Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, September 25, 2012

Calon Aspirasi kempen berbaur ugutan guna nama Pengetua KTDI

BANGI - Nah! Satu lagi pendedahan yang jelas menunjukkan bahawa Aspirasi @ UMNO Kampus kian terdesak memancing undi Mahasiswa UKM. Pada minit 1:30 bermula segala titik penentu buat mahasiswa menilai kembali pihak Aspirasi yang menjunjung Aspirasi universiti kononnya.


GMUKM tidak memotong 100% klip video pendedahan ini, kerana GMUKM ingin mahasiswa menilai hala tuju sebenar yang ingin dibawa oleh UMNO Kampus ini. GMUKM tidak hairan sekiranya kempen-kempen seperti ini dikeluarkan sendiri oleh perwakilan mereka. Hatta, perkara ini terpacul dari mulut calon mereka sendiri.


Acap kali, saban tahun GMUKM menyertai Pilihan Raya Kampus pasti wujud lembaga yang tidak senang melihat penggerak GMUKM. Kita bukan inginkan keganasan malah rusuhan. Kita inginkan keadilan, diberi peluang sama rata.

Jika Aspirasi diberikan peluang sewenang-wenangnya oleh pihak kolej untuk berkempen, kenapa tidak bagi GMUKM. Calon-calon lain juga ingin menyebar luaskan kempen serta manifesto yang bakal dilaksanakan sekiranya dipilih sebagai pemimpin pelajar.

GMUKM sekali lagi menegaskan, kita menyelar tindakan seperti ini. Peristiwa rusuhan di Kolej Burhanuddin Helmi kononnya digembar-gemburkan sebagai cerita ganasnya gerakan GMUKM. Walhal, isu pokok berpunca daripada kegagalan beberapa pihak kolej untuk memberikan kebenaran berkempen.

Mahasiswa cakna, Mahasiswa bijaksana!

GMUKM dari Mahasiswa, untuk Mahasiswa, bersama Mahasiswa!

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !