Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, May 27, 2010

JAWAPAN KEPADA KENYATAAN PRESIDEN PMUKM BERKAITAN 4 ORANG MAHASISWA YANG DIDAKWA

Menjawab kenyataan yang diutarakan oleh PRESIDEN PMUKM Saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin terhadap dakwaan yang dilemparkan keatas empat orang Mahasiswa UKM dari jurusan Sains Politik iaitu Saudara Ismail Aminuddin, Hilman Idham , Woon king Chai, dan saudari Azlin Shafina Adzha, Tuan PRESIDEN diingatkan berpijak dibumi yang nyata apabila mengeluarkan kenyataan yang akan memberi kesan kepada diri seterusnya Mahasiswa UKM.

Mohan dijelaskan kepada Mahasiswa, dimanakah tidakan yang TIDAK WAJAR telah diambil oleh mereka semata mata untuk mendapatkan hak mereka yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mereka empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), pindaan 2008, melarang kesemua pelajar IPTA, kecuali UIAM dan UITM menyertai, atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik, atau mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan yang menyalahi undang-undang. Persoalannya adakah dengan menghalang mahasiswa berpencak silat didalm medan politik yang sebenar memberi kesan kepada perkembangan pembelajaran yang dihadapi oleh mereka terutamanya mereka adalah dari jurusan Sains Politik??

Sepatutnya tidak timbul rasa sangsi pada hemat PRESIDEN yang mengatakan penglibatan pelajar secara aktif dalam politik akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama dalam kalangan pelajar. Ini tidak benar, apa yang cuba digambarkan oleh PRESIDEN sebenarnya bagaimana corak pembawaan kepimpinan yang cuba dibawa oleh PMUKM sendiri harus dipersoal. Adakah dengan terlibat secara aktif dalam pertubuhan dan persatuan yang ada di UKM sendiri akan mencipta polarisasi, kita sememannya sudah diajarkan diUniversiti dengan nilai nilai perpaduan antara kaum dengan kursus yang ditawarkan oleh Universiti sendiri, jadi pada hemat saya ini adalah andaian yang salah.

Yang kedua, tuan PRESIDEN mengatakan perkara ini untuk mengelakkan pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh mempengaruhi keutamaan pelajar untuk menuntut ilmu. Cuba kita teliti dengan sedalam dalamnya, tujuan mahasiswa datang ke Universiti untuk apa? Adakah Mahasiswa seperti kita punya kelas minda seperti kebudak budakkan yang baru di tahap menengah? Dimana halatuju mahasiswa sehingga mereka lupa tujuan asal merea kemari. Andaian PRESIDEN seolah olah memperkecilkan potensi Mahasiswa yang punya peluang dan ruang yang amat besar didalam semua arena.

Yang ketiga PRESIDEN mengatakkan Pelajar universiti telah menerima hampir 90% subsidi pendidikan daripada peruntukan kewangan kerajaan. Ya memang benar, perkara ini tidak dinafikan, justeru Mahasiswa hadir sebagai agen Check n balance kepada kerajaan yang memerintah, ini adalah satu usaha murni Mahasiswa untuk membantu Pihak kerajaan atas sumbangan yang mereka telah berikan, adakah PRESIDEN mengharapkan Mahasiswa seperti diibaratkan lembu dicucuk hidung atas kenyataan yang dikeluarkan.??

Berkenaan kenyataan keempat-empat tertuduh ingin membuat kerja lapangan di Hulu Selangor, mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pensyarah, dan di sokong oleh Prof. Dato’. Dr. Mohammad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, ingin saya timbulkan persoalan kepad PRESIDEN, adakah wajar untuk seseorang Mahasiswa mendapatkan kebenaran bertulis jika mereka mahu melakukan kajian atau penyelidikan disesebuat agensi atau kawasan?? Adakah perkara ini patut berlaku? dan dilihat amat menyusahkan pelajar pelajar itu sendiri memandangkan Universiti melangkah kearah Universiti penyelidikan dan para Mahasiswa disajikan dengan lambakkan assignment dan kajian setiap hari, adakah perlu kepada surat kebenaran?? Jika benar memerlukan surat kebenaran harus diterangkan kepada Mahasiswa terlebih dahulu kajian yang bagaimana memerlukan surat kebenaran. Itu adalah alternatifnya.

Secara kesimpulannya, saya selaku PENGERUSI GABUNGAN MAHASISWA( GMUKM ) ingin mengajak kesemua front front di Universiti termasuk PMUKM untuk bersama kita menjayakan visi misi dan matlamat Mahasiswa dihantar ke Universiti. ayuh kita bersatu untuk membantu rakan rakan kita yang ditindak dengan jahatnya semata mata untuk mencapai agenda busuk mereka. Janganlah kita gadaikan pertaruhan masyarakat kepad tubuh badan kita semata mata untuk meraih simpati dan mencari sesuapa nasi diatas muka bumi ALLAH ini dengan jalan yang tidak diredhainya.

SALAM JUANG UNTUK SEMUA

REALISASI VARSITI 

Mohd Hafiz Bin Abd. Razak
Pengerusi GMUKM

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !