23 Sept, KBH
- GMUKM sebagaimana kebiasaannya sekali lagi menerima tamparan apabila notis
yang membenarkan untuk calon GMUKM berkempen di Kolej Burhanuddin Helmi jam 5-7
Petang 23 September 2012 dibatalkan kebenarannya.
Calon GMUKM
yang datang ke Kolej Burhanuddin Helmi jam 5.15 petang tarikh tersebut untuk
berkempen, akhirnya telah dihalang oleh UMNO Kampus KBH. Alasan yang diberikan
oleh mereka ialah calon GM sudah berkempen di KBH sebelah tengahari hari yang
sama. Walhal hakikatnya, mengapa calon GMUKM berada di KBH pada sebelah
tengahari adalah untuk berhenti rehat dan solat di sana setelah penat berkempen
di Padang UKM.
Ketika
diminta oleh GMUKM untuk menunjukkan bukti kita berkempen, mereka hanya
menunjukkan gambar seorang daripada calon GMUKM yang makan di sebelah kawannya di
kafe KBH. Jadi, apa masalahnya? Adapun bukti yang lain semuanya GAGAL
menunjukkan calon GMUKM berkempen di KBH tengahari tersebut.
GMUKM
akhirnya terpaksa meninggalkan Kolej Burhanuddin Helmi dengan penuh rasa kesal
pada jam 6 petang setelah rundingan dan rayuan kami tidak dilayan oleh UMNO
Kampus dan pihak kolej termasuk Tuan Pengetua. Sebagimana dijangka, GMUKM
sentiasa didiskriminasi oleh kolej-kolej yang dikuasai UMNO Kampus.
GMUKM sangat
kesal dengan apa yang telah terjadi. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
seharusnya diberikan suatu perhatian yang penuh adil oleh seluruh entiti universiti
bukan dengan bias terhadap mana-mana kelompok tertentu.
Namun, GMUKM
tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan cabaran ini..!
Lead The Changes! Ber-GM
Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment