KUALA LUMPUR – GMUKM cukup sinonim sekiranya sesuatu himpunan dilaksanakan.
Pasti, GMUKM tidak akan terlepas dalam menghantar perwakilan dalam setiap
program yang sedemikian. GMUKM melihat pada keperluan melakukan himpunan sebagai wadah
penyebaran maklumat. Hatta berdemonstrasi juga sebagai inisiatif yang kerap
dilabelkan terhadap penggerak Unggu.
Walhal, matlamat demontrasi bukan sahaja ingin menyedarkan
masyarakat umum, tetapi memberi penerangan terhadap isu-isu berbangkit.
Hari ini ( 15 September 2012 ), Aspirasi Nasional menganjurkan
himpunan di Kelab Sultan Sulaiman. GMUKM menyambut baik himpunan yang Aspirasi
anjurkan ini. Banyak informasi dan kenyataan yang akan diberikan oleh mereka.
Malah, Aspirasi cukup terkenal dengan tagline “Belajar Lebih Baik”, dan program
ini dilihat menggambarkan suara mereka dalam bentuk tindakan.
Pernah juga suatu ketika dahulu, Aspirasi beraksi di hadapan
bangunan Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ). “We Love PM” yang lantang
dilaungkan oleh Aspirasi hasil tindakan yang dilakukan oleh Saudara Adam Adli.
Tindakan menurunkan bendera berlambangkan wajah Perdana Menteri di bangunan
UMNO membarakan semangat Aspirasi untuk membela kononnya.
Pelbagai tuntutan yang disuarakan oleh pimpinan Aspirasi agar
diambil tindakan terhadap Adam Adli. Walhal, tindakan berdemonstrasi dan
menyuarakan laungan dengan lantang jelas bertentangan dengan pendirian mereka
terdahulu untuk tidak turun berdemonstrasi. Malah, lebih menyedihkan adalah
tagline mereka “Belajar Lebih Baik” seperti dibelakangkan oleh penggerak mereka
sendiri.
Justeru, GMUKM mencadangkan agar Aspirasi UKM meneruskan
program-program seperti ini pada masa akan datang. Bahkan, diperbanyakkan agar
GMUKM juga boleh turut serta bersolidariti bersama Aspirasi.
Lead
The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment