Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, November 10, 2012

Keluhan Pelajar UiTM : Perkhidmatan Bas Rengit Yang Hangit!

Assalamualaikum w.bt. Dato'.
Saya pelajar Semester 3 dari Fakulti Pengurusan Maklumat dari Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.

Disini saya bukan hendak menggembar -gemburkan permasalahan kami di Puncak Perdana, tetapi hal ini timbul apabila hal ini melibatkan nyawa kami di jalan raya. Pada hari ini, 9/11/12, kami ada melakukan lawatan ke Memorial Pengishtiharan Kemerdekaan di Melaka yang melibatkan kira-kira 85 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang pensyarah. 

Kami telah memohon perkhidmatan bas di Unit Kenderaan dan kami telah diberikan perkhdmatan dari syarikat bas Rengit memandangkan ketiadaan bas UiTM. Lebih memilukan, kami telah memohon untuk menggunakan khidmat bas tersebut 2 minggu sebelum hari lawatan, iaitu hari ini. Tetapi, apabila tibanya hari kejadian, kami diminta menunggu bas di hadapan kolej Jasmine pada jam 6.45 pagi kerana kami dijangka bertolak pada jam 7 pagi. 


Malangnya,bas yang ditunggu-tunggu, tidak muncul tiba. Oleh itu, Ketua Lawatan kami telah menelefon pihak Syarikat Bas tentang kelewatan ini. Mereka memberi alasan bahawa "mereka BARU Tahu akan lawatan ini pada hari ini". Kami berasa kesal dan menggesa mereka untuk datang juga untuk kami meneruskan lawatan kami itu. Oleh itu, kami terpaksa menunggu di hadapan kolej Jasmine sehingga jam 9.27 pagi. Tempoh menunggu kerana kelewatan bas adalah tidak wajar dan perlu diambil tindakan pihak UiTM kelak. 

Satu lagi perkara, apabila bas tiba, kami tidak menjangkakan bahawa bas Rengit yang akan menghantar kami, tetapi pihak syarikat bas itu telah menyediakan 2 buah bas Persiaran yang usang dan agak lusuh sedangkan kami perlu ke Melaka untuk membuat lawatan. Persoalannya, kenapa Bas Rengit menggunakan OUT SOURCE bas yang buruk untuk kami di Puncak Perdana. Ini bukan sekali 2 perkara ni berlaku. Setiap kali bas Rengit yang memberi perkhidmatan ketika program-program fakulti, kami kadang-kadang akan dapat bas persiaran, kononnya Cuti-cuti Malaysia yang agak usang. Kami memang dah agak perkara seumpama ini akan berlaku.

Apabila di dalam bas, kami melihat pemandu bas agak lesu dan mengantuk. Lantas, kami yang duduk dihadapan sekali, menghulurkan gula-gula, makanan dan cuba bercakap untuk mengelakkan pemandu itu tidak mengantuk lagi. Sebaik tiba di Ayer Keroh, kami dikejutkan dengan bunyi "Pammmm!!!!" yang sangat kuat. Pemadu itu mula cemas dan mengatakan "TALI BREK TERPUTUS!!! BREK TAK ADA!!BREK TAK ADA!!". Ketika itu,kami berada di laluan 2 hala menuju ke Banda Hilir Melaka. Apabila brek gagal berfungsi, pemandu itu pun melanggar sebuah lori (sebesar lori pengangkut ais ke restoran-restoran) yang berada di hadapan kami (laluan sebelah kiri jalan). 

Rakan-rakan dibelakang tidak sedar akan kejadian ini berlaku, dan saya sendiri menjadi saksi pelanggaran tersebut kerana saya duduk di tempat duduk kedua hadapan sekali di sebelah kiri pemandu. Pada masa kejadian, cermin hadapan bas tersembur dan pecah ke arah saya dan 2 orang sahabat saya lagi. Setelah pemandu bas kami melanggar lori tersebut, bas masih tidak berhenti dan pemandu cuba untuk memberhentikan bas dengan beralih arah tetapi melanggar pula sebuah kereta Peugeot di laluan sebelah kanan bas. Kereta Peugeot itu pula remuk di hadapan dan belakang kerana dirempuh dan merempuh pula kereta wanita Cina yang berada di hadapannya. Keadaan mula cemas dan sesak kerana berlakulah kesesakan lalu lintas akibat tragedi malang tersebut. Kami pula sangat taruma tetapi pemandu itu tidak sempat untuk memohon Maaf kepada kami yang menjadi penumpang! Kami berasa sedih kerana pertama, kami harus menunggu lebih daripada 2 jam menanti bas yang sewaan Rengit yang usang itu. 

Kedua, berlakunya tragedi kemalangan yang agak mengerikan bagi saya dan ketiga, kami terpaksa membatalkan lawatan akademik kelas ini dan menukar kepada rancangan lain kerana bimbang tentang berulangnya masalah ini. Kami diiringi oleh Polis Trafik ke Stesen Minyak Esso berhampiran kerana pada masa tersebut, bas ini ketiadaan brek! Kami diturunkan disitu dan menaiki bas yang satu lagi (juga dari sewaan Rengit) dan berhimpit-himpit menuju ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan itu.

Selepas itu, saya tak tahu apa yang berlaku, kerana kami meneruskan lawatan akademik kami disitu sahaja. Setelah puas menghabiskan masa melawat tempat-tempat bersejarah disitu, kami pun pulang ke Puncak Perdana pada jam 5 petang. Pihak bas menggantikan 1 bas persiaran lain yang lebih elok dan baik. Tetapi, kami pula menggunakan bas yang kedua (bas yang berwarna ungu dibelakang) yang sama pada pagi tadi. Hujan pun turun membasahi perjalanan kami ini. Hal yang buruk juga berlaku apabila pintu Exit di atas bas (bahagian belakang) pula terbuka sedikit dan mengakibatkan air hujan masuk ke dalam bas. 

Saya yang sebelumnya pernah duduk di hadapan bas remuk ni sebelumnya pula cuba duduk pula di bahagian belakang sekali. Tetapi, hujan yang turun juga membasahi kami yang berada di dalam bas yang kedua juga usang). Cuba Dato'dan rakan-rakan siswa bayangkan apa yang saya ceritakan ini. Saya tidak bermain dengan kata-kata dan memutarbelitkan keadaan, tetapi, inilah yang berlaku pada sehari ini. Perasaan marah, hampa, kecewa, sedih, bersyukur kerana selamat dari tragedi ini, semuanya bercampur baur. Inilah dia, yang dapat disimpulkan, perkhidmatan bas Rengit yang Hangit!


Persoalannya, kenapa kami di Puncak Perdana sendiri, apabila melakukan lawatan di luar Selangor, perkhidmatan bas Rengit yang mengambil alih? Mungkin bas di UiTM sendiri tidak cukup, kami faham. Tetapi, pihak Rengit menggunakan khidmat luar (bas persiaran) lain yang buruk dan usang kepada kami? Kadang-kadang, kami berfikir, kenapa kami seperti di anak tirikan sedangkan kami salah satu kampus Satelit UiTM induk? 

Pemandu bas Rengit yang KERAP KALI lambat dan memberikan pelbagai alasan sering kami pertikaikan. Hasilnya, kami dimarahi dan pemandu memandu bas dalam keadaan yang laju dan membahayakan penumpang (jika Bas Rengit itu sendiri yang digunakan-maklumlah baru dan laju-kononnya).

Segala apa yang diperkatakan, bukanlah nak menyinggung mana-mana pihak,tetapi saya ingin menyuarakan Suara Kami di Puncak Perdana.

Saya juga ingin memohon supaya pemandu bas ini memohon maaf secara terbuka melalui (media-Radio,Tv UiTM) kepada semua rakan-rakan yang trauma menaiki bas RENGIT ini dan seluruh warga Puncak Perdan atas permasalahan yang mereka timbulkan sebelumnya.

Jika di pihak Dato' dapat bersama kami,menyaksikan sendiri permasalahan kami,alangkah gembiranya kami. Sekurang-kurangnya, jika pihak tertinggi UiTM datang ke Kampus UiTM Puncak Perdana dan melihat sendiri dan berkongsi suka dan duka, alangkah baiknya.


Sekian sahaja luahan hati saya dan rakan-rakan tentang Tragedi Bas Hangit dan sistem pengangkutan bas Rengit yang menghampakan.
wassalam.

sumber - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=440079959390333&set=o.294704229595&type=1&ref=nf

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !