Pada tanggal 1 Mei setiap tahun, semua buruh di seluruh dunia akan menyambut perayaan hari buruh. Dan pada tahun ini juga, sempena 1 Mei 2009, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) ingin mengambil peluang bagi mengucapkan selamat Hari Pekerja buat seluruh warga kerja negara. Daripada para eksekutif, doktor, peguam, pensyarah hinggalah kepada buruh kasar, sememangnya bakti anda dalam membangunkan negara merupakan satu pengorbanan yang besar yang tiada bergalang ganti.
Terutamanya semua staff akademik mahupun pengurusan varsity kita sayangi, selamat menyambut hari pekerja. Jasa anda dalam membangunkan UKM dengan nilai keintelektualan dan professional amat kami hargai dan junjungi.
Dalam kekangan massa yang menghimpit dan ditengah-tengah kemelut menolak krisis ekonomi ke tahap yang dibimbangi hingga ke tahap great depression awal 30 an dahulu, ditambah dengan menularnya wabak selesma khinzir di seluruh ketika ini, namun gerak kerja buruh demi negara wajar diteruskan. Hakikatnya, semua buruh adalah merupakan jantung kepada kehidupan kita di bumi Malaysia. Tanpa mereka, maka tidak akan lahirlah Negara seperti hari ini walaupun tidak mencapai tahap maju, sekurang-kurangnya Negara kita terus membangun dan terus impikan satu perubahan.
Pada hari ini, mahasiswa selaku task force kepada pihak kerajaan dan pembangkang, ingin bertanya kepada semua buruh di Malaysia. Adakah mereka berpuashati dengan gaji dan pendapatan mereka berbanding wang yang perlu keluar setiap hari demi meneruskan survival hidup.
Mahasiswa lihat perlu adanya satu nada yang ampuh dan bersatu bagi mengangkat tinggi garis purata gaji asas ke mata yang melebihi RM 1500 atau lebih dari itu. Sememangnya fakta jelasa bahawa ganjaran hidup golongan pekerja hari ini tidak setimpal dengan modal yang perlu mereka bayar bagi keluar bekerja dan menjalani kehidupan setiap hari.
Oleh itu GMUKM berharap agar adanya satu lonjakan paradigma para buruh untuk menyuarakan hak mereka. Sama ada melalui piket, memorandum, ataupun hak mereka dalam Akta Kesatuan Sekerja 1966.
Ayuh!!! Bangunlah semua pekerja yang ditindas haknya…cubalah berfikir untuk berubah dan membuat perubahan…hak anda dijamin oleh undang-undang..ayuh kita bersatu bersama mahasiswa untuk bangunkan negara dengan satu hasrat untuk memberikan keadilan kepada semua. Selamat hari pekerja buat seluruh tenaga buruh di Malaysia dan seluruh dunia.
Hisyamuddin Che Ali
Pengerusi GMUKM 2009/2010
0 comments:
Post a Comment