Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, September 22, 2012

UTUSAN Perlu Tukar Wartawan


BANGI – Sekitar penamaan calon semalam, terdapat perarakan yang dianjurkan di peringkat Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Berita kemeriahan perarakan ini mendapat liputan media yang luas.

Begitupun, GMUKM merasa kesal diatas kesilapan yang disengajakan oleh media Utusan Malaysia. Kebanyakan berita sebelum ini juga mempunyai kesilapan dalam penulisan. Umumnya, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2010/2011 diketuai oleh Lt. Muda Ahmad Muzzammil Muhd Hairi tetapi yang dilaporkan di Utusan adalah Pengerusi Aspirasi, Saudara Kamal Ali.

Berita tersebut dilihat secara online di portal mereka. Wakil Aspirasi menyatakan artikel tersebut merupakan kesilapan yang tidak disengajakan, kesilapan dalam menulis. Rujuk disini, BERITA TERKINI! : Aspirasi Tidak Sedar Diri.



Hari ini, sekali lagi berita yang disalurkan dalam media Utusan Malaysia diselewengkan. Perincian berita sengaja diputar belitkan. Kisah perarakan GMUKM yang tersiar di dada akhbar Utusan Malaysia dilabel sebagai Pro-Aspirasi.


Pendedahan Ops 2020 yang dibongkarkan oleh Pro-Mahasiswa Nasional sangat berkait rapat dengan perjalanan proses Pilihan Raya Kampus 2012. Keterlibatan UMNO yakni salah satu parti yang memerintah di Malaysia menggambarkan situasi demokrasi kampus yang mati.

UMNO sebolehnya tidak ingin melihat front Pro-Mahasiswa yang kononnya dilabel sebagai Pembangkang untuk menang dalam PRK kali ini. UMNO merasakan sekiranya Pro-Aspirasi yang ditaja oleh mereka ini menang pada PRK kali ini akan memberikan sinar kemenangan mereka dalam pilihan raya umum yang masih dirahsiakan tarikhnya.

Sehubungan itu, tidak hairan hari ini kita melihat pelbagai peringkat masyarakat merasa jelek, jijik dan menyampah untuk membaca berita daripada sumber Utusan Malaysia. Label seperti “UTUSAN MELOYA” yang diberikan oleh masyarakat ini adalah disebabkan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia sengaja diselewengkan sebelum ini.

Pelbagi berita penting diputar belitkan, sehingga sekecil-kecil berita melibatkan masyarakat kampus juga mahu dipusing faktanya. Jika dengan masyarakat kampus, media Utusan mampu memutar belitkan fakta, apatah lagi diluar sana.

Sikap ini sangat menjengkelkan kerana ini membuktikan media luar yang pro-UMNO sengaja ingin memperoleh mileage yang besar terhadap kemenangan Pro-Aspirasi di beberapa kampus. Walhal, kebanyakan kampus yang telah melalui proses PRK adalah daripada kampus yang kecil. Mereka ingin menunjukkan bahawa wujudnya gelombang sokongan anak muda terhadap kerajaan kononnya.

GMUKM menegaskan bahawa kami bertekad untuk menolak sebarang campur tangan parti politik luar. Mahasiswa punya ideologi perjuangan mereka tersendiri. Biarkan mereka berpencak atas kapasiti usaha masing-masing.

GMUKM dari Mahasiswa, untuk Mahasiswa, bersama Mahasiswa.

Tolak UMNO Kampus!

Gambar Sekitar Penamaan Calon boleh dicapai di sini, Sekitar Penamaan Calon.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !