Belakangan ini kita sering
dikejutkan dengan pelbagai bencana yang menimpa Universiti Kebangsaan Malaysia,
khususnya kampus Bangi. Keadaan struktur tanah yang longgar kadangkala
meruncingkan keadaan serta ketenteraman masyarakat kampus.
Umumnya, kita sedia maklum, UKM
Bangi berhampiran dengan kawasan hutan simpan kekal Bangi. Puncak tertinggi di
Bangi pasti ada yang mengetahui namanya sebagai Puncak Bukit Rupa. Namun,
adakah kesan jangka masa panjang penerokaan terdahulu mengakibatkan masyarakat
kampus hari ini menerima akibatnya.
Pengarah Strategik GMUKM, Azim Fitri |
GMUKM melalui pengarah strategiknya, Azim Fitri mengemukakan cadangan agar PMUKM bersedia untuk mengambil sudut pandang daripada ahli akademik, khusus dalam bidang geologi mahupun kaji tanah.
Kita tidak mengetahui kesan ini
akan berterusan jika tiada ada langkah-langkah yang bakal diberikan oleh pihak yang berkenaan dengan isu ini. Masyarakat kampus umumnya dianggotai bukan sahaja
mahasiswa malah melibatkan kakitangan universiti yang keluar dan masuk setiap
hari atas tuntutan pekerjaan.
Bencana merupakan sesuatu yang
sukar diramal, namun sekiranya ada langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai
“berjaga-jaga” ini tidak ubah seperti sediakan payung sebelum hujan. Meskipun gejala
struktur tanah yang longgar ini jarang berlaku, kita tidak ingin masyarakat
terus alpa.
Dalam pada itu, masyarakat kampus
mampu menyumbang dari sudut pemberitahu makluman awal sekiranya terdapat
petanda awal sebelum berlakunya tanah runtuh.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment