Bismillahirahmannirahim,
Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Segala puji dan syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T, Rabbil 'Aalamin,
Selawat dan salam ke atas junjungan teragung, Muhammad S.A.W,
Moga tetap teguh di atas jalanMu hingga pengakhiran.
Terlebih dahulu,alhamdulillah dan tahniah kepada saf-saf
Gabungan Mahasiswa UKM(GM-UKM) atas kemenangan pada PRK yang baru sahaja
berlangsung yang menyaksikan 18 kerusi berjaya dibolot dari 28 kerusi yang
dipertandingkan.
Tidak dapat dibayangkan perasaan gembira tatkala keputusan rasmi diumumkan sekitar jam 11.00 malam, ada yang menangis tika keputusan dibacakan dan lebih mengejutkan ialah GMUKM berhasil mempertahankan kemenangan PRK selama 2 tahun berturut-turut, Allahu Akbar!!!!
Tidak dapat dibayangkan perasaan gembira tatkala keputusan rasmi diumumkan sekitar jam 11.00 malam, ada yang menangis tika keputusan dibacakan dan lebih mengejutkan ialah GMUKM berhasil mempertahankan kemenangan PRK selama 2 tahun berturut-turut, Allahu Akbar!!!!
Walaubagaimanapun, kemenangan yang diberikan oleh Allah
kepada kita bukannya melalui jalan yang mudah, malah kita terpaksa bergelut
dengan perancangan kotor oleh pihak lawan yang tidak ingin melihat barisan
GMUKM sekali lagi menawan PMUKM,
Kita diherdik, dihentam, malah ada diantara calon-calon yang diugut oleh 'pihak-pihak' tertentu supaya tidak bertanding pada PRK ini. Mungkin senario ini tidak akan kelihatan di universiti-universiti lain, kerana faktor sejarah merakamkan bahawa UKM pernah menjadi medan pertempuran antara dua pihak,
Kita diherdik, dihentam, malah ada diantara calon-calon yang diugut oleh 'pihak-pihak' tertentu supaya tidak bertanding pada PRK ini. Mungkin senario ini tidak akan kelihatan di universiti-universiti lain, kerana faktor sejarah merakamkan bahawa UKM pernah menjadi medan pertempuran antara dua pihak,
- Mereka yang berfahaman islam dan ingin melihat syiar islam dikembangkan di UKM,
- Mereka yang berfahaman liberal dan pro 'kerajaan'.Lantaran faktor itulah kami meneruskan perjuangan generasi terdahulu untuk menegakkan kembali syiar Islam di bumi UKM ini.
Berikut adalah sebahagian dari coretan ketika hari penamaan
calon sehingga malam keputusan PRK.
Malam sebelum penamaan calon,diapit oleh 2 orang calon fakulti. Mufaddal(baju ungu) dan Shafiq(baju oren). |
Saudara Wan Fahmi, salah seorang bekas MPP sesi lepas,walaupun masih menjalani rawatan di hospital, tetapi beliau sanggup turun padang dan menyertai konvoi penamaan calon. |
Barisan pejuang-pejuang GM-UKM ketika hari penamaan calon. |
Antara orang-orang kuat GM-UKM.
Perarakan calon fakulti ke fakulti masing-masing. Berikut merupakan calon FEP. |
Sebahagian dari barisan srikandi-srikandi yang turut membanting tulang semasa kempen. |
Ketika pendaftaran calon di fakulti. |
Kempen GM di Kolej Burhanuddin Helmi. Berlaku sedikit kekecohan hingga menyebabkan calon GM dihalang berkempen pada petang itu. |
Saudara Azan Safar,Presiden ISIUKM memberi ucapan ketika kempen di KBH. |
Sesi taklimat sebelum kempen di Kolej Keris Mas. |
Sesi bersama mahasiswa/i di KKM. |
Sesi bersama mahasiswa/i di Stadium UKM. |
Saudara Afif jurucakap jentera GM sedang memberi ucapan pada malam keputusan pengundian. |
Sebahagian dari barisan penyokong GM yang hadir pada malam pengumuman tersebut. |
Salah seorang anggota GM memberi pidato. |
Bergambar bersama salah seorang calon setelah keputusan diumumkan |
Ya Allah,sesungguhnya kemenangan ini datang dariMu,
Kami berasa syukur atas nikmat yang telah Kau berikan,
Kami memohon kepadaMu Ya Allah,
Agar diberi pertolongan untuk menegakkan syiar agamaMu,
Agar dihapuskan segala perancangan untuk memburukkan dan
menjatuhkan barisan kepimpinan ini,
Agar diberi jalan keluar bagi setiap permasalahan yang
dihadapi.
Ya Allah,
Kami menang kerana asas perjuangan kami,
Untuk menegakkan keadilan,
Serta menentang kezaliman,
Kami menang kerana kebergantungan kami kepadaMu,
Kami yakin dengan firmanMu,
Jika kau tolong agama Allah,Kami akan menolongmu,
Dan kami akan mengukuhkan pendirianmu,
Kami menang kerana yakin dengan janjiMu,
Bukankah Engkau tidak akan prnah memungkiri janji,
Bagi mereka yang tulus berjuang keranaMu,
Kami menang kerana akhlak yang kami tonjolkan,
Kami tidak sesekali melakukan penganiyaan,
Apatah lagi untuk membalas dendam,
Kami menang kerana Engkau sentiasa bersama mereka yang
dizalimi,
Engkau tidak akan menolak doa mereka yang dizalimi.
Akhirul kalam,kepada semua mujahid wal mujahidah yang akan
menaiki takhta PMUKM sesi 2012/2013, jalankanlah amanah yang diberikan dengan
sebaik-baiknya,jangan jadikan jawatan yang dipegang sebagai 'tiket' untuk
mengumpul macam-macam nikmat dunia,gunakan kekuasaan yang ada untuk meninggikan
syiar Islam di bumi UKM ini.
STUDENT POWER!!!!ALLAHU AKBAR!!!
STUDENT POWER!!!!ALLAHU AKBAR!!!
Sesungguhnya kami telah menurunkan amanah kepada langit
dan bumi dan gunung-ganang,maka mereka enggan untuk memikulnya khuatir mereka
akan mengkhianatinya dan dipikul amanah tersebut oleh manusia,sesungguhnya
manusia itu amat zalim dan jahil.
(Surah Al Ahzab)
0 comments:
Post a Comment