Selepas Pilihan Raya Kampus melabuhkan tirainya, kini mahasiswa bakal melangkah masuk ke musim peperiksaan akhir tahun. 1 event besar untuk dijayakan dengan cemerlang, dan pastinya menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh aktivis Gabungan Mahasiswa (Pro-Mahasiswa UKM).
Buat pengetahuan anda semua, bilangan mereka sebenarnya tidak ramai jika hendak dibandingkan dengan populasi keseluruhan mahasiswa di UKM ini. Hanya sekitar 7 % sahaja. Tetapi mengapa mereka begitu tegar dan istiqamah dengan gerak kerja mereka? Bagaimanakah mereka dapat semangat dan kekuatan sebegini? Adakah mereka dihidangkan dengan habuan duit dan kuasa?
PELIK BETUL MEREKA NI.APA TIDAK PELIKNYA, ketika anda sedang bersengkang mata mengulangkaji pelajaran setiap malam, ketika itu lah "mereka" menghadiri mesyuarat, mengadakan sesi "brainstorming", membincangkan permasalahan kampus, memerah otak dan tenaga untuk merealisasikan penyelesaian dan sebagainya. Mereka sedar bahawa jika mereka tidak melaksanakan amanah ini, siapa lagi yang mahu peduli?
TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA? APA TIDAK PELIKNYA, bila orang lain sudah masuk tidur, waktu itulah mereka baru pulang ke bilik/rumah sewa masing-masing. Penatnya badan, hingga terasa nak tumbang terus di atas tilam yang empuk. Tetapi mereka sedar mereka perlu kuat dan berkorban. Kewajipan sememangnya lebih banyak dari masa, dan setiap masa bagi mereka adalah ibarat harta yang tidak ternilai. Mereka gagahi juga kudrat mereka untuk menyiapkan assignment dan mengulangkaji pelajaran.
TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika orang lain sedang bermimpi indah, mereka tersengguk-sengguk menelaah. Tanpa sedar, mereka kadangkala tewas kepada hak badan mereka, lalu terlena di atas meja studi masing-masing atau tidur bergelimpangan di atas tikar rotan. Berdengkur kuat, sekuat kualiti perjuangan mereka. Anda mungkin lena tidur di atas tilam empuk, bantal empuk dan bantal peluk, sambil menyumbat MP3 di telinga.
TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika orang lain bangun lambat, mereka bangun awal setengah jam sebelum masuk waktu solat subuh, menggigil membersihkan badan untuk bersunyi-sunyian dengan Pencipta, sebagai tanda syukur atas segala nikmat-Nya terhadap mereka. Murah sekali air mata berguguran tatkala bertemu dengan-Nya, hingga tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan ummat dan tertegaknya Islam di
TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika anda menjamu selera di kafeteria, mereka ketat mengikat perut, dan ada yang berpuasa sunat kerana wang sudah banyak dihabiskan untuk biaya aktivitas mereka. Wang PTPTPU ataupun JPA sudah kering kontang, setelah ditolak untuk pembayaran yuran pengajian. Harga minyak naik, barang naik, makanan naik, tambah memeritkan. Tetapi mereka tidak pernah mengeluh, dan tidak cemburu dengan kemewahan anda saban hari. Kerana mereka merasa cukup dengan janji-Nya.
TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, pada hujung minggu. ketika anda seronok berjalan-jalan dengan kekasih masing-masing, mereka mengira setiap syiling untuk disumbat dalam mesin tiket LRT, kerana ada tugasan dakwah perlu diutamakan. Mereka meraba-raba duit kertas untuk mengisi barang seringgit dua petrol ke dalam tangki motosikal. Sanggup menahan lapar dahaga bagi memastikan duit cukup untuk tambang pergi dan balik. Ketika mereka keletihan melunaskan tuntutan perjuangan, anda sedang lahap menikmati Burger Zinger di KFC sehingga kembung perut.
TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA? PELIK SUNGGUH manusia macam ni. PELIK bin AJAIB.Tetapi, yang tambah PELIK ialah, masih ada segolongan pihak yang menolak dan menentang perjuangan mereka. Mereka yang menentang itu, berkorban pun liat, akhlak pun masih kurang, tetapi ada hati mahu menabik dada bahawa mereka adalah di pihak yang benar. Lucu, sungguh lucu.
Dipetik daripada http://gmkkl.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment