GMUKM sungguh kesal dengan campurtangan pengetua-pengetua
kolej di dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM khususnya pada tahun
ini. Banyak bukti dan kerelevenan yang telah mengaitkan usaha pengetua-pengetua
kolej untuk memenangkan satu puak yang dikenali sebagai UMNO kampus di UKM ini.
Bagaimana suatu pertemuan di peringkat calon-calon UMNO
Kampus telah diadakan di kediaman Pengetua Kolej Ungku Omar pada Jumaat
yang lalu pada jam 7 malam. Pemerhatian yang telah dibuat oleh GMUKM
benar-benar berjaya dirakamkan buktinya apabila seorang calon UMNO Kampus yang
bergegas masuk ke kediaman Pengetua Kolej Ungku Omar pada waktu tersebut di
kala hujan renyai-renyai.
Persoalan yang harus kita fikirkan secara bersama ialah
bagaimana calon UMNO Kampus ini boleh berhimpun di rumah kediaman pengetua
kolej di musim pilihanraya kampus. Adakah pengetua kolej sudah menjadi
penasihat kepada UMNO Kampus ini? Itu sudah pasti.
Lebih parah persoalan yang harus kita fikirkan juga ialah adakah
pilihanraya kampus pada tahun ini dicemari dengan campurtangan pengetua-pengetua kolej tertentu yang dilihat bias menyokong UMNO Kampus? GMUKM menolak budaya salah guna
kuasa dalam Pemilihan MPP pada tahun ini.
Wakil GMUKM menuntut penjelasan daripada Pengetua Kolej
Ungku Omar terhadap isu yang berlaku setelah wakil GMUKM yang datang bertandang
ke rumah beliau disebelah malam hari tidak dilayan dan diganggu oleh sekumpulan
geng motor UMNO Kampus yang mengepung wakil GMUKM.
Sehingga kini, pengetua-pengetua kolej dilihat gagal mengetepikan
dakwaan bahawa mereka terlibat di dalam campurtangan di dalam Pemilihan Majlis
Perwakilan Pelajar UKM.
Kes sebelum ini yang telah berlaku melibatkan pengetua kolej
apabila mereka sedia menjadi saksi di dalam Borang Penamaan Calon UMNO Kampus
yang jelas bertentangan di dalam buku peraturan Pemilihan MPP UKM. Walaupun
kesalahan tersebut dilihat kesalahan yang serius dan besar, namun ia telah
ditolak oleh Jawatankuasa Pemilihan MPP di atas alasan kecelaruan buku
peraturan MPP yang akan di ‘review’ semula pada sesi hadapan.
Begitu juga dalam tempoh kempen Pemilihan MPP, Kolej Dato Onn
telah mewajibkan semua pelajar tahun 1 melalui pengetuanya untuk menyertai Kem
1 Malaysia bermula jumaat hingga Ahad walaupun tempoh kempen yang sedia maklum
hanya bermula Jumaat hingga Isnin. Di mana usaha mereka untuk menghidupkan
demokrasi dan keadilan di kampus atau merekalah yang mempunyai watak mematikan
demokrasi dan idealisme mahasiswa di kampus.
Kalau pengetua kolej pun dilihat tidak telus, di mana
lagi keadilan yang ingin dicari?
Kami mahu pengetua-pengetua kolej yang terlibat menepis dakwaan ini dengan
berlaku adil kepada seluruh mahasiswa UKM. Bukan hanya untuk memenangkan UMNO
Kampus.
GMUKM Tolak Kospirasi!
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
3 comments:
kadang-kadang apa yang kita nampak tak sama dengan situasi yg sebenar..
ingat la menimbulkan fitnah sesama umat islam samalah dosanya dengan memakan daging saudara sndiri.. lbh baik ringan kan mulut untuk bertanya dari menuduh dengan bukti yg masih belum ada kebenarannya.. jgn la kita membina saham akhirat dengan fitnah semata2...
jangan siram minyak pada api.. dan janganlah menuduh tanpa usul periksa... sesungguhnya doa2 orang teraniaya akan lebih didengari dan igatlah sesungguhnya andai kamu membuka aib semasa manusia nescaya Allah akan membuka aib kamu seluas luasnya.. fikr2 kan danselamat beramal..
kalau betul takpa , kalau salah penilaian ini... takut menanggung lah masing-masing di akhirat kelak. INGAT, Allah Maha Adil. I tak menyokong mana-mana pun, sekadar pemerhati.
Post a Comment