BANGI – Hari ini, bermula secara rasmi pembubaran PMUKM sesi
2010/2011 yang disertakan dengan notis bertampal di sekitar UKM. Barisan kepimpinan
PMUKM sesi 2010/2011 telah pun melaksanakan mandat yang diberikan oleh
Mahasiswa selama 1 tahun lebih.
Semoga dengan khidmat yang
diberikan oleh barisan kepimpinan PMUKM sesi 2010/2011 ini mendapat balasan yang
baik disisi Allah. Pelbagai keringat dikerah, dalam memastikan segala perkara
yang melibatkan urusan mahasiswa diselesaikan sebaik mungkin.
Meskipun terdapat kekurangan
dalam beberapa perkara, itu tidak bermakna mereka tidak menunaikan amanah yang
telah diberikan. Semoga kepimpinan PMUKM yang akan dipilih pada PRK 2012 ini
dapat menyambung keberlangsungan legasi kepimpinan PMUKM sesi 2010/2011 ini.
GMUKM melalui pengerusinya, Ahmad
Shukran Shaharudin menegaskan GMUKM bersedia untuk bertanding dalam PRK 2012. Malah
tidak terhenti sekadar bertanding, GMUKM juga bersedia untuk menggalas amanat
dan mandat yang bakal diberikan oleh Mahasiswa untuk menaungi PMUKM sekali
lagi.
Dalam pada itu, GMUKM sama sekali
tidak akan melayan kerenah, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Aspirasi
terhadap GMUKM. Jika diteliti mediakampus hari ini ligat bermain isu dan
melemparkan tuduhan memburukkan imej GMUKM di mata mahasiswa. Mereka berlagak
mulia di hadapan mahasiswa.
Sekali lagi kita ingin menegaskan bahawa GMUKM bersedia untuk memenangi
PRK 2012. GMUKM dari Mahasiswa, untuk Mahasiswa, bersama Mahasiswa.
Gambar lagi, sila klik di sini.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment