Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, September 17, 2012

GMUKM Mohon Maaf Secara Terbuka



BANGI – Pada hari sabtu (15 September 2012), barisan Ahli Majlis Tertinggi ( AMT)  GMUKM memutuskan untuk mengadakan satu sudut pidato di Kolej Kediaman, Kolej Pendeta Za’ba, UKM Bangi. Kesilapan unit media dan penerangan GMUKM yang mendapat makluman lewat bahawa sudut pidato tersebut terpaksa dibatalkan sebenarnya.


Dalam pada itu, GMUKM tidak menyangka isu berkaitan sudut pidato ini diputarbelitkan oleh seteru tetap GMUKM. Mereka mendakwa GMUKM tidak menepati janji, ‘janji dicapati’ dan sebagainya yang mengundang provokasi melampau. 


Pelbagai tohmahan yang menuntut GMUKM memberi pencerahan kepada beberapa hadirin yang hadir pada malam itu. Maka, atas tiket demokrasi yang diperjuangkan oleh GMUKM, setiap orang layak menyatakan pandangan masing-masing. Mahasiswa hari ini bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara.


Jika diberikan pilihan, GMUKM tidak ingin memberi sebarang respon terhadap perkara ini. Namun, polemik yang cuba dimainkan oleh seteru tetap ini mengundang perbalahan yang tidak berkesudahan. GMUKM memutuskan untuk memohon kemaafan secara terbuka sekiranya pembatalan sudut pidato ini mengguris hati pelbagai pihak. Penantian penuh setia oleh mereka amat GMUKM hargai.

Kebetulan pada hari tersebut, kebanyakan ahli gerakan GMUKM berkumpul di Kolej Kediaman Kolej Keris Mas (KKM), dalam menantikan kehadiran Duta GMUKM yang dihantar menyertai Kursus Kepimpinan Pelajar Siri 4. 



GMUKM mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat hadirin yang menantikan sudut pidato kali ini. GMUKM tidak menyangka bahawa sudut pidato kali ini mendapat perhatian yang serius dalam kalangan pihak ‘kem bertentangan’. Sedangkan sudut pidato yang sentiasa dilaksanakan sebelum ini oleh GMUKM tidak mendapat perhatian pun oleh mereka.







Kemaafan secara terbuka ditujukan kepada ‘penyokong tegar GMUKM’ yang sanggup menunggu untuk mendengar pidato daripada wakil GMUKM. Dikhabarkan oleh informer GMUKM yang menyatakan kehadiran pada malam itu menarik perhatian rakan-rakan ‘penyokong tegar GMUKM’. Justeru menolak kenyataan bahawa kafeteria Kolej Pendeta Za'ba kosong, lenggang daripada pengunjung.

GMUKM melalui ‘front’ di bawahnya telah bersepakat menetapkan enam (6) prinsip perjuangan iaitu;

i. Demokrasi
ii. Keadilan Sosial
iii. Non-partisan
iv. Keintelektualan
v. Kesepaduan kaum
vi. Kebajikan

GMUKM menegaskan bersedia untuk memenangi dan mengekalkan kemenangan PMUKM bagi Pilihan Raya Kampus (PRK 2012). GMUKM mencabar Aspirasi UKM untuk beraksi di atas padang yang rata, tiada campur tangan pihak-pihak berkepentingan. GMUKM dari mahasiswa, bersama mahasiswa, untuk mahasiswa.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !