Hari ini telah selesai Piket ringkas berkaitan Isu Trans Rengit anjuran
Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM). Piket tersebut bertujuan
membangkitkan kesedaran masyarakat kampus untuk bersama cakna terhadap isu
keselamatan Mahasiswa yang bersangkut paut dengan perkhidmatan Bas
Trans-Rengit.
Terbaru, pada pagi sabtu lepas (15 Disember 2012), dua buah bas Trans-Rengit
dilaporkan kemalangan di persimpangan Pusat Pengajian Umum. Kemalangan tersebut
berlaku kerana rempuhan belakang yang dilakukan oleh bas Trans-Rengit terhadap
sebuah bas yang kerosakan di tepi jalan, berhadapan PPU. Punca kemalangan
disebabkan brek yang tidak berfungsi dengan baik.
Sehingga kini, 3 kemalangan yang melibatkan Bas Trans-Rengit, perkara ini
dilaporkan melalui sumber MPP PMUKM Arief Othman. Perkara ini sangat
membimbangkan kerana dalam tempoh 3 bulan perkhidmatan bas Trans-Rengit ini
berlangsung, banyak kemalangan yang dilaporkan. Meskipun aduan telah
dipanjangkan kepada pihak Trans-Rengit, namun keputusannya mengecewakan.
Beberapa siri pertemuan bersama pentadbiran UKM telah dijalankan, namun
tiada tindakan yang keras dilaksanakan
bagi mengekang fenomena kemalangan ini. Maklum balas Mahasiswa di laman-laman
sosial dapat kita lihat sememangnya mereka berharap pentadbiran melakukan
sesuatu dengan lebih pantas. GMUKM khuatir jika kes ini berlarutan tanpa
kekangan pihak berwajib, perkara yang lebih buruk bakal menimpa mahasiswa.
MPP Arief Othman, Speaker PMUKM |
Dalam pada itu, GMUKM kesal kerana terdapatnya
kewujudan sebuah page We Love Trans-Rengit yang mencerminkan peribadi seorang pencacai. Komen mereka terhadap tindakan GMUKM seperti tidak bersyukur dengan
perkhidmatan yang sedia ada sangat tidak berasas sama sekali. Barangkali mereka
ini tidak kisah sekiranya ahli keluarga mereka sendiri menerima musibah akibat
daripada perbuatan orang mereka sendiri (pemandu bas Trans-Rengit).
Haziq Asyraf, Pengerusi GMUKM |
Sehubungan itu, Haziq Asyraf selaku Pengerusi GMUKM menegaskan bahawa GMUKM
menolak 100% kewujudan bas Trans-Rengit di bumi UKM. Ini kerana kes ini
mengancam keselamatan semua pihak yang menggunakan jalan raya, baik mahasiswa
mahupun kakitangan UKM.
GMUKM berharap agar PMUKM terus berperanan memastikan agenda kebajikan
mahasiswa terus diutamakan. GMUKM sentiasa menyokong tindakan PMUKM.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
1 comments:
Page yang ada 16 like je pun nak kecoh kat blog? takde effect pun page tu...
Post a Comment