“ Kami MPP Aspirasi membantah keras pembayaran sticker RM 5 yang dikenakan kepada pelajar Za’ba”. Sebelum kita membaca lagi tulisan ini, jom kita ramai-ramai ketawa 10 kali melihat flyers yang diedarkan oleh Aspirasi di tempat-tempat seperti KIY dan KPZ itu sendiri. Ketawa kerana kelakar mengenangkan perangai Aspirasi yang tidak konsisten memperjuangkan hal ehwal siswa di Kolej Pendeta Za’ba. Secara faktanya, sticker RM 5 itu telah dikenakan oleh Hal Ehwal Pelajar Kolej Pendeta Za’ba semester yang lalu. Sticker ini kalau warga Za’ba boleh sahkan, yang mempunyai lambing L. Masalah pokoknya ialah kenapa dulu mereka tak perjuangkan? Kenapa apabila pihak Kolej Al-Kausar nak kenakan sticker tersebut, geng-geng Aspirasi yang didalangi oleh JAKSA Za’ba ini tidak kerauan. Adakah kerana MPP Mahasiswa yang aktif turun
Berbalik kepada persoalan pokok tadi, mengapa semasa HEP KPZ menguatkuasakan peraturan cas sticker sebanyak RM 5, JAKSA dan bekas PMUKM dulu tidak melenting. Setahu GM, dulu ramai MPP yang tinggal di KPZ. Adakah kerana pihak Al-Kauthar yang buat, mereka berani melawan kerana mereka takut kepada HEP KPZ yang ibarat tokey mereka. Bagi GM, kami melihat isu ini perlu diterangkan secara jelas kepada mahasiswa. Sememangnya kami membantah pelaksanaan stiker RM 5 itu dikenakan kepada mahasiswa. GMUKM melalui MPP Mahasiswa akan menghantar memorandum atas perkara tersebut. Tetapi MPP kami telah menemui pihak Pengurus Al-Khautar dan telah diterangkan secara jelas oleh mereka bahawa stiker RM 5 itu digunakan untuk mengelakkan kesesakan parking di KPZ. Alasan kedua ialah untuk menggunakan duit tersebut untuk membina parking berbumbung di KPZ. Bagi kami, alas an pertama tidak logic untuk digunakan sebagai hujah kerana bagi kami, untuk elakkan kesesakan parking di KPZ, ia perlukan kerjasama dengan wisma aman dan juga kempen kesedaran tentang peraturan Wisma Aman. Juga boleh meletakkan papan tanda tentang amaran meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Ini adalah langkah alternatif untuk mengelakkan mahasiswa membayar RM 5 semata-mata untuk atasi masalah kesesakan lalu lintas ini.
Bagi alas an kedua, untuk membayar parking berbuimbung, pihak GMUKM mencadangkan bahawa duit yang dibayar kepada JAKSA sebanyak RM 100 perlu diberikan sedikit kepada pembinaan parking berbumbung ini. Sekiranya JAKSA amat berperanan dalam menjaga kebajikan penghuni kolej, mereka boleh membayar RM 5 daripada RM 100 iaitu yuran aktiviti JAKSA sebagai dana parking berbumbung bagi penghuni Za’ba. Itulah langkah terbaik. Sepatutnya JAKSA berdikari mencari duit sendiri, sama seperti persatuan-persatuan lain, Bukannya selalu disuap seperti bayi yang baru dilahirkan. JAdi sekiranya JAKSA benar-benar jawatankuasa Kebajikan, anda perlu membela nasib mahasiswa yang terpaksa membayar lebih wang semata-mata anda tidak menjaga hak pribadi penghuni kolej kediaman itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment