18 Mac lalu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah meluluskan enam usul yang amat penting untuk kebajikan mahasiswa. Usul ini bukannya demi kepentingan politik GM melalui wakilnya iaitu MPP Mahasiswa tetapi adalah demi kepentingan mahasiswa itu sendiri. Di sini pihak editor akan menganalisis satu persatu usul yang perlu dijalankan oleh pihak MPP Aspirasi yang diketuai oleh Nasir untuk tatapan mahasiswa dan juga analisis secara intellektual.
1. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan JAKSA kolej di seluruh UKM dijalankan di semua kolej kediaman bagi bagi membentangkan laporan keseluruhan program aktivi kolej dan juga laporan kewangan JAKSA kolej kepada seluruh penghuni kolej kediaman masing masing.
Usul AGM Tahunan Jaksa amat penting kerana para mahasiswa dapat memilih kepimpinan yang mereka kehendaki. Melalui AGM, sistem demokrasi akan diterapkan dan pelajar boleh mengangkat tangan memilih mereka yang ada kelayakan. Bukan sesi interview yang akan ditapis oleh Pengetua untuk dicucuk hidung JAKSA ini. GMUKM pun hairan kenapa JAKSA tak perjuangkan kenaikan kolej kerana mereka adalah Jawatankuasa Kebajikan Siswa-Siswi. Diulangi sebagai Jawatankuasa Kebajikan. Bukannya asyik sibuk dengan berpacaran hingga bergaduh-gaduh antara sesama JAKSA seperti yang dihadapi oleh JAKSA KTHO baru-baru ini.
Juga melalui AGM ini, penghuni kolej dapat melihat ketelusan JAKSA memimpin mereka selama dua semester. Mereka ada hak untuk bertanya ke mana menghilangnya duit RM 100 yang dibayar kepada JAKSA. RM 100 bukannya nilai yang kecil kerana jika tidak dibayar kepada JAKSA, mereka boleh belanjakan wang tersebut untuk 1 bulan makan ataupun wang itu digunakan untuk membeli buku rujukan. Ini hak asasi mereka kerana wang itu sukar dicari. Lebih
2. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi PMUKM bagi membentangkan laporan program sepanjang tahun dan juga laporan kewangan PMUKM kepada seluruh mahasiswa/i UKM.
Usul ini dibuat memandangkan bahawa mahasiswa yang membayar yuran PMUKM dalam yuran pengajian mereka perlu tahu ke mana wang mereka dileburkan oleh PMUKM. Melalui AGM ini, mahasiswa boleh berdialog dengan PMUKM dari sudut program dan laopran kewangan. Laporan Bendahari amat penting bagi semakan mahasiswa serta laporan Setiausaha yang juga amat penting bagi memberikan pengetahuan kepada mahasiswa sama ada PMUKM buat kerja atau tidak. Kita boleh lihat sekiranya PMUKM gagal melaksanakan AGM ini. Bererti mereka takut dan ada sesuatu penyelewengan yang
3. Usul supaya PMUKM mengeluarkan
Ini sebenarnya usul yang amat payah dilakukan oleh PMUKM kerana mereka tidak boleh dilihat sebagai lawan tokey. Mereka kena sentiasa angguk apa yang pentadbiran kata walaupun perkara itu membebankan mahasiswa. Sehingga hari ini, masih tiada
4. Usul supaya saudari Speaker iaitu Sdr.Intan Zanariah Binti Abdul Aziz selaku wakil MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap isu Sdr.Norihan Rahim pelajar FSSK tahun3 yang menjadi mangsa kemalangan dengan Bas Kiffah di Kolej Keris Mas.
Sepertimana kita tahu, Saudari Intan yang juga merupakan Speaker adalah wakil MPP kepada Saudari Norrihan Rahim. Jadi dia sepatutnya dibela haknya kerana kemalangan yang dialami bukan kerana kecuaiannya tetapi kecuaian pihak orang lain. Dengar khabar yang dia hanya diberi bantuan sebanyak RM 2500 sahaja pampasan kemalangan itu. Jadi usul untuk menyuruh Speaker UKM bertanggungjawab penuh adalah kerana memandang Speaker UKM merupakan wakil fakulti kepada Saudari Norrihan dan beliau mempunyai jawatan dalam PMUKM. Juga kerana tempoh masa beliau berkhidmat di UKM akan berakhir bulan lima ini dan selepas ini, beliau akan bergelar mahasitua, bukannya mahasiswa. Mahasiswa hanyalah mereka yang sedang dalam mengikuti kuliah di UKM sahaja. Bukannya mereka yang dah lulus dan bekerja.
5. Usul supaya mesyuarat PMUKM dijalankan secara berkala iaitu sebulan dua kali dan juga mesyuarat PMUKM bersama Lembaga Pengurusan Universiti diadakan dua bulan sekali bagi membincangkan khusus mengenai permasalahan dan kebajikan mahasiswa/i UKM.
Ini antara usul yang penting kerana melalui mesyuarat MPP inilah, masalah mahasiswa akan ditimbulkan dan diperbincangkan yang seterusnya menghasilkan satu keputusan. Tetapi pihak GMUKM dimaklumkan bahawa MPP Aspirasi amat takut untuk mengadakan mesyuarat kerana kelantangan dan kehebatan hujah 12 MPP Mahasiswa. Juga takut kerana akan ada lagi usul yang boleh memecah adat mereka selama ini yang selalu duduk di bawah telunjuk pihak tertentu. GMUKM nasihati kepada MPP Mahasiswa sekiranya pihak MPP Aspirasi tidak melaksanakan mesyuarat 2 kali sebulan, maka MPP Mahasiswa boleh mengadakan mesyuarat MPP sendiri dan segala keputusan itu mengikat MPP Aspirasi yang tidak hadir.
6. Memansuhkan jawatan senator yang terdiri daripada calon calon yang kalah dalam pilihanraya kampus yang lalu atau sesiapa sahaja yang dilantik oleh Presiden PMUKM daripada didktiraf sebagai ahli mesyuarat PMUKM sepertimana calon yang menang.
Sebelum ini memang ada ura-ura untuk melantik calon Aspirasi yang kalah. Antara nama-nama yang disebut ialah Saudara Hazwan Hamidun. Dikatakan bahawa tujuan perlantikan bekas calon kalah Aspirasi di FUU ini adalah untuk mematahkan hujah MPP Mahasiswa yang berlatari peraturan dan peruntukkan undang-undang. Di peringkat MPP Mahasiswa sendiri, seramai 3 orang MPP (Phoon Kar Liang, Hisyamuddin Che Ali dan Fikah Sanusi) berlatarbelakangkan pendidikan undang-undang. Mereka inilah yang selalu bercakap soal hak MPP melalui penghadaman peraturan mesyuarat dan AUKU serta perlembagaan UKM. Jadi langkah cetek diambil oleh pihak Aspirasi dengan cuba mewujudkan satu jawatan Senator untuk melawan hujah-hujah MPP Mahasiswa. Sedangkan sepatutnya mereka seramai 21 orang MPP Aspirasi perlu belajar dan hadam peruntukan undang-undang sebelum masuk ke dalam mesyuarat untuk berhujah dengan MPP Mahasiswa. Bukannya melantik Senator untuk dibawa masuk ke dalam meting MPP.
0 comments:
Post a Comment