BANGI – Petang tadi (14 September
2012), GMUKM meraikan barisan bakal pemimpin yang akan dicalonkan pada Pilihan
Raya Kampus 2012. Perarakan yang bermula dari Fakulti Pengajian Islam menuju ke
destinasi Kursus Kepimpinan Pelajar ( Siri 4 ) di Kolej Keris Mas, UKM.
Perarakan bertemakan unggu yang
sinonim dengan GMUKM ini bertujuan membangkitkan semangat serta kesedaran
masyarakat kampus dalam perihal politik. Satu cabang pemilihan pemimpin.
Penerangan demi penerangan giat
dijalankan oleh agen penerangan GMUKM. Nyata membenamkan dakwaan Aspirasi,
GMUKM hanya pandai mencari publisiti. Agen-agen penerangan GMUKM sentiasa turun
ke lapangan masyarakat kampus.
Berita yang kurang enak diterima
apabila, perarakan tersebut dicantas dengan tindakan beberapa pihak yang tidak
meredhai kewujudan GMUKM. Bendera-bendera yang berkibar untuk meraikan barisan
pelapis kepimpinan dikebas oleh pihak yang ‘sakit hati’ dengan GMUKM.
Jika hari ini pengawal
keselamatan bertindak untuk merampas material penyokong GMUKM, kenapa dahulu
diberikan kebenaran berkibarnya bendera Parti Politik Luar di Kolej Pendeta Za’ba?
Persoalan yang menuntut penjelasan
yang perit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Pihak keselamatan sendiri bias dengan segala
perihal mengenai undang-undang. Adakah benar, undang-undang diciptakan untuk
dilanggar?
Jelas, demokrasi kampus pada hari
ini benar-benar dicabul oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Wujudnya
lembaga yang tidak redha dengan kewujudan GMUKM. Hanya mereka sahaja diberikan
kebebasan untuk berkempen!
Apapun, perkara ini tidak
melunturkan semangat juang penyokong GMUKM. Ini kerana, GMUKM bersedia untuk
menggalas tanggungjawab meskipun terpakasa menempuh halangan dan cabaran. GMUKM
bersedia untuk mengekalkan kemenangan!
Lead The Changes!
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment