BANGI - Beberapa ahli Kelab
Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PERSEPSI) menyerahkan
surat jemputan kepada Pengerusi GMUKM, Ahmad Shukran Shaharudin. Forum tersebut
bakal membincangkan tajuk mengenai “PMUKM : MAHASISWA & PERUBAHAN”. Perbincangan menentukan hala tuju PMUKM akan datang.
Sebelum ini, GMUKM ada mencabar
pihak Aspirasi untuk turut serta berbincang bersama, duduk semeja bersama
gerakan mahasiswa di UKM. Namun, Aspirasi sibuk menjaga ‘periuk nasi’,
mengambil pendekatan berbincang terus kepada pentadbiran tanpa meraikan pandangan
masyarakat kampus yang mempunyai pelbagai latar belakang.
GMUKM menerima idea berforum atas
kapasiti untuk perbincangan sesama gerakan mahasiswa. Meskipun bukan seperti debat
yang direncanakan sebelum ini, namun GMUKM menganggap forum ini sebagai satu
cabaran.
Jom turun, dengar dan berfikir!
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment