Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 13, 2012

Jom Kenal GMUKM


APAKAH DASAR PERJUANGAN GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) ?

Secara ringkas GMUKM menggariskan tiga (3) dasar utama iaitu;

1. Falsafah UKM : yakni paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

2. Kebajikan semua mahasiswa serta masyarakat kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa mengira batasan agama dan kaum.

3. Nilai keintelektualan dan keilmuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


APAKAH PRINSIP GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) ?

GMUKM melalui ‘front’ di bawahnya telah bersepakat menetapkan enam (6) prinsip perjuangan iaitu;

i. Demokrasi
ii. Keadilan Sosial
iii. Non-partisan
iv. Keintelektualan
v. Kesepaduan kaum
vi. Kebajikan


APAKAH MATLAMAT SEBENAR PERJUANGAN GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) ?

Secara umumnya, GMUKM memperjuangkan :

1. pembinaan minda mahasiswa ke arah pemikiran kelas pertama.
2. hak kebebasan bersuara seluruh mahasiswa-mahasiswi UKM.
3. membebaskan mahasiswa daripada belenggu karenah birokrasi pentadbiran universiti yang menyulitkan.
4. Melahirkan sifat kepimpinan dalam diri setiap mahasiswa yang mempunyai idealisme perjuangan.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !