Gabungan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (GMUKM) saban tahun menyertai pilihanraya kampus walaupun
setiap tahun itulah pelbagai diskriminasi, birokrasi yang terpaksa GMUKM hadapi
apabila berkecimpung di arena ini. Namun di atas prinsip mahasiswa yang
diperjuangkan, kita tetap menempuhinya walau pelbagai ujian yang mendatang.
PRK UKM 2012 menyaksikan seawal
hari penamaan calon GMUKM telah memenangi 7 kerusi tanpa bertanding. Walaupun
pada tahun ini jumlah kerusi yang dipertandingkan hanya 28 kerusi setelah
dikecilkan daripada jumlah sebelum ini sebanyak 37 kerusi, namun UMNO-Kampus
masih gagal untuk menghantar calon-calon mereka untuk menyaingi GMUKM di 7
kerusi tersebut. Jelas dapat melihat bagaimana UMNO Kampus telah ketandusan
kepimpinan yang berkualiti dan kaliber.
Namun, kita meyakini bahawa UMNO-Kampus pasti tidak akan berdiam diri untuk dibiar kalah. Sebabnya sangat
penting untuk UMNO-Kampus sebagai duta UMNO menawan UKM untuk memberikan
kemenangan moral kepada UMNO dan Barisan Nasional di luar sana yang akan
bertempur pada bila-bila masa sahaja.
Justeru kemenangan awal GMUKM
yang memberi tamparan kepada UMNO-Kampus telah menimbulkan ketidak selesaan
banyak pihak. Justeru, segala usaha pasti akan dilakukan untuk menafikan
kemenangan GMUKM dalam pilihanraya kampus tahun ini.
Benteng terakhir yang mereka ada
adalah dengan membatalkan pencalonan baik kemenangan yang sedia GMUKM kecapi.
Kini mereka sibuk mencari kesalahan dan kesilapan calon-calon GMUKM sepanjang
tempoh berkempen untuk dibatalkan pencalonan mereka.
Lebih menyedihkan apabila usaha ini turut sama melibatkan parti politik luar serta entiti penting universiti termasuk Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012 itu sendiri.
Lebih menyedihkan apabila usaha ini turut sama melibatkan parti politik luar serta entiti penting universiti termasuk Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012 itu sendiri.
Kesalahan ini termasuklah apa
sahaja dari sekecil-kecil perkara yang dimuatkan di dalam buku peraturan
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Itu tandanya mereka sungguh terdesak.
Pesan kami daripada GMUKM, mereka
harus sedar bahawa antara kesalahan yang paling besar mereka lakukan ialah
bertanding di tiket Aspirasi iaitu sebuah persatuan berdaftar di UKM yang
sangat jelas bertentangan dengan AUKU yang tidak membenarkan mana-mana
persatuan berdaftar untuk bertanding di dalam pilihanraya kampus. Jangan di
atas sebab Aspirasi ialah anak emas Universiti maka undang-undang ini harus
diketepikan.
Kalau ingin lagi dibicarakan
kesalahan dan kesilapan GMUKM berkaitan hal-hal kebiasaan di dalam adat
pilihanraya kampus, kami sudah bersedia dengan segala bukti yang rapi untuk
mendakwa mereka di atas pelbagai kesalahan dan kesilapan yang telah mereka
lakukan sepanjang tempoh berkempen ini.
GMUKM tegaskan kami tidak takut
dengan ugutan ini dan jangan cabar mahasiswa dengan menafikan hak mereka. Jika
tidak kebangkitan mahasiswa dan anak muda akan mencipta sejarahnya yang
tersendiri di bumi UKM. Ini janji kita.
Ini ialah talian hayat terakhir
UMNO-Kampus. Kami akan tentang habis-habisan..!
GMUKM Tolak Konspirasi!
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
4 comments:
Bagaimana dengan ini? GMPasUKM atau GM-PKR-UKM?
http://www.mymahasiswa.com/2012/09/calon-calon-gmukm-berlatar-belakangkan.html
kalau kita nak laksanakan Islam di peringkat mahasiswa di kampus, dikatanya pembangkang..ini ke nilai keintelektualan anda @u2?
mudahnya fitnah tersebar..
wah, zaman saya dulu takdelah seteruk begini. senior-senior anda baik-baik semuanya.
Bersaing secara sihat, jangan nak UMNO/PAS kampus sangatlah
Ucapan Takziah dari Aspirasi, namun kempen akan terus berlangsung.
http://www.mymahasiswa.com/2012/09/terkini-aspirasi-mahasiswa-ukm-simpati.html
Post a Comment