Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 6, 2012

Isu Bantah Perang DECTAR : GMUKM Diugut & Difitnah!



UKM, Bangi – Tengah hari, hari ini (06/09/12) Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dimaklumkan terdapat satu kenyataan yang berbaur ugutan dilemparkan kepada Admin Page “Kami Bantah Perang Dectar UKM”. Sungguh melampau tangan-tangan yang melakukan perkara tersebut.

Ini kerana tuduhan tersebut menuduh pihak GMUKM merupakan entiti yang bernaung dibelakang Page tersebut. Tuduhan yang melulu ini sangat keji kerana diselitkan dengan beberapa gambar yang tidak senonoh, ini adalah tindakan yang sememangnya tidak bertanggungjawab dan menjatuhkan moral.


Sejujurnya, GMUKM tidak mengambil partisipasi secara langsung terhadap perjuangan membantah perang dectar tersebut. Harus difahami dan diteliti bahawa isu perang dectar ini timbul atas desakan pihak Exco Lajnah Siasah & Intergriti Nasional Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM). 


GMUKM berpandangan pihak ISIUKM komited dan berpendirian teguh melaksanakan perubahan  terhadap budaya Cheers dan ‘Perang DECTAR’ yang merendah-rendahkan intelektual Mahasiswa, merosakkan akhlak dan tingkah laku mahasiswa. Boleh rujuk artikel ISIUKM perihal kenyataan ISIUKM yang terbaru. (link)

Seteru tetap GMUKM sentiasa memutar belitkan isu Status MPP dan hubungan baik PMUKM dan pentadbiran UKM. Mereka jelas ‘gatal tangan’ menuding jari kepada pihak-pihak tertentu khususnya kepada GMUKM. 

Sehubungan itu, pengerusi GMUKM, Ahmad Shukran Shaharudin menegaskan bahawa perbuatan mengugut untuk ‘hack’ ini adalah sesuatu tindakan yang tidak bermoral. Kegiatan yang memusnahkan institusi komunikasi sosial dalam skala yang sangat besar. Hal Ini kerana, tujuan berlakunya budaya hack ini tidak lain hanyalah semata-mata memenuhi agenda pihak-pihak tertentu demi menjatuhkan pihak lawan. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini ibarat membaling ‘tahi’ sembunyi tangan.

Dahulu, Pengerusi Biro Informasi & Penerbitan PMUKM 2010/2011, Aida Rahayu juga mengalami pengalaman yang sama. Hampir setiap group mahasiswa yang dikawal oleh Saudari Aida Rahayu dicantas penguasaannya daripada ‘tangan-tangan nakal’ ini. Perbuatan ini jelas ingin memburukan sesuatu imej sesebuah entiti yang memperjuangkan hak mahasiswa.

Di peringkat GMUKM tidak hairan sekiranya perbuatan ini berpunca daripada seteru tetap GMUKM. Istilah cybertrooper kini menjadi perhatian semua pihak. Malah, GMUKM mencadangkan agar admin page tersebut membuat laporan kepada pihak yang berwajib. 

Tegasnya, GMUKM menyelar tindakan pihak yang jelas berniat jahat dengan menabur fitnah untuk menjatuhkan imej GMUKM. Mengaitkan GMUKM terhadap bantahan yang diwujudkan. Jika ingin berpencak, berpencaklah sepertimana panglima bukan sekadar bermain dibelakang tabir seperti tikus.


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !