Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, April 11, 2009

Mahasiswa Perlu Mencabar

Mahasiswa perlu sentiasa persoalkan ke mana perginya duit mereka. Selalunya yuran pengajian dan kolej akan naik apabila berlakunya pertambahan dari sudut aktiviti JAKSA dan PMUKM. Inilah hakikat yang perlu diterima oleh mahasiswa. Mereka diminta untuk menyerahkan wang hasil penat lelah ibu bapa mereka, hasil hutang melalui PTPTN mahupun biasiswa yang dilihat pada kacamata baik tetapi akan menyebabkan mahasiswa terikat dengan kontrak untuk bekerja dengan pemberi biasiswa tersebut.


Mahasiswa ada hak untuk bertanyakan ke mana menghilangnya duit mereka. Mereka bukannnya budak sekolah yang apabila disuruh guru untuk membayar buku kerja atau buku nota, akan meminta ibu bapa untuk bayarkan tanpa ada seribu satu persoalan. Tetapi kita adalah mahasiswa, satu langkah lagi dalam menuju alam pekerjaan. Yang akan menjadi seorang yang matang dan mendirikan rumah tangga Kita perlu tanya ke mana hilangnya duit kita. Untuk meneliti kemana hilangnya duit kita, elok kita pergi satu persatu yuran yang dikenakan untuk aktiviti yang subjektif, bukannya seperti yuran wireless dan bilik kediaman yang nampak di depan mata.

Bayaran RM 100 untuk JAKSA Kolej setiap Semester.


Bayangkan semua, satu penggal pemerintahan JAKSA sahaja, mereka dapat mengumpulkan RM 100,000 (500 X RM 100.00 X 2), jika 500 penghuni kolej membayar RM 100 sebanyak dua semester. Wow! Seratus ribu. Bukannya satu ribu. Bukannya seratus ringgit. Banyak. Boleh beli dua buah kereta wira secara cash, ataupun duit penerbangan pergi balik Jakarta sebanyak 200 orang, ataupun dapat beli laptop 40 biji bagi laptop yang berharga RM 2,500. Terfikirkah kita bahawa duit sebanyak itu, adakah berbaloi dengan majlis makan malam semata-mata, atau program ciput dua–tiga yang hanya focus pada pelajar baru, ataupun karnival kolej yang hanya berlangsung dua-tiga hari sahaja?


Bukannya GM hendak hentam pihak JAKSA, tetapi mereka mesti ingat bahawa duit itu amanah mahasiswa. Duit hak mereka. Marahkah kita kalau orang ambil duit kita dan gunakan sewenang-sewenangnya. Kalau 10 sen takpelah tetapi sekiranya RM 100 setiap semester, kalau duduk di Kolej tiga tahun ( 3 tahun bersamaan 6 semseter X RM 100 : RM 600!) atau empat tahun (4 tahun bersamaan 8 semester X RM 100 : RM 800!), amatlah banyak sekiranya dikumpulkan. Amat malang bahawa mahasiswa tidak persoalkan ke mana hilangnya duit itu. Lebih malang lagi kenapa tiadanya Mesyuarat Agung Tahunan JAKSA. Kalau persatuan sekecil Kelab PEMADAM UKM pun ada AGM, kenapa JAKSA di setiap kolej tidak mempunyai AGM. Adakah mereka kebal daripada diaudit oleh mahasiswa, yang membayar RM 100 setiap semester kepada mereka.
Adakah mereka ingin berlagak, sedangkan mahasiswalah yang menyumbang kepada gerak kerja mereka. Sudahlah JAKSA ini tinggal di Kolej free sepanjang mereka memegang tampuk pemerintahan JAKSA. Diulangi percuma. Kalau yuran RM 650, mereka untung sebanyak RM 1,300. Banyak bukan. Sudahlah mereka mendapat baju percuma dan juga keistimewaan-keistimewaan lain. Sedangkan mahasiswa penghuni kolej, ada yang terpaksa berlapar di hujung semester apabila kehabisan duit pinjaman dan biasiswa akibat kos sara hidup di kolej terutamanya café yang tinggi, hasil kealpaan dan keenganan JAKSA yang dibayar oleh penghuni kolej ini untuk berjuang demi kebajikan mahasiswa. Di sini disenaraikan satu persatu kegagalan JAKSA berfungsi sebagai Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi


1. Gagal membendung kenaikan yuran kolej kediaman yang sentiasa meningkat saban tahun


2. Gagal melindungi mahasiswa yang dibuang kolej


3. Gagal mendesak pihak pentadbiran untuk menghalang perbuatan zalim kepada mahasiswa


4. Gagal menganjurkan program yang setimpal dengan nilai RM 100 setiap semester yang dibayar oleh penghuni kolej


5. Gagal menjaga keselamatan di Kolej yang menyebabkan mahasiswa dizalimi kali kedua apabila harta barangan mereka dicuri oleh pencuri


6. Gagal memaklumkan kepada penghuni kolej ke mana menghilangnya RM 100 yang dibayar oleh mahasiswa


7. Gagal bersikap menjaga kebajikan apabila mahasiswa ditimpa musibah


8. Gagal menjadikan diri dipilih oleh suara majoriti penghuni kolej melalui pemilihan JAKSA di dalam mesyuarat Agung, yang mahukan pemimpin berkaliber dan bersih daripada jenayah.


9. Gagal pertahankan hak mahasiswa untuk tidak memerlukan sticker kenderaan RM 5 seperti di KPZ dan KIY


Inilah yang dikatakan satu kezaliman apabila duit mahasiswa dipandang tidak bernilai oleh JAKSA. Berubahlah sebelum rebah. Memang ada JAKSA yang simpati pada perkara ini tetapi mereka tidak berani untuk bersuara kerana mereka takut pada individu-individu tertentu. Jadi jalan penyelesaian untuk menutup pandangan mahasiswa bahawa anda tidak berintegriti, adalah dengan membentangkan laporan kewangan yang beraudit kepada penghuni kolej di dalam AGM walaupun dalam masa dua jam sahaja. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


Yuran Persatuan Mahasiswa Pelajar (PMUKM) sebanyak RM 20.00 setiap semester.


Selain yuran aktiviti JAKSA, mahasiswa turut dibebankan dengan yuran aktiviti PMUKM. Ianya bernilai sebanyak RM 20.00 setiap satu semester. Dan dari sudut mata kasar, nilai RM 20.00 bukannya banyak kalau dipandang seimbas lalu. Tetapi tahukah anda bahawa RM 20.00 itu boleh anda Photostat dua buku rujukan yang berharga RM 10 setiap satu. Itu belum lagi dikira apabila kita berada di UKM selama 3 atau 4 tahun. Bayangkan kalau 4 tahun ( 4 tahun bersamaan 8 semseter X RM 20.00 : RM 160.00) atau 3 tahun ( 3 tahun bersamaan 6 semseter X RM 20.00 : RM 120.00). Memang banyak nilai ini. Belum dikira apabila didarab dengan jumlah pelajar prasiswazah di UKM seramai 25 000 orang. PMUKM akan dapat dalam satu tahun sebanyak ( RM 20.00 X 2 semester X 25 000 orang pelajar : RM 100,000.00 – Satu ratus ribu. Bayangkan mahasiswa semua. Mereka mendapat RM 100,000 dengan mudahnya.


Persoalan di sini ialah terlalu banyak duit yang mereka perolehi. Sudahlah PMUKM ini mendapat kolej free sepanjang satu tahun. Amat banyak sedangkan mahasiswa terus tersepit dalam isu beban ekonomi mereka. Mengikut maklumat yang GM perolehi daripada MPP GM, PMUKM baru-baru ini telah menempah blazer, seluar slack dan baju batik baru di sebuah butik mewah di Kajang yang mencecah RM 600.00 seorang. Bayangkan mahasiswa sekalian. Sudahlah dapat kolej free, makan free jika ada jemputan, dapat berkursus di hotel resort tiga bintang, duit panjar runcit PMUKM dan berbagai keistimewaan lain.


Lebih dahsyat lagi, duit RM 100,000 ribu ini tidak diaudit oleh badan khas dan mahasiswa tidak tahu ke mana menghilangnya duit ini kerana ketiadaan AGM. Ini satu perkara yang malang. 12 MPP GMUKM pun tidak boleh masuk ke dalam mesyuarat PMUKM kerana mereka bukannya ahli PMUKM, inikan pula mahasiswa yang pasti dipandang lekeh oleh PMUKM Aspirasi ini. Jauh sekali medapat duit panjar runcit yang dikhaskan kepada PMUKM apabila menjalankan sesuatu melibatkan PMUKM. Contohnya duit minyak kereta apabila pergi ke seminar di luar UKM atas kapasiti wakil PMUKM.


Mahasiswa perlu sedar kezaliman ini. Duit mereka selalu diambil untuk tujuan tidak berfaedah. Dengar cerita daripada MPP GM, PMUKM pada tahun ini akan ke China dan Negara-negara membangun lain. Nak dijadikan cerita apabila ingin mendiamkan MPP GM, mereka melantik MPP GM sebagai AJK Lawatan Luar Negara ini dan menjadi peserta bersama 21 MPP Aspirasi. Nasib baik MPP GM melawan program membazir ini


Dan menolak bersekongkol menganjurkan aktiviti ini kerana ia melibatkan peruntukkan yuran pelajar kepada PMUKM. Kalau inilah selalu dilakukan oleh MPP Aspirasi, tidak hairanlah setiap tahun kedengaran mereka mencuri duit pelajar melalui peruntukan PMUKM. Sepanjang satu semester ini, mereka gagal juga menjaga kebajikan mahasiswa walaupun mendapat cukai token RM 20 daripada mahasiswa seramai 25 000 di UKM ini. Antara kegagalan PMUKM yang hanya terdiri daripada MPP Aspirasi ini ialah :


1. Gagal menjaga kebajikan kesuluruhan mahasiswa di kampus terutamanya dalam isu yuran dan keselamatan


2. Tiada program langsung yang dibuat oleh PMUKM Aspirasi yang berbentuk umum dan intelektual berbanding MPP GM yang menganjurkan forum wacana, bicara siswa dan sesi dialog dengan mahasiswa untuk mendengar masalah mereka


3. PMUKM Aspirasi gagal menjadi orang pertama tiba di tempat mahasiswa ditimpa musibah dan mereka lebih suka mendiamkan diri apabila mahasiswa dalam kesempitan


4. PMUKM Aspirasi hanya sekadar cakap sahaja, tetapi tidak mengotakan apa yang dikatakannya.

5. PMUKM Aspirasi lebih suka kepada MPP Kepopularan dan tidak menjadi MPP kepada mahasiswa itu sendiri. Buktinya, mereka lebih utamakan kepentingan diri apabila tak sampai dua bulan menduduki pejabat PMUKM, habis kerusi meja ditukar kepada yang baru


6. PMUKM Aspirasi tiada halatuju yang jelas. Mereka tidak tahu apa perlunya menjadi pemimpin. 6 Usul kebajikan yang diluluskan oleh mesyuarat MPP telah dibakulsampahkan oleh mereka


7. Mereka tidak boleh membuat keputusan sendiri. Setiap perkara akan dirujuk kepada penasihat tetap mereka, bekas orang kuat Aspirasi di Burhan dan ahli BTN.8. Mereka sukar hendak dijumpai di fakulti dan tidak mesra kepada mahasiswa. Buktinya Presiden PMUKM pada tahun ini amat lemah dari sudut PR dan kurang menonjol sebagai pemimpin pelajar tertinggi UKM.

Jadi mahasiswa, anda boleh berfikir siapa yang layak menjadi pemimpin mahasiswa, Aspirasi atau GMUKM. Harap mahasiswa berfikir secara matang. Jangan biarkan anda terus ditipu bulat-bulat oleh Aspirasi. Kita wajib tuntut hak kita di kampus. Jangan jadikan diri kita seperti budak sekolah. Kita mahasiswa, golongan dewasa yang mempunyai nilai tinggi di sisi masyarakat dan akan mencorakkan perjalanan Negara pada masa hadapan. Ingatlah bahawa sekiranya kita terus berdiam diri, maka sampai bila-bila kita akan terus dihina dan diperbodohkan oleh Aspirasi yang bukannya pemimpin mahasiswa sejati.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !