Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, September 24, 2012

Talian Hayat Akhir UMNO-Kampus : Menang Tetapi Bukan Dengan Undi Mahasiswa


Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) saban tahun menyertai pilihanraya kampus walaupun setiap tahun itulah pelbagai diskriminasi, birokrasi yang terpaksa GMUKM hadapi apabila berkecimpung di arena ini. Namun di atas prinsip mahasiswa yang diperjuangkan, kita tetap menempuhinya walau pelbagai ujian yang mendatang.


PRK UKM 2012 menyaksikan seawal hari penamaan calon GMUKM telah memenangi 7 kerusi tanpa bertanding. Walaupun pada tahun ini jumlah kerusi yang dipertandingkan hanya 28 kerusi setelah dikecilkan daripada jumlah sebelum ini sebanyak 37 kerusi, namun UMNO-Kampus masih gagal untuk menghantar calon-calon mereka untuk menyaingi GMUKM di 7 kerusi tersebut. Jelas dapat melihat bagaimana UMNO Kampus telah ketandusan kepimpinan yang berkualiti dan kaliber.

Namun, kita meyakini bahawa UMNO-Kampus pasti tidak akan berdiam diri untuk dibiar kalah. Sebabnya sangat penting untuk UMNO-Kampus sebagai duta UMNO menawan UKM untuk memberikan kemenangan moral kepada UMNO dan Barisan Nasional di luar sana yang akan bertempur pada bila-bila masa sahaja.

Justeru kemenangan awal GMUKM yang memberi tamparan kepada UMNO-Kampus telah menimbulkan ketidak selesaan banyak pihak. Justeru, segala usaha pasti akan dilakukan untuk menafikan kemenangan GMUKM dalam pilihanraya kampus tahun ini.

Benteng terakhir yang mereka ada adalah dengan membatalkan pencalonan baik kemenangan yang sedia GMUKM kecapi. Kini mereka sibuk mencari kesalahan dan kesilapan calon-calon GMUKM sepanjang tempoh berkempen untuk dibatalkan pencalonan mereka.

Lebih menyedihkan apabila usaha ini turut sama melibatkan parti politik luar serta entiti penting universiti termasuk Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012 itu sendiri.

Kesalahan ini termasuklah apa sahaja dari sekecil-kecil perkara yang dimuatkan di dalam buku peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Itu tandanya mereka sungguh terdesak.

Pesan kami daripada GMUKM, mereka harus sedar bahawa antara kesalahan yang paling besar mereka lakukan ialah bertanding di tiket Aspirasi iaitu sebuah persatuan berdaftar di UKM yang sangat jelas bertentangan dengan AUKU yang tidak membenarkan mana-mana persatuan berdaftar untuk bertanding di dalam pilihanraya kampus. Jangan di atas sebab Aspirasi ialah anak emas Universiti maka undang-undang ini harus diketepikan.

Kalau ingin lagi dibicarakan kesalahan dan kesilapan GMUKM berkaitan hal-hal kebiasaan di dalam adat pilihanraya kampus, kami sudah bersedia dengan segala bukti yang rapi untuk mendakwa mereka di atas pelbagai kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan sepanjang tempoh berkempen ini.

GMUKM tegaskan kami tidak takut dengan ugutan ini dan jangan cabar mahasiswa dengan menafikan hak mereka. Jika tidak kebangkitan mahasiswa dan anak muda akan mencipta sejarahnya yang tersendiri di bumi UKM. Ini janji kita.

Ini ialah talian hayat terakhir UMNO-Kampus. Kami akan tentang habis-habisan..!

GMUKM Tolak Konspirasi! 

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!


4 comments:

u2 said...

Bagaimana dengan ini? GMPasUKM atau GM-PKR-UKM?

http://www.mymahasiswa.com/2012/09/calon-calon-gmukm-berlatar-belakangkan.html

hatikuhatimereka said...

kalau kita nak laksanakan Islam di peringkat mahasiswa di kampus, dikatanya pembangkang..ini ke nilai keintelektualan anda @u2?

Unknown said...

mudahnya fitnah tersebar..
wah, zaman saya dulu takdelah seteruk begini. senior-senior anda baik-baik semuanya.
Bersaing secara sihat, jangan nak UMNO/PAS kampus sangatlah

u2 said...

Ucapan Takziah dari Aspirasi, namun kempen akan terus berlangsung.

http://www.mymahasiswa.com/2012/09/terkini-aspirasi-mahasiswa-ukm-simpati.html

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !