GMUKM
mengucapkan tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
(PMUKM) kerana telah berjaya menganjurkan Dialog dua hala yang melibatkan Pengurusan
Trans Rengit dan Mahasiswa/i UKM. Ini adalah satu usaha yang menunjukkan PMUKM
satu badan yang professional dan sentiasa cakna terhadap masalah di UKM
terutama kebajikan Mahasiswa/i UKM.
Sepanjang perjalanan sesi dialog ini, pelbagai soalan telah diutarakan kepada Pengurusan Trans Rengit yang majoriti mahasiswa tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan Trans Rengit. Kami di peringkat GMUKM jelas dengan pendirian kami. Jika keberadaan Trans Rengit di UKM ini menjadi satu bebanan buat mahasiswa, kita akan pastikan Trans Rengit ini keluar dari UKM.
Dalam pada itu, GMUKM hairan kenapa tiada pihak dari Unit Kenderaan semasa sesi dialog anjuran PMUKM tadi. Unit kenderaan sepatutnya ada bersama Pengurusan Trans Rengit bagi menjelaskan pendirian dan maklumat yang ada pada Unit Pengangkutan. Sudah pasti, ada soalan yang tidak terjawab oleh pihak Trans-Rengit mampu dijawab oleh pihak Unit Pengangkutan dengan baik.

Pengerusi GMUKM
berkata semasa sesi dialog tersebut “Kami tidak menyalahkan secara keseluruhan
hanya kepada batang tubuh Trans-Rengit, ini kerana Unit Kenderaan seharusnya mewakili
pihak Pengurusan Universiti wajib hadir bagi menjelaskan maklumat kepada Mahasiswa
UKM”.
GMUKM hairan dan
sangsi terhadap ketidak hadiran wakil dari Unit Kenderaan pada sesi dialog
PMUKM semalam. Seolah-olah pihak pengurusan Universiti yang diwakili oleh Unit
Kenderaan tidak bersedia bersemuka dengan Mahasiswa/I UKM. Sekali lagi kami
GMUKM kecewa dengan ketidak hadiran Wakil dari Unit Kenderaan dalam sesi dialog
berkaitan isu Pengangkutan Bas semalam.
GMUKM juga menuntut
penjelasan dari Pengurusan Universiti berkaitan status Bas ‘Official’ UKM. Kami
mahasiswa pelik kenapa Bas UKM tidak dapat dibeli atas alasan “Tiada Duit”. Walhal,
baru-baru ini UKM telah mengeluarkan 10 buah Proton Inspira. Kami tidak menghukum
tetapi memerlukan penjelasan supaya perkara ini jelas dalam kalangan Mahasiswa/I
UKM tentang status Bas ‘Official’ UKM.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
1 comments:
Cuba bandingkan perkhidmatan bas di Ukm Bangi dengan Ukm KL.....
rasanya kat kampus kl, perkhidmatan bas di sana bagus
Post a Comment