"Tujuh tahun kita menantikan kemenangan, malam ini.. KITA MENAWAN PMUKM!!"
Masih terngiang-ngiang di telinga, kalimah keramat malam kemenangan GMUKM.
Bumi bertuah UKM bergema dengan sorak-sorai lautan mahasiswa di Dataran Gemilang.
Malam ini, genap setahun laungan
keramat itu bergema di perbukitan ilmu ini, mengukir sejarah buat
kepimpinan mahasiswa setelah sekian lama dilanda kemarau kepimpinan
rejim Aspirasi.
Namun, disebalik keseronokan
meraikan kemenangan yang menjadi penantian selama hampir satu dekad ini,
harus diingatkan kembali bahawa kemenangan ini adalah medan tarbiyyah
yang telah Allah s.w.t siapkan kepada kita semua, khususnya barisan
kepimpinan PMUKM, sebagai satu medan untuk menguji, sejauh manakah
barisan kepimpinan ini melaksanakan dan menunaikan janji mereka kepada
pengundi keseluruhannya..
Barisan ini jualah yang
bertanggungjawab untuk kembali mengubah landskap ummah di UKM ini
khususnya, untuk kembali bertunjangkan kepada Al Quran dan Al sunnah
sebagai pegangan utama kehidupan..
"Kata Prof Ungku Aziz; Belajar sambil mencabar, pelajaran tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak kan maju tanpa pemimpin berpengalaman dan terpelajar" -Sharbini Shaari, calon kerusi tahun 1 / 2 FSSK |
Walau di posisi manapun dalam
kepimpinan, jangan dilupakan amanah yang dipikul di belakang, yang
diamanahkan oleh marhaen secara keseluruhannya.. amanah ini kelak akan
dipersoalkan di hadapan Allah azza wajalla pada hari perhitungan..
justeru ayuhlah kita bersama, tidak kira samada pimpinan di saf hadapan,
mahupun jentera penggerak disaf pertengahan dan belakang, bersama-sama
kita menggembeling tenaga untuk memastikan kemenganan Islam ini akan
diteruskan kesinambungannya.
Mohon diberi mandat |
Sekadar peringatan untuk sahabat-sahabat seperjuangan khususnya yang
bersama-sama diri ini di saf hadapan, jangan leka dengan kejayaan yang
bersifat sementara, ingatlah bahwa kerajaan ini tetap milik Allah s.w.t,
maka kita selaku pemegang amanahNya, marilah kita melaksanakan amanah
yang besar ini dengan penuh rasa amanah dan bertanggung jawab kendatipun
esok jawatan ini dipulangkan, demi memastikan Islam akan terus
diberikan kepercayaan untuk menerajui kepimpinan pada masa akan datang.
Arief Othman, calon GMUKM FSSK, kepimpinan muda yang bertanding di kerusi umum tahun 1 / 2 |
Sekadar pesanan dan ingatan buat kalian yang bakal menyambung perjuangan
ini, tetapkanlah diri untuk thabat dalam menjalankan tanggungjawab dan
amanah dengan penuh sabar dan berdedikasi, insyaAllah, ISLAM akan
menerajui perubahan ini.. STUDENT POWER !!!
ISLAM menerajui PERUBAHAN
KEKUATAN dalam PEMBINAAN
MAHASISWA mengungguli KEBANGKITAN
ALLAH HU AKBAR !!!!
Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah kami lakukan.
Ber-GM Lebih Baik! Barisan Calon MPP GMUKM |
Ezuan 21 Februari 2012, 9.07pm
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti
Pautan : http://mpmezuan.blogspot.com/2011/02/keputusan-prk-2010011-kawasan-fakulti.html
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti
Pautan : http://mpmezuan.blogspot.com/2011/02/keputusan-prk-2010011-kawasan-fakulti.html
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment