan Desak UKM Gugurkan Pertuduhan Dilancar

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama-sama front-front mahasiswa yang lain melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar segera menggugurkan pertuduhan AUKU terhadap empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dituduh terlibat di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Presiden GAMIS, Mohd Idris Mohd Yusoff juga mendesak pentadbiran UKM dengan segera menggugurkan pertuduhan AUKU terhadap empat mahasiswa tersebut.

Petisyen online tersebut boleh dilayari melalui link http://www.petisyen.com/petitions/view/40/referendum_bantahan_4_mahasiswa_ukm_dikenakan_auku.html

Menurut Idris, petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). “Referendum ini ditujukan kepada pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membuktikan suara bantahan daripada mahasiswa seluruh kampus yang bencikan tindakan zalim dengan menggunakan AUKU terhadap mahasiswa,” kata beliau dalam kenyataan medianya.

Beliau yang mewakili GAMIS berharap kes ini merupakan kes yang terakhir di Malaysia dan meminta segera dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa. Akta ini (AUKU) tidak lagi relevan kepada mahasiswa dan mencemarkan universiti sebagai pusat kebebasan aktiviti dan akademik serta sebagai sebuah gedung ilmu.

GMUKM MENUNTUT PENTADBIRAN UKM MENGGUGURKAN DAKWAAN KEATAS 4 0RANG MAHASISWA

Isu penangkapan 4 orang Mahasiswa Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen di pilihanraya kecil Hulu Selangor semakin memberi kesan yang negetif kepada pihak pentadbiran Universiti, ini kerana sikap diam diri yang ditunjukkan oleh pihak Universiti menjadi seribu tanda Tanya kepada pelbagai pihak.

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik UKM itu iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Merespon isu berkenaan, pengerusi GMUKM saudara Hafiz Razak dengan tegasnya mengeluarkan kenyataan supaya pihak Universiti menggugurkan dakwaan keatas mereka yang terlibat kerana ini sangat bertentangan dengan apa yang tertera pada Perlembagaan Persekutuan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warga negara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihan raya tegasnya.

Seterusnya beliau mempertikaikan pihak Universiti yang jelas sekali melanggar hareki perlembagaan yang patut dipatuhi, sistem rimba mana yang mereka ikuti jelasnya lagi. AUKU yang telah digubal sejak tahun 1971 telah banyak memandulkan Mahasiswa dari segi ideology serta keterampilan Pimpinan didalam diri Mahasiswa itu sendiri.
AUKU sudah tidak realistik untuk digunakan pada zaman sekarang memandangkan UKM sendiri ingin mencipta matlamat termasuk dalam Universiti terbaik dunia. Bagaimana untuk Universiti melahirkan bakal pemimpin pemimpin Negara pada masa akan datang sedangkan mereka mengekang Mahasiswa dari melontarkan pendapat dan idea mereka.

Mereka menggunakan AUKU sebagai alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka. Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik.

Perkara ini juga dilihat bertentangan dengan hak kebebasan bersuara bagi Mahasiswa yang tertera didalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia yang jelas bercanggah dengan tindakan yang mereka lakukan keatas empat orang Mahasiswa tersebut.

Justeru GMUKM menuntut supaya mereka dilepaskan dari dakwaan tersebut yang dilihat tidak relevan dan memberi black fire kepada pihak Univesiti sendiri akibat sikap berdiam diri yang ditunjukkan mereka.

Friday, May 21, 2010

Malaysia Bakal 'Muflis' Pemimpin Berwibawa - Pengerusi MPMN

Baru-baru ini empat mahasiswa UKM telah dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh melanggar undang-undang universiti. Arahan itu telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) susulan setelah mereka ditangkap oleh pihak polis di Hulu Selangor ketika Pilihanraya kecil berlangsung di sana.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah membantah keras terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan norma demokrasi yang telah diamalkan di negara kita. "Sebagai mahasiswa, mereka berhak berada di mana sahaja dan bebas untuk menyuarakan hak mereka. "Tindakan yang dikeluarkan oleh pihak universiti itu jelas melanggar hak kebebasan bersuara di negara ini," kata Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Muhammad Syafiq aziz (gambar) kepada erapakatan.

Menurut beliau, pihak Universiti harus sedar mahasiswa ialah aset dan agen perubah kepada kepimpinan negara, ini dilihat sebagai salah satu latihan sebelum menceburkan diri selepas keluar dari menara gading kelak.

Bagi Syafiq, jika mahasiswa disekat pemikiran dan perjuangan mereka, sudah pasti negara akan lumpuh dan ‘muflis’ kepimpinan yang berwibawa suatu hari nanti.

"Mereka tertuduh juga merupakan mahasiswa jurusan Sains Politik dan semestinya mereka perlu turun kelapangan untuk menyaksikan sendiri suasana politik Malaysia lagi-lagi ketika pilihanraya sedang berlangsung. "Ini ialah salah satu praktikal dan latihan bagi mereka selaku mahasiswa jurusan Sains Politik," kata beliau lagi.

Syafiq yang mewakili MPMN mempersoalkan mengapa pihak universiti perlu mengenakan tindakan tersebut? Bagi beliau hal ini jelas pihak pentadbiran Universiti menafikan hak kebebasan akademik.

Sehubungan itu, MPMN menggesa pihak Universiti menarik balik tindakan yang telah dikenakan ke atas mereka dan memuji tindakan mahasiswa yang mempraktikkan hak demokrasi. MPMN juga akan terus memperjuangkan kes tersebut dengan segenap rupa dan cara untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.

"Pihak universiti jangan cuba untuk memperbodoh dan menakut-nakutkan mahasiswa dengan tindakan yang telah dikeluarkan. Pihak Universiti seharusnya bertindak lebih profesional dalam kes ini.

Tertuduh ialah Hilman Idham, Ismail Aminudin, Azlin Shafina adzha dan Woon King Chai.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Universiti pada 2 dan 3 Jun 2010. pihak MPMN mengharapkan dan menyeru kepada gerakan-gerakan kampus, NGO, ahli politik dan indvidu agar terus membela dan memperjuangkan mahasiswa yang jelas telah dicabuli hak mereka oleh pihak Universiti.

Tuesday, May 18, 2010

UKM wujud hasil perjuangan mahasiswa

Gagasan untuk menubuhkan sebuah universiti kebangsaan bagi tanah air tercinta buat pertama kalinya dibangkitkan seawal 1920-an. Cadangan ini dibawakan Abd Kadir Adabi demi memenuhi keperluan pendidikan orang Melayu pembangunan Bahasa Melayu. Lewat tahun 1930-an gagasan ini terus berkembang dan menjadi idaman yang tersemat kemas dalam sanubari orang Melayu khususnya semasa zaman penjajahan British. 

Ia kemudian diperjuangkan secara terbuka dan aktif pada tahun 1940-an dan 1950-an apabila Persekutuan Kesatuan Guru Melayu Semenanjung mendesak agar Bahasa Melayu mendapat tempat sewajarnya di tanah air tercinta ini. Juga antara desakan juga supaya tahap sekolah-sekolah  Melayu ditingkatkan supaya anak Melayu mendapat peluang pelajaran tertinggi.

Atas desakan rakyat, khususnya para pelajar sekolah rendah aliran Melayu yang mengadakan tunjuk perasaan seluruh negara pada tahun 1958, maka pada tahun tersebut sekolah menengah aliran Melayu diwujudkan. Peristiwa ini membangkitkan semangat lagi dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti kebangsaan. 

Sementara dalam tahun-tahun yang sama golongan agama dan cendiakawan Islam tempatan melahir dan menyuarakan peri pentingnya kewujudan Universiti Islam sebagai peningkatan kepada pengajian Islam bagi sekolah-sekolah aliran agama yang mana tahap tertingginya ketika itu ialah Kolej Islam Klang. Salah seorang cendiakawan yang menyuarakan hal ini ialah Dr Ungku Omar dan beberapa rakan-rakan beliau yang bersungguh-sungguh mengeluarkan hujah dan saranan bernas.

Antara cadangan awal nama universiti yang bakal ditubuhkan ialah 'Universiti Islam Kebangsaan' dan ' Universiti Kebangsaan' yang di akhirnya tertubuhnya 'Universiti Kebangsaan Malaysia' dengan pengambilan 192 orang pelajar yang mendaftar pada 18 Mei 1970 di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Fakulti Sains.

Ironinya, ada pihak yang mengatakan sekiranya Dr Ungku Omar masih hidup semasa pembukaan UKM, maka beliau bakal menjadi Naib Canselor yang pertama. Ini dikuatkan lagi dengan nama 'Ungku Omar' diletakkan pada kolej kediaman terawal iaitu kolej ketiga.

Persetujuan telah tercapai di peringkat Jawatankuasa penaja penubuhan UKM bahawa walaupun idea 'Universiti Islam Kebangsaan' tidak tercapai, tetapi idea tersebut digabungkan dengan 'Universiti Kebangsaan' dengan menjadikan pengajian Islam sebagai sebuah fakulti utama dengan buktinya jelas Fakulti Pengajian Islam berada di pintu masuk utama UKM. Maka tidak hairanlah sebaik sahaja penubuhan UKM, tiga buah fakulti yang diwujudkan termasuk Fakulti Pengajian Islam.


RUJUKAN :
Mohd Shuhaimi Al-Maniri (1995), Di Sebalik Tabir Politik Kampus, Pustaka Generasi Baru, Bandar Baru Bangi

Friday, May 14, 2010

Senarai Asia: UM, UKM terus jatuh



Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Bagaimanapun Universiti Putera Malaysia, berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.

Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.

Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology.

National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.


Sumber : Malaysiakini

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !