Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, April 28, 2009

Aspirasi Diminta Simpati Pada Seluruh Mahasiswa UKM

Para 12 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) GMUKM telah dihalang untuk melaksanakan manifesto mereka. Inilah berita yang sedang hangat diperkatakan. Kertas kerja digantung, surat tidak dibalas oleh pihak terbabit, sikap acuh tak acuh, telah mendedahkan segalanya bahawa terdapat konspirasi untuk mengagalkan usaha 12 MPP GMUKM dalam menunaikan manifesto kepada mahasiswa yang mengundi mereka.



Inilah yang pihak GMUKM jangkakan kerana pihak PMUKM Aspirasi sedang melaksanakan satu agenda untuk menutup kelemahan mereka dalam sejarah kepmimpinan mahasiswa di UKM ini. Mereka sengaja menghasut pihak-pihak tertentu untuk mengagalkan usaha MPP GM dalam menunaikan bakti kepada mahasiswa yang memilih mereka dengan sah.



Pihak GMUKM menyesali tindakan tidak bertamadun ini kerana mangsanya adalah bukan GM atau Aspirasi, tetapi mahasiswa itu sendiri. Berapa ramai mahasiswa yang memerlukan sebuah cawangan Bank Islam di UKM, sedangkan semua pembayaran dilakukan dalam bank ini. Berapa ramai perlukan satu jawatankuasa keselamatan bagi menjaga keselamatan mereka, sedangkan isu jenayah semakin menjadi-jadi di UKM. Inilah penyelesaian yang perlu dilakukan oleh MPP, yang diundi oleh mereka dalam PRK lalu. Mengapa perlu membazir wang Universiti yang datanganya daripada hasil keringat rakyat, sekiranya lahir “MPP Kangkung” atau “MPP Sayur”, yang hanya mengampu dan tidak melakukan perubahan. Apabila satu pihak ingin melaksanakan bakti kepada mahasiswa, mengapa politik dengki perlu diterjemahkan oleh Aspirasi sedangkan mahasiswa sekalian tersepit akibat politik kotor ini. Mengapa sikap iri hati menjadi pegangan pihak Aspirasi sedangkan sikap tolong menolong kepada mahasiswa dikesan sampingkan? Inilah yang perlu dijawab oleh kepimpinan Aspirasi sama ada mereka ini mahasiswa atau pihak pentadbir atau kerani UKM.



Amat malang sekiranya MPP Sayur ini terus bermaharaja lela di UKM Mereka gagal menjadi pemimpin yang baik untuk menjaga kebajikan mahasiswa. Lebih malang lagi adalah tindakan menghalang 12 MPP GMUKM melaksanakan manifesto mereka, ia ibarat ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar iaitu cuba menzalimi mahasiswa keseluruhannya dan mengkhianati pemilihan mereka secara demokrasi dalam Pilihanraya Kampus lalu.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !