Sekalung tahniah dan ucapan
selamat maju jaya buat jentera Media Aspirasi yang giat berusaha melebarkan
sayapnya setelah 1 tahun berhenti bekerja. GMUKM ingin menegaskan disini bahawa
tindakan Aspirasi pada hari ini tidak lain hanya menangguk di air yang keruh.
Kita singkap cerita setahun yang
lepas, pada hari pendaftaran Mahasiswa baru bagi sesi 2011/2012. Majlis
Perwakilan Pelajar ( MPP ) GMUKM tidak diberikan laluan seperti mana yang
pernah diberikan oleh pimpinan Aspirasi yang terdahulu. Ideologi yang sentiasa dikongkong pentadbiran, bagaikan lembu dicucuk hidungnya.
Soal penyebaran berita di HarakahDaily
itu adalah soal picisan. Unit media GMUKM bukan tidak menghantar kepada media
yang lain, tetapi hanya HarakahDaily yang mampu diharapkan. Bukan juga soal
ingin memburukkan sistem pentadbiran UKM, tetapi kita ingin menjelaskan situasi
yang sebenar kepada masyarakat bahawa demokrasi kampus ini telah pun dicantas.
GMUKM giat mengadakan
kempen-kempen penerangan, namun halangan pasti tiba. Pelbagai sekatan
diwujudkan. Mereka tidak meredhai kewujudan GMUKM.
Sungguh, sikap bermuka-muka
Aspirasi kampus UKM ini tidak lain hanya ingin menonjolkan GMUKM sebagai entiti
yang agresif. Hanya Aspirasi yang dilihat sangat bersih dari segala sudut. Artikel
“Isu TNC HEPA UKM, Usah Dilupakan!” jelas menunjukkan taring sebenar aspirasi, tidak pernah duduk selesa ingin
memanaskan isu itu kembali.
Rakan-rakan mahasiswa boleh perhatikan artikel balas daripada pihak PMUKM
sesi 2010/2011 yang menjelaskan keadaan yang sebenar. Boleh rujuk artikel ini
di pautan ini, KENYATAAN 1 PMUKM : Status MPP Sekarang Masih Sah.
Hanya dengan satu isu, terus meluap-luap semangat Aspirasi untuk berentap
di medan demokrasi. Tetapi tidak pada sebelum ini, Aspirasi tidak pernah
mengkritik segala tindakan GMUKM yang dilihat bertentangan dengan ideologi
Aspirasi. Hanya kerana satu sebab, Aspirasi akan mula memanaskan jenteranya
ketika musim Pilihan Raya Kampus kian mendekat.
Hanya tindakan memburuk-burukkan GMUKM menjadi modal mereka, tetapi tidak
pernah memberikan teladan dan contoh kepimpinan yang sebenar. Bagi Aspirasi,
memenangi PRK sudah cukup memadai.
Justeru, GMUKM bersedia untuk
memenangi PRK 2012 kali ini. Banyak lagi khidmat yang ingin diberikan kepada
mahasiswa. Setahun kepimpinan tidak cukup untuk membuktikan GMUKM ini
benar-benar bekerja untuk mahasiswa.
“a government of all the people, by all the people, and for all the people.” – Theodore Parker ( May 29, 1850 )
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment