BANGI - Pada 18 September 2012,
mantan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) Fakulti Pendidikan Saudara Mohd Izzuddin
bin Mohd Pisol diiringi oleh Setiausaha Kerja MPP Fakulti Pendidikan Nur Hidayah
binti Juhari dan Siti Muslihah binti Abd Manaf telah bertemu dengan pegawai Bahagian
Tajaan Pendidikan Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia, Puan Julia di Bangunan
Mustapa Kamal di Cyberjaya.
Pertemuan tersebut
bertujuan menunaikan manifesto terakhir MPPFakulti Pendidikan UKM bagi mengurus elaun tesis bagi pelajar tajaan
KPM. Sebahagian besar tesis pelajar-pelajar tajaan biasiswa telah diserahkan
kepada pihak kementerian untuk pemberian elaun tersebut.
Menurut Setiausaha Kerja
MPP Fakulti Pendidikan Nur Hidayah binti Juhari, usaha ini merupakan
kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan Gabungan Mahasiswa dalam
melunaskan manifesto yang telah dijanjikan bahkan jika dilihat terhadap
manifesto MPP Fakulti Pendidikan, hampir kesemua janji manifesto telah
ditunaikan oleh MPP Fakulti Pendidikan”.
Tambahan beliau lagi, “Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada saudara Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol yang telah berjaya menyelesaikan kesemua manifesto”“Penyerahan tesis pelajar-pelajar ( tajaan biasiswa KPM ) tahun akhir Fakulti Pendidikan kepada pihak KPM bagi mendapatkan elaun tesis adalah satu khidmat kebajikan MPP kepada pelajar-pelajar tahun akhir selaras dengan manifesto yang telah diuar-uarkan sebelum ini” Ujar Mantan MPP Fakulti Pendidikan
Sebelum ini, manifesto
yang telah berjaya dilaksanakan dan dapat dinikmati oleh para pelajar Fakulti Pendidikan
ialah tempat letak motosikal, e-kebajikan, penyediaan mesin air dispenser, mesin air tin, menambah bilangan
tong sampah sekitar Fakulti Pendidikan, dan mengadakan Konvesyen Mahasiswa Pendidikan
Kebangsaa.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment