Kompilasi Kejayaan Manifesto
Provinsi Ungu [Versi Online]
Saturday, November 15, 2014
Wednesday, November 12, 2014
Sunday, November 9, 2014
Mahasiswa Diugut Untuk Mengundi Aspirasi
Beberapa hari lepas, kami di peringkat GABUNGAN MAHASISWA UKM ada menerima beberapa aduan daripada pelajar tahun satu dan ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang terdiri daripada beberapa Kolej Kediaman Universiti. Mereka mengadu bahawa ada ahli MEP yang “dipaksa” untuk membuat culaan bilik ke bilik dan bertanya mengenai parti apa yang akan disokong menjelang Pilihanraya Kampus nanti. Ada juga yang diugut sekiranya mereka mengundi Gabungan Mahasiswa UKM.
Ingin kami perjelaskan disini, kita sebagai Mahasiswa/wi Universiti bebas untuk memilih mana-mana parti yang ingin disokong. Mereka (beberapa pentadbiran kolej) tidak layak memaksa mana-mana pelajar untuk mengundi mana-mana calon yang akan bertanding.
Selain itu juga, kami terkilan atas perbuatan Aspirasi dalam usaha mengaut keuntungan untuk meraih sokongan pada PRK kali ini, perbuatan menghasut Penghuni Kolej tidak patut dialakukan. Mahasiswa berhak berfikir serta memilih apa dan siapa yang ingin disokong tanpa perlunya paksaan dan hasutan dari mana-mana pihak. Sungguh kami amat mengecam tindakan tersebut seterusnya kami memohon agar suatu tindakan dapat diambil untuk merungkai permasalahan ini.
Apakah ini NILAI POLITK yang anda laung-laungkan selama ini. Kononnya “[Aspirasi Mendepani Politik Nilai]“. Beberapa hari yang lalu kita telah dihangatkan dengan isu yang melibatkan pembawaan individu dan imej dalam kerangka yang berbeza tetapi konsep yang sama. Adakah mengugut itu “POLITIK NILAI” yang anda depani?
“Dengan tindakan sebegini, kita akan diperlihatkan bagaimana reaksi dari orang tertentu dan seterusnya Mahasiswa akan mampu menilai siapakah yang sebenarnya memiliki nilai perjuangan yang sebenar.”
Ingin kami tekankan di sini, andalah yang berhak memikirkannya.
ABDUL KAHAR HAMZAH
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM
Wednesday, November 5, 2014
Friday, October 31, 2014
Saturday, February 23, 2013
Tukar Nama PMUKM: Pandang Sisi Mahasiswa FKAB
Thursday, October 18, 2012
Syabas YBhg Tan Sri Naib Canselor
Ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan atas perakuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Y.B. Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula YBhg. Tan Sri sebagai Naib Canselor UKM yang disandang oleh beliau sejak 27 Ogos 2006.
Untuk rekod, Y.Bhg Prof Sharifah Hapsah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universti Malaya pada 1973, Ijazah Sarjana Kesihatan (Pendidikan Personel) dari University of New South Wales, Australia (1982) dan Doctorate in Medicine pada 1997.
Y.Bhg Tan Sri memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan UKM pada 1975 dan jawatan terakhir di UKM sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan. Beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan seperti Pengarah Hubungan Antarabangsa UKM (1996-2000), Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2004-2005).
Gabungan Mahasiswa optimis YBhg Tan Sri bersedia mendengar keluhan para mahasiswa dan mampu mengatasi sebarang karenah birokrasi yang samada sengaja atau tidak sengaja yang wujud dalam sistem pentadbiran universiti.
Mengakhiri kalam, kami di peringkat Gabungan Mahasiswa mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg Tan Sri NC dan mendoakan beliau lebih dinamis dalam mentadbir universiti tempat kita menuntut ilmu.
Saturday, September 15, 2012
JANGAN JADI BUIH-BUIH DI LAUTAN
Hari ini, penghinaan demi penghinaan telah dilemparkan kepada Nabi S.A.W.
Namun majoriti masyarakat kita lebih suka memilih untuk berdiam diri memeluk tubuh tanpa sedikit pun tertoreh di hati akan luka seluruh ummah ini.
Tepuk Dada, Tanya TAQWA!
Wednesday, February 23, 2011
Terima Kasih Semua!
Monday, June 22, 2009
Bersetuju untuk bersetuju atau Bersetuju untuk tidak bersetuju.

Selain bersetuju mengenai kelayakan pihak-pihak tertentu dalam mengurus dan mentadbir hal ehwal sesebuah komuniti, masyarakat juga perlu bersetuju terhadap nilai sepunya yang adil dan sejagat. Termasuklah berkongsi definisi keadilan yang sama, iaitu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Jika masyarakat gagal bersutuju terhadap nilai pegangan yang sama, maka akan timbul kesukaran bagi pihak yang dilantik untuk menguruskan dan membuat keputusan. Pihak yang dilantik juga harus berpegang kepada nilai yang sama supaya konflik antara kedua pihak ini dapat dihapuskan.
Sebagai contoh, nilai warna pada lampu trafik. Semua pengguna lalu lintas perlu bersetuju dan bersepakat bahawa tandaan lampu merah untuk berhenti, kuning untuk berhenti, dan hijau untuk jalan. Jika sebaliknya berlaku, maka konflik lalu lintas akan berlaku sehingga memungkinkan berlakunya kemalangan dan kehilangan nyawa.
Tiada seorang pun yang berhak membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapatkan pandangan semua pihak. Apalagi kalau keputusan itu melibatkan masa depan dan kebajikan orang lain. Manusia perlu pandai membezakan antara meraikan pandangan, mengambil kira pandangan, menerima pandangan ataupun mengendahkan pandangan.
Mahasiswa juga perlu diterima dan diberi kedudukan yang setaraf dengan manusia-manusia lain sekalipun mempunyai ideologi yang berbeza. Mahasiswa berhak menyuarakan pandangan, apalagi dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Artikel ini sebenarnya merupaka respon terhadap desas-desus kenaikan harga kolej, penguatkuasaan sistem generik, peraturan lalu-lintas yang baru, serta perubahan sistem yang akan dijalankan dalam pilihanraya kampus akan datang.
Semua ini perlu kepada perancangan dan kajian menyeluruh sebelum dilaksanakan. Sekiranya pandangan majoriti Mahasiswa tidak diendahkan, maka kemungkinan akan berlaku huru-hara akibat perbezaan nilai yang perlu disepakati bersama.
Tuesday, June 9, 2009
Tiada Lagi Politik Perkauman dan Politik Peribadi Yang Sempit
Ramai yang mengadu dan kecewa kerana blog GMUKM gagal dibuka selama hampir seminggu. Tidak kurang ada yang melatah sehingga menyebarkan khabar angin bahawa GMUKM telah dibubarkan. Pelbagai spekulasi dibuat bagi merumuskan sebab kenapa blog GMUKM ini ditutup. Namun, semua khabar angin itu meleset, dan ramai yang kemabli ceria apabila Editor gmukm.blog kembali membuka blog ini untuk tatapan umum.Kami sangat-sangat mengalukan pandangan dan cadangan daripada teman-teman Mahasiswa supaya laman maya ini dapat disuburkan dengan perbincangan yang menarik, berfaedah dan dapat menyuburkan budaya keintelektualan serta pembudayaan Ilmu di kalangan Mahasiswa.
Ruang untuk berkomentar dibuka dengan seluas-luasnya kepada mana-mana individu ataupun persatuan untuk memberikan komentar anda. Mahasiswa perlu menghargai masa dan peluang berada di alam kampus ini dengan menghayati peranan juga tanggungjawab untuk mempersiapkan diri menggalas beban memimpin negara pada masa akan datang.
Kita perlu mencabar segala potensi yang ada pada diri kita. Menggilap segala bakat yang terpendam dalam diri kita, juga mengeluarkan segala idea dan pemikiran. Kita perlu buktikan pada dunia bahawa kita, Mahasiswa Malaysia juga punya wawasan. Kita punya azam dan cita-cita. Kita juga mampu mencipta perubahan.
Tuesday, April 28, 2009
Aspirasi Diminta Simpati Pada Seluruh Mahasiswa UKM

Para 12 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) GMUKM telah dihalang untuk melaksanakan manifesto mereka. Inilah berita yang sedang hangat diperkatakan. Kertas kerja digantung, surat tidak dibalas oleh pihak terbabit, sikap acuh tak acuh, telah mendedahkan segalanya bahawa terdapat konspirasi untuk mengagalkan usaha 12 MPP GMUKM dalam menunaikan manifesto kepada mahasiswa yang mengundi mereka.
Inilah yang pihak GMUKM jangkakan kerana pihak PMUKM Aspirasi sedang melaksanakan satu agenda untuk menutup kelemahan mereka dalam sejarah kepmimpinan mahasiswa di UKM ini. Mereka sengaja menghasut pihak-pihak tertentu untuk mengagalkan usaha MPP GM dalam menunaikan bakti kepada mahasiswa yang memilih mereka dengan sah.
Pihak GMUKM menyesali tindakan tidak bertamadun ini kerana mangsanya adalah bukan GM atau Aspirasi, tetapi mahasiswa itu sendiri. Berapa ramai mahasiswa yang memerlukan sebuah cawangan Bank Islam di UKM, sedangkan semua pembayaran dilakukan dalam bank ini. Berapa ramai perlukan satu jawatankuasa keselamatan bagi menjaga keselamatan mereka, sedangkan isu jenayah semakin menjadi-jadi di UKM. Inilah penyelesaian yang perlu dilakukan oleh MPP, yang diundi oleh mereka dalam PRK lalu. Mengapa perlu membazir wang Universiti yang datanganya daripada hasil keringat rakyat, sekiranya lahir “MPP Kangkung” atau “MPP Sayur”, yang hanya mengampu dan tidak melakukan perubahan. Apabila satu pihak ingin melaksanakan bakti kepada mahasiswa, mengapa politik dengki perlu diterjemahkan oleh Aspirasi sedangkan mahasiswa sekalian tersepit akibat politik kotor ini. Mengapa sikap iri hati menjadi pegangan pihak Aspirasi sedangkan sikap tolong menolong kepada mahasiswa dikesan sampingkan? Inilah yang perlu dijawab oleh kepimpinan Aspirasi sama ada mereka ini mahasiswa atau pihak pentadbir atau kerani UKM.
Amat
tvGMUKM
#Hashtag










