Salam perjuangan rakan seperjuangan semua
Hanya tinggal 19 hari sahaja untuk SAMBUTAN MEI 1, 2009.
Kerja -kerja awalan semua telah dimulakan. Pada masa sekarang deklarasi Sambutan Mei 1 , 2009 yang bertemakan Krisis Ekonomi : Selamatkan Pekerja Bukan Kroni dalam pengedaran untuk endorsement.
Tolong berikan sokongan anda untuk Deklarasi Mei 1, 2009 secepat mungkin. Tarikh akhir untuk endorsement ialah pada 12/4/2009. Tolong email endorsement anda kepada jerit2002@gmail. com atau jawab kepada email ini.
Sambutan Mei 1 2009, akan diadakan di Dataran Seremban, Negeri Sembilan.
Untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja Sambutan Mei 1, sila hubungi Nalini M : 0126529491 atau Tinagaran 014-3389041
Salam perjuangan
Kohila Sekretariat DEKLARASI MEI 1, 2009
Tahun 2009 ; Dunia dan negara sekali lagi dilanda Krisis Ekonomi yang dashyat yang akan menyebabkan lebih 50 juta warga pekerja dunia hilang pekerjaan, kemiskinan meningkat dan penindasan berleluasa. Dalam masa yang sama ramai juga rakyat bangkit menuntut kebebasan dari penindasan ini dan menyuruh kerajaan dan kapitalis bertanggungjawab terhadap krisis ini dan menyelamatkan pekerja di setipa pelusuk dunia. Krisis ekonomi yang kita hadapi sekarang adalah yang paling teruk sejak 1930 . Eksport Negara jatuh hampir 30%. Harga komoditi penting seperti minyak, gas dan kelapa sawit turuin di pasaran dunia.. Ini bermakna pendapatan negara berkurangan. Harga barangan dan perkhidmatan asas pula melambung tinggi tanpa kenaikan gaji! Dijangka lebih 1 juta pekerja akan hilang kerja di Malaysia. Kadar pengangguran pula dijangka berganda 2 kali dari 3.1 di tahun 2008. Ini juga bererti hampir 60% keluarga di
Apakah jalan penyelesaian daripada pihak kerajaan? Suntikan wang 67 billion untuk mengurangkan impak kegawatan. Malangnya ianya tidak disalurkan terus kepada rakyat. Hanya 2 billion diperuntukkan untuk latihan kemahiran dan peluang pekerjaan, manakala sektor swasta menerima 29 billion! 7 billion pula diberi kepada Valuecap, untuk pastikan saham di Bursa Saham tak jatuh – ertinya 7 billion wang rakyat digunakan untuk membela peniaga-peniaga yang main judi di Bursa Saham. Jelas sekali, kerajaan
Krisis ekonomi bukanlah benda yang baru. Ia merupakan kesan daripada sistem kapitalisma yang tidak terancang. Setiap 10 tahun sekali, ia akan melanda dunia dan membawa kesengsaraan kepada rakyat. Cukup sudah dengan penindasan dan kegagalan sistem kapitalisme ini. Rakyat harus menolak kapitalisma yang telah gagal berulang kali. Akibat kegagalan sistem kapitalisme ini ramai pekerja telah terkorban kerana menentangnya, namun perjuangan tidak terhenti kerana penindasan masih berterusan. Mei 1, 2009, adalah ulang tahun kebangkitan kaum pekerja 123 tahun yang lalu.
Jadi, Hari Pekerja, 1 Mei 2009 yang menjadi lambang kebangkitan kaum rakyat pekerja terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita dan ia harus disambut dengan semangat solidariti! Inilah masanya kita bersatu dan menyuarakan kepada kerajaan tuntutan-tuntutan kaum pekerja.
1. Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera – Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
2. Pastikan Pakej Stimulus kepada projek yang benar-benar memberikan pekerjaan kepada rakyat
3. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .
4. Berikan tanah untuk Pertanian kepada pekerja yang hilang kerja untuk memulakan aktiviti pertanian .
5. Berikan Catuan Makanan – membekalkan makanan asas kepada keluarga-keluarga yang hilang pendapatan.
6. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui cukai baru seperti GST
7. Tunaikan Manifesto Pilihanraya terutamanya cuti bersalin, gaji minima, faedah persaraan dan lain-lain janji yang mengurangkan beban kaum pekerja.
8. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah.
9. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.
10. Pengisthiharan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.
11. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.
12. Hak saksama kepada pekerja migran dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak majikan, polis, RELA dan imigresen.
13. Polisi ekonomi yang tidak berdasarkan diskriminasi kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan . Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.
14. Hentikan rundingan semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan EU dan Amerika dan libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
15. Hentikan pengusiran paksa dan hormati hak perumahan Peneroka bandar. Mansuhkan Ordinan Darurat (Pembersihan setinggan 1969). Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.
16. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital.
17. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
18. Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswa (JKMI)
0 comments:
Post a Comment