Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, December 22, 2012

Pelajar berkemah di luar penjara sokong rakan aktivis


Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ.

NONE
Umar (di bawah) adalah salah seorang peserta protes 'Occupy 
Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.

Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).

Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.

Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.

Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.  

Muzik iringi protes
Malaysiakini meninjau kemah protes itu pagi ini dan mendapati kira-kira sepuluh orang daripada mereka masih berada di situ, sambil menyanyikan lagu protes, diiringinya dengan mainan gitar.

NONE
Seorang jurucakap kumpulan itu berkata, mereka berada di situ untuk jangka panjang, walaupun keputusan belum lagi dibuat melalui konsensus sama ada mereka akan mengadakan protes sepanjang sebulan  tempoh Umar dipenjara.

Menurutnya lagi, pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi, mereka telah didatangi dua pegawai Cawangan Khas yang mengambil butir-butir mengenai dua di kalangan mereka, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan lain.

Seseorang pegawai penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga datang pada kira-kira jam 9.30 pagi bertanya sama ada mereka mendapatkan sebarang kebenaran untuk berkhemah di luar penjara. 

Bagaimanapun, selepas campurtangan wakil PSM, anggota penguatkuasa itu berkata mereka tidak akan mengganggu selagi sebagai pelajar terbabit tidak menghalang lalulintas dan orang ramai yang lalu di situ.

Anggota itu berkata, mereka menyerahkannya kepada pihak polis untuk memantau keadaan di situ.

NONE
Malaysiakini mendapati beberapa anggota polis berpakaian 
preman memantau pelajar manakala pegawai penjara memantau mereka dari tempat pemeriksaan keselamatan di tepi jalan dan di pintu masuk utama.

Pada kira-kira jam 11.10 pagi ahli majlis MPKj Lee Kee Hiong datang memberi sokongan moral. Turut datang ialah kartunis politik Zunar dan beberapa pemimpin DAP tempatan.

Pada sekitar tengah hari, keluarga Umar yang melawatnya pagi ini datang menyampai mesej dari Umur untuk rakan aktivis di kemah tersebut.

"Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," kata bapanya, yang berkata semangat juang Umar tidak patah oleh apa yang dilaluinya sekarang.

Beliau berkata, anaknya berada dalam kesihatan yang baik, bersemangat dan Umarnya secara berjenaka berkata hukuman penjara sebulan itu adalah satu latihan baginya untuk berhenti merokok.

Para pelajar tersebut merancang untuk mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang ini.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !