SERDANG – Pihak Aspirasi sentiasa berpendirian “duduk
semeja” kononnya, dan mendakwa GMUKM sebagai pihak yang sentiasa ingin
menjatuhkan air muka pentadbiran UKM. Mereka berlagak mulia di hadapan
mahasiswa.
GMUKM tidak mengambil langkah untuk melawan dengan kata-kata
yang berbaur provokasi. Jika Aspirasi merupakan pertubuhan yang mengamalkan
demokrasi secara penuh, kebebasan hak untuk bersuara, mereka pasti tidak akan
bermuka-muka.
Satu sahaja, penantian yang dinanti oleh GMUKM adalah untuk
berentap dengan Aspirasi dalam medan yang sebenar. Bukan omongan kosong serta
komen yang berunsur provokasi sahaja ditabur melalui media baru.
Jika ada yang ingin pertikaikan mengenai debat yang berlangsung tidak membuahkan tindakan, maka itu adalah skeptikal yang menyedihkan buat individu tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan artikel yang dinyatakan sendiri oleh Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
“Sudut Pidato yang merupakan pentas popular untuk menyuarakan pandangan di kalangan mahasiswa pada era 1960-an sehingga 1970-an telah melahirkan ramai tokoh terkenal yang menyumbang kepada negara dalam pelbagai bidang.“Antaranya ialah Datuk Alimuddin Mohd Dom, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Datuk Dr Jemilah Mahmood, Presiden Mercy Malaysia; Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan dan banyak lagi individu yang mengukir nama dengan gemilang dalam arena mereka tersendiri.“Diharap penubuhan semula Sudut Pidato akan melahirkan lebih ramai tokoh ilmuwan di masa depan,” tegasnya.
Mahukan artikel? Nah! Debat Atasi Masalah Graduan Kurang Kritis & Pasif
Sehubungan itu, GMUKM MENCABAR ASPIRASI UNTUK BERDEBAT
SECARA PROFESIONAL. Jika Aspirasi UKM merupakan ‘anak jantan’, ayuh! Kita suburkan
pembukitan Ilmu UKM ini dengan perbincangan yang ilmiah.
Jika Aspirasi benar-benar berpendirian “duduk semeja”, ayuh!
Kita duduk semeja. Perlibatan kedua-dua pihak pasti melahirkan natijah yang
positif. Bukan hanya melibatkan perbincangan dengan pentadbiran, tetapi
mengabaikan perbincangan sesama mahasiswa!
Sahut Cabaran Kami Aspirasi.
Sumber :
GMUKM Sahut Cabaran Debat Secara Profesional
Speaker Corner 14/1/10 - Mohd Faiz Ismail MPP FPend
Lead The Changes! Ber-GM Lebih
Baik!
0 comments:
Post a Comment