Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, May 24, 2010

UKM TERNODA SETELAH 40 TAHUN PENUBUHAN


Kecewa,hampa dan sengsara adalah perkataan yang paling tepat bagi menyimpulkan segala  yang berlaku terhadap institusi terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia atau akronimnya UKM setelah 40 tahun ianya ditubuhkan.Sambutan ulang tahun ke-40 UKM telah tercalar dek kerana sikap pentadbiran yang sering memperhambakan mahasiswa dan sering kali merantai pergerakan mahasiswa dengan penjara AUKU yang sengaja mereka ada-adakan bagi menakutkan mahasiswa.
Umum mengetahui,penahanan 4 mahasiswa sains politik UKM atas dakwaan membantu parti politik dalam pilihan raya di parlimen hulu selangor yang baru lepas adalah tindakan paling biadap dan tidak bertamadun terhadap institusi pengajian tinggi negara.Jika kita berfikir dengan logik akal yang waras mana mungkin sesuatu kes yang telah digugurkan pertuduhannya oleh pihak polis boleh didakwa semula oleh pihak pentadbiran UKM.Tindakan ini secara mudahnya bolehlah dianalogikan sebagai tikus yang ingin memakan helang kerana jika hendak dibandingkan kuasa pihak pentadbiran UKM dengan Kementerian Dalam Negeri yang dibawahnya terletak institusi PDRM adalah jauh berbeza.Justeru,tindakan ini seolah-olah ingin menyatakan kepada KDN bahawa mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.Mudah sahaja,jikalau pihak pentadbiran universiti berpendapat sebegitu solusinya adalah anggota polis perlulah ditukar ganti dengan pihak keselamatan universiti yang mempunyai pengurusan yang lebih baik dari UKM.
Pihak pentadbiran universiti seringkali menyeru kepada para pelajar supaya mengamalkan segala teori yang mereka dapat di dalam dewan kuliah mahupun bilik tutorial diamalkan di dalam medan kehidupan yang sebenar.Anehnya,penahanan 4 mahasiswa UKM sains politik yang ingin meninjau keadaan perjalanan pilihan raya di negara ini di tangkap  dan ingin didakwa oleh pihak pentadbiran universiti.Hal ini jelas bercanggah dengan seruan mereka sendiri yang acap kali menyeru mahasiswa supaya selalu mempraktikkan apa yang telah dipelajarinya di university.
Mungkin bukan semua pihak pentadbiran  menyokong tindakan segelintir dalam kalangan mereka yang ingin merosakkan generasi pewaris kepimpinan negara iaitu golongan mahasiswa tetapi tindakan segelintir inilah yang telah merosakkan institusi pentadbiran university yang begitu mulia bak kata pepatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.Untuk akhirnya,masih belum terlambat untuk pihak pentadbiran universiti  mengkaji semula tindakan mereka ini sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.Cuma apa yang perlu dilakukan adalah proses pemurnian semula dalam kalangan pihak pentadbiran untuk menjernihkan semula keadaan yang kian keruh sekarang.Konklusinya,sebagai langkah pertama dalam proses pemurnian tersebut adalah dengan menggugurkan tuduhan terhadap 4 mahasiswa yang ditahan.Pihak mahasiswa begitu yakin dan percaya jikalau proses pemurnian ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin tidak mustahil dalam beberapa tahun lagi UKM akan berjaya menjadi universiti penyelidikan terbaik di dunia.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !