BANGI – Hari pertama (semalam) dalam kalendar pengajian sesi 2012/2013 ini
dibuka dengan pelbagai perkara baru. Kita mendapati terdapat beberapa perubahan
prasarana yang diwujudkan antaranya pertukaran syarikat perkhidmatan bas.
Dahulu, kita sering mengenali
beberapa buah bas yang sering digunakan oleh warga kampus untuk ke ke kuliah
mahupun menyelesaikan rutin harian. Hari ini, UKM diserikan dengan warna hijau
dek kehijauan yang ditonjolkan oleh warna bas yang berlegar-legar di sekitar
jalan Universiti.
Bas Trans Rengit yang digunakan
pada hari ini menggantikan perkhidmatan Kiffah sejurus kontrak yang lama telah
tamat. Sungguhpun begitu, penggunaan bas pada hari ini kelihatan terkawal
berdasarkan pemerhatian singkat oleh Duta GMUKM.
Bukan sahaja pemandu bas
mengalami pengalaman pertama memandu di sekitar kampus, UKM juga baru sahaja
selesai melaksanakan program Minggu Mesra Pelajar ( MMP ). Situasi pelajar yang
tidak mengetahui tempat ditambah pula dengan keadaan pemandu bas yang baru
sahaja ingin meniti setiap jalan di Universiti.
GMUKM melalui pengerusinya, Ahmad
Shukran Shaharudin, berkongsi sesuatu di laman sosial Facebook-nya.
Hari pertama sesi pembelajaran 2012/2013, bersama rakan2 mahasiswa/i baru UKM menaiki bas ke kuliah. Kesesakan berlaku disebabkan masing2 bersemangat untuk memulakan hari pertama sesi pembelajaran di UKM dan disebabkan rata2 mahasiswa/i tahun satu yang masih belum memiliki kenderaan sendiri menjadikan bas sebagai pengangkutan pilihan utama ke kuliah. Namun sekadar pesanan dan peringatan : 1. KIFFAH baru sahaja tamat kontrak perkhidmatan bas luar UKM
2. Trans Rengit baru sahaja memulakan khidmat mereka di UKM selepas berjaya mendapatkan tender perkhidmatan bas UKM
Jadi, sebarang masalah yang melibatkan perkhidmatan yang tidak memuaskan hati, driver bas yang tak dapat nak menjawab persoalan rakan2 mahasiswa/i baru UKM, harap dapat dimaafkan.
Sebagai mahasiswa/i dan pengguna perkhidmatan bas UKM, peranan anda ialah: 1. Bantu driver bas untuk menyesuaikan diri dengan UKM dan adik2 mahasiswa/i baru yang kurang arif berkenaan persekitaran UKM (ni untuk senior).
2. Bagi semua pengguna perkhidmatan bas, harap dapat salurkan KOMEN anda berkenaan kekurangan dan masalah yang berlaku kepada Unit Kenderaan UKM.
BerGM Lebih Baik! Lead The Changes
Duta-duta GMUKM berkesempatan
mengedarkan jadual belajar buat mahasiswa yang ditemui pada pagi tadi.
Kelihatan mahasiswa baru yang bersemangat menunggu bas di hentian Kolej Keris
Mas. Setiap pertanyaan cuba dijawab oleh setiap duta GMUKM yang hadir pada
pertemuan bersama mahasiswa baru.
Banyak perkembangan lain bakal
menerjah dunia hujung jari rakan-rakan mahasiswa. Keep in touch!
Ber-GM Lebih Baik! Lead The Changes!
0 comments:
Post a Comment