Tindakan awal Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin menubuhkan Kelab Penyokong Barisan Nasional (KPBN) dilihat tepat
dalam meraih sokongan anak muda, khususnya mahasiswa di seluruh institusi
pengajian tinggi Malaysia.
Matlamat penubuhan KPBN ini tidak
ubah menunjukkan keprihatinan pihak UMNO BN terhadap nasib mahasiswa di kampus
selepas berlakunya pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
baru-baru ini.
“Saya harap kelab ini dapat
mengumpulkan mahasiswa dan profesional muda yang berminat untuk melibatkan diri
dalam politik,” kata Khairy Jamaluddin. (BERNAMA)
Namun, hasrat dan cita-cita agung
Ketua Pemuda UMNO ini disanggah sekeras-kerasnya oleh Presiden Gabungan
Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhamad Azan Safar.
Mengapa begitu?
Khairy Jamaluddin telah mendakwa “Golongan
Muda sudah kembali kepada UMNO, BN”.
Kenyataan beliau terhadap
kemenangan Pro-Aspirasi di beberapa kampus hari ini jelas menunjukkan keakraban aktivis UMNO Kampus ini terhadap orang
tua mereka, UMNO-BN.
GMUKM bersekutu dengan GAMIS
terhadap jawapan balas kepada Ketua Pemuda UMNO yang nyata angkuh dalam
menyatakan pendirian beliau terhadap sokongan anak muda.
Kaedah serta nilai yang dilihat
pada kaca mata anak muda khususnya mahasiswa bukan pada parti yang bernama
Aspirasi sementelah UMNO Kampus. Tapi, perkara yang menarik perhatian Mahasiswa
dalam memberi undi adalah pada isu yang dibawa oleh calon serta melibatkan kredibiliti
calon itu sendiri.
Kenyataan beliau dilihat tidak
menyeluruh, malah tidak semua IPT mempunyai cawangan ‘rasmi’ seperti yang
digembar-gemburkan oleh beliau. Tidak semua IPT mempunyai cawangan Aspirasi,
malah tidak semua anak muda ke IPT. Ada sahaja anak muda yang memenuhi ruang di
Pusat Pemulihan Akhlak akibat sikap ‘lepas tangan’ pihak berwajib.
“Kemenangan Pro-Aspirasi (UMNO
Kampus) di beberapa kampus ini tidak langsung menimbulkan moral Mahasiswa
terhadap sokongan kepada kerajaan UMNO-BN. Malah, pada hemat GMUKM, kenyataan
beliau ini mengukuhkan lagi gelaran yang kami berikan kepada aktivis Aspirasi
sebagai UMNO Kampus” tegas Haziq Asyraf.
Dalam pada itu, GMUKM kini
diterajui oleh Haziq Asyraf bin Dun bagi menganti posisi Ahmad Shukran
Shaharudin selaku Pengerusi GMUKM yang baru. Penggantian ini berkuatkuasa
selepas perlantikan Ahmad Shukran Shaharudin sebagai Presiden PMUKM sesi
2012-2013.
- MediaGM
- MediaGM
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!