Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

PMUKM : Save Lahad Datu


Insiden pencerobohan tentera asing di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini telah menarik perhatian ramai khususnya mahasiswa/i UKM sendiri. Pelbagai reaksi serta pandangan dilontarkan oleh segenap lapisan masyarakat.
GMUKM turut melahirkan rasa simpati serta berdoa agar insiden yang menimpa masyarakat di Lahad Datu dapat diselesaikan segera dan tidak berlarutan. Takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu beberapa hari lepas.

Kutipan Sekitar FSSK
Kutipan Sekitar FST
Beberapa hari lepas, sebagai Persatuan Induk yang berinisiatif, PMUKM dengan kerjasama PERMIS telah melancarkan Tabung Misi Bantuan Tragedi Di Lahad Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Tahniah kepada PMUKM yang cakna dan prihatin. Pihak GMUKM memuji serta melihat usaha ini sebagai tanda kebersamaan kita mahasiswa/i UKM dalam insiden yang berlaku.

MPP FST Marwan Mohd Khir
MPP FST Afiah Nasuha Bt Aznan
Justeru itu, GMUKM menyeru supaya rakan-rakan mahasiswa/i untuk turut memberikan sumbangan dalam tabung Misi Bantuan tersebut. PMUKM kerjasama dengan Persatuan Anak Negeri Sabah (PERMIS) akan menjalankan kutipan sumbangan kepada keluarga mangsa bermula pada:
Tarikh : 4 – 8 Mac 2013
Masa : 11.00 PG – 3.00 PTG
Tempat : UKM dan sekitar Bandar Baru Bangi
Berikut adalah jadual perjalanan Kutipan Sumbangan mengikut Kampus;
Kampus Bangi,
Isnin : FST
Selasa : FSSK
Rabu : FEP, FPEND
Khamis : FUU, FTSM, FKAB
Jumaat : FPI
Kampus KTSN & KTDI,
Selasa - Khamis


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, April 21, 2011

Apa khabar MPM kini ?

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat rakan-rakan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) khususnya kepada barisan Exco dan Majlis Tertinggi (MT) PMUKM yang bertungkus-lumus sejak awal pengisytiharan kemenangan pada malam 21 Februari yang lalu dan sehingga kini sudah genap dua bulan.

Pelbagai aduan dan isu kebajikan rakan-rakan mahasiswa berjaya diselesaikan atau sekurang-kurangnya berjaya dikendalikan dengan langkah yang terbaik biarpun dikekang oleh faktor keupayaan dan masa seorang individu bergelar MPM.

Sekadar contoh isu yang selama ini membelenggu rakan mahasiswa seperti masalah air telah diusahakan oleh MPM Faizal dan Harith (baca berita di sini); isu kafe oleh MPM Aida (berita di sini dan sini); isu pembuangan kolej oleh MPM Izzuddin (baca berita di sini dan sini) serta terbaru isu anjing yang berkeliaran di UKM oleh MPM Fahmi (baca berita di sini).

Malah, isu-isu berbangkit di fakulti-fakulti juga tidak dilupakan apabila kebanyakan MPM fakulti yang memperoleh mandat segera mengusahakan langkah penyelesaian bersama pihak pentadbiran fakulti sebagaimana yang diusahakan MPM Ezuan, Ikram dan Amalina ini.

Juga tidak kurang usaha pembudayaan keilmuan & keintelektualan sebagaimana yang menjadi Dasar Gabungan Mahasiswa selama ini turut berjaya diimplementasikan oleh PMUKM melalui Biro Akademik & Keintelektualan PMUKM melalui program Suara Kampus : Dilema Jepun - Antara Tsunami & Nuklear dan terbaru rombongan ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 (KLIBF'2011)

Apapun, Gabungan Mahasiswa UKM mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan PMUKM yang pada kali ini benar-benar mengotakan apa yang dikata. Gabungan Mahasiswa UKM juga bersedia pada bila-bila menyokong dan mendokong program-program yang bermanfaat buat semua rakan mahasiswa UKM samada di Kampus Induk Bangi, Kuala Lumpur dan Kampus Perubatan Cheras.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

Monday, April 18, 2011

Segera buat rayuan kolej - MPM Izzuddin

Wartawan GMUKM sempat menemui saudara Izzuddin Pisol untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu pembuangan kolej  biarpun  kini merupakan fasa mahasiswa-mahasiswi UKM  berjuang di meja peperiksaan

Dalam pertemuan ringkas tersebut,saudara Izzuddin yang merupakan Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM sesi 2010-2011 memaklumkan hasil perjumpaan dengan pihak pengurusan kolej-kolej, kebanyakan pihak pengurusan kolej kediaman bersetuju untuk membuka ruang untuk rakan-rakan mahasiswa membuat rayuan tetapi tidak menjanjikan apa-apa kerana kedapatan sesetengah kolej kediaman yang sedang melakukan pengubahasuaian bangunan disamping terpaksa menunggu kemasukan mahasiswa baru pada bulan September nanti.

" Usaha daripada pihak PMUKM (untuk membantu) adalah membawa permasalahan ini kepada pihak (pentadbiran) kolej. Selepas ini,kita hanya boleh menunggu apa respon daripada (pihak pentadbiran) kolej.

" Bukan kita (PMUKM) hendak lepas tangan, tetapi inilah yang selalu timbul (dalam urusan) antara (pihak pentadbiran) kolej dengan 'student'.

" Apa ruang yang ada sekarang, saya (selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan) cadangkan kepada rakan-rakan sekalian, untuk buat rayuan bertulis. Sertakan alasan-alasan yang kukuh dan relevan seperti anda mengalami masalah kesihatan, tiada kenderaan atau apa-apa (alasan) yang boleh meyakinkan anda berhak mendapat penempatan di kolej yang anda kehendaki. Jika timbul juga masalah, sila hubungi kami di Biro Kebajikan & Aduan," tambah saudara Izzuddin lagi.

Untuk rekod, isu pembuangan kolej sering timbul menjelang penghujung tahun pengajian mahasiswa UKM. Tahun lepas pihak GMUKM telah membawa isu ini ke peringkat TNC (HEPA) yang ketika itu Prof Dato' Mohammad Razak tetapi dilaporkan rungutan-rungutan mahasiswa yang didokumentasikan tersebut telah di'bakulsampah'kan oleh pihak-pihak tertentu. Justeru pada sesi kali ini di bawah kendalian Prof Ir Dr Othman Karim selaku TNC (HEPA) yang dilihat agak 'lunak' mahasiswa agar mengambil serius rungutan-rungutan mahasiswa tersebut.

Untuk makluman juga, hasil pertemuan rasmi dengan mangsa-mangsa pembuangan kolej kediaman yang berlangsung pada hujung bulan lepas juga telah didokumentasikan dan pada bila-bila masa bersedia ke pengetahuan umum sekiranya usaha diplomasi ini yang telah bertemu pihak pengurusan kolej dan ayahanda TNC (HEPA) gagal membuahkan hasil.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

Saturday, April 16, 2011

MPMUKM : Saudara Izzuddin Ulas Isu Kebajikan Mahasiswa

Dalam kesibukan di musim peperiksaan ini mahasiswa UKM mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan, Krew PM-UKM sempat menemubual saudara Izzuddin selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM Sesi 2010-2011.

Antara yang sempat dibincang dan dijelaskan oleh saudara Izzudin atau mesra dikenali 'Abang Din' di kalangan rakan-rakan mahasiswa UKM, termasuklah isu tertangguh seperti pemasangan paip air, haiwan-haiwan liar yang berkeliaran dan rangkaian internet JARING yang lembab di sesetengah kolej kediaman dan beberapa kawasan umum lain di Universiti. Juga isu terbaru, masalah lampu isyarat di pintu masuk utama Universiti tidak berfungsi.

Ikuti temubual yang sempat dijalankan Krew PM-UKM bersama saudara Izzudin di bilik PMUKM semalam.

PM-UKM : Rata-rata mahasiswa UKM hari ini berpendapat PMUKM khususnya Biro Kebajikan & Aduan di bawah kendalian saudara tidak berfungsi dengan baik. Apa komen anda ?

IZZUDDIN : Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan terutama yang banyak memberi pendapat sama ada baik atau kurang baik kepada kami khususnya di bawah biro saya; Biro Kebajikan (dan Aduan). Yang sebenarnya, hendak saya jelaskan bahawa banyak kerja telah dilakukan oleh ahli biro saya, tetapi mungkin kurang di'publish'kan (menyebabkan) maka kerja-kerja kebajikan 'ni 'tak nampak (oleh) rakan-rakan.

Pihak Biro Kebajikan (dan Aduan) ini untuk makluman rakan-rakan, (sebenarnya) hari-hari ke JPP (Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM); sehinggakan sudah 'familiar' dengan staf dan orang-orang di sana. Berbagai laporan 'dah dilaporkan; isu anjing, kera-monyet, isu air, serta JARING. Tetapi seperti biasa, kita dimaklumkan kerja-kerja dalam proses. Dan ada yang akan diselesaikan dalam waktu cuti semester nanti, seperti haiwan-haiwan liar tu. Masalah JARING pula, masalah yang berlaku adalah sekali-sekala. Ada waktu yang memang tinggi ; high-load istilahnya. Tapi ada masa, OK pula 'connection' nya. Itu yang jadi masalah untuk pihak JPP untuk atasi. Tetapi sebagai langkah penambahbaikan, sudah banyak 'router' ditambah di beberapa lokasi yang menjadi tempat tumpuan (mahasiswa). Dan isu air, memang saya minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan yang ada masalah air dalam musim-musim 'exam' ini. Tapi apakan daya, pihak JPP pun sekadar respon "masih dalam proses" , walaupun dulu dijanjikan dulu bulan 4 ni akan diselesaikan. Tapi apa hendak buat, saya minta maaf banyak-banyak. Masalah ini sudah (dirujuk dan dibawa ke) peringkat pentadbiran.

PM-UKM : Bagaimana pula isu terkini, lampu jalan di simpang masuk pintu utama UKM. Apa tindakan Biro Kebajikan & Aduan ?

IZZUDIN : OK, bagi isu 'traffic light' tu, saya sudah bawakan awal minggu lepas, berhubung dengan Encik Saiful di JPP. Dan pihak JPP bagitahu, mereka sudah rujuk kepada pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Pihak JKR pula maklumkan bahawa 'traffic light' ini sudah lepas dari kontrak tanggungan mereka, maka pihak UKM yang perlu uruskan (sendiri) dengan pihak kontraktor. Dan pihak JPP sudah hubungi kontraktor asal (untuk dapatkan maklumat), dan terkini JPP sudah pun hubungi kontraktor untuk menyelesaikannya.

PM-UKM : Apa punca masalah sebenarnya lampu jalan tersebut ?

IZZUDDIN : Yang dimaklumkan oleh JPP kepada saya, masalah sebenarnya adalah 'control board' bagi 'traffic light' itu. Lampu itu pun sudah 20 tahun, sejak tahun 1990 , yang terakhir diselenggara. Maka masalah itu memang sudah dijangka berlaku. Cuma kita 'tak sangka akan jadi seteruk (begini). Kita jangka mungkin makan masa sehari dua, rupa-rupanya sampai seminggu juga.


PM-UKM : Baik, sebagai penutup, sedikit ulasan saudara Izzudin berkenaan cakap-cakap mahasiswa yang mengatakan Biro Kebajikan & Aduan yang lembab dalam menyelesaikan masalah, dan lebih gemar popular padahal kerja tidak berjalan; bak 'tin kosong'

IZZUDDIN : Saya mewakili rakan-rakan di dalam Biro Kebajikan (dan Aduan) ; saudara Zaim, Mardhiah dan Akma di (kampus UKM) KL memohon maaf sekiranya kami tidak dapat memenuhi semua permintaan rakan-rakan. Tetapi harus diingatkan, dengan kekuatan, dan kuasa yang kami ada agak terhad, maka apa yang kami boleh usahakan, telah kami usahakan. Kami faham situasi rakan-rakan yang 'nak melihat PMUKM sesi kali ini lebih baik daripada yang lepas-lepas, tetapi harap rakan-rakan faham dengan kondisi kami; kekuatan dan kuasa yang kami ada.

Saya secara peribadi hendak juga tunaikan apa saja (kehendak) rakan-rakan, dan selesaikan masalah-masalah (mahasiswa). Tetapi apabila kita bercakap isu kebajikan, mahu tidak mahu kita merujuk balik ke pihak pentadbiran Universiti. Di situ kita selalu hadapi masalah birokrasi. Contoh mudah, isu air, apabila kita rujuk pihak A, pihak A suruh 'refer' pihak B. Pihak B pula suruh 'refer' pihak C. Dan pihak C pula, mudah menjawab, "semua dalam proses."

Bukan untuk beri alasan, tetapi itulah realiti kita hari ini. Kita hendak (beri) yang terbaik, tetapi saya ulang sekali lagi, dengan jumlah kekuatan, tenaga dan kuasa serta masa yang kita ada, kita sudah lakukan yang terbaik. Dan tolong fahami juga bahawa MPP yang ada juga seorang 'student'. Kami juga perlu luangkan masa untuk 'study'. Mungkin rakan-rakan nampak ini sebagai alasan, sebagai dalih kami apabila isu kebajikan dibangkitkan. Tetapi apa pun, saya tidak segan dan malu untuk mengatakan kami sudah mengusahakan yang terbaik; dan dalam masa sama, kami juga mengusahakan yang lebih baik lagi. Cuma harap sedikit pertimbangan daripada rakan-rakan, agar bersabar banyak-banyak terutama yang tinggal di kolej-kolej yang hadapi masalah JARING dan air.

Apa yang saya ingin jelaskan, 'in short word' - kita sudah buat yang terbaik.

Mungkin ada yang kata kita ni 'populis' ; suka cari publisiti. Tetapi apa yang ingin saya maklumkan, kita menganggap semua ini adalah amanah daripada-Nya. Setiap satu tugasan yang diberikan kepada kita adalah amanah, dan akan dipertanggungjawabkan (di Hari Akhirat). Maka, tidak timbul isu kita suka 'mencapab' ; suka cakap kosong; retorik dan lain-lain (kerana kita tahu), yang lebih layak menilai kerja kita adalah rakan-rakan sendiri. Kalau si A tidak suka, takkan kita hendak penuhi semua kehendak si A sampai dia suka kita ? Lebih baik kita lakukan (apa yang terbaik,) buat semua rakan, berbanding kita fikirkan pasal si A tu sampai dia betul-betul suka?

Itu sekadar pandangan peribadi saya. Dan saya harap tidak timbul (isu) GMUKM yang menang pada kali ini suka mencapab. Mudah cakap, kita laksanakan apa yang kita janjikan. Dan rakan-rakan berhak tahu apa yang kami sudah lakukan.

-----------------------------------------------------------

* Daripada maklumat rakan-rakan awal pagi tadi (16 April 2011), lampu jalan (traffic light) masuk pintu utama UKM sudah kembali berfungsi. Sebarang masalah, sila hubungi MPM Izzuddin dalam kadar segera.

Wednesday, March 30, 2011

Perjumpaan Isu Pembuangan Kolej


Tarikh : 30 Mac 2011 - (Rabu - Malam ini )
Tempat : Pentas Tingkat 4, Pusanika UKM Bangi
Masa : 8 - 9 Malam

Jom ramai-ramai hadirkan diri, luahkan isi hati !

Tuesday, March 29, 2011

Pengumuman Segera : Isu pembuangan Kolej

MEMO

Kepada rakan-rakan yang dipindahkan kolej tanpa sebarang sebab yang munasabah, sila datang segera ke bilik PMUKM dan berjumpa dengan ahli-ahli MPM yang bertugas mulai hari ini , atau berhubung terus denganPengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM, MPM Izzuddin di talian 0193759094 , ataupun emel kepada beliau di mpmizzuddin@gmail.com atau ke wall Facebook beliau untuk aduan. Pohon sebaran 

Monday, March 7, 2011

Tahniah Kolej Ungku Omar

Pihak GMUKM merakamkan setinggi penghargaan kepada pentadbiran kolej Ungku Omar diatas sikap rasional mereka dalam merespon isu keselamatan yang pernah dibangkitkan oleh duta Aksis, merangkap MPM UKM ,saudara Muslimah binti Marsi pada 7 October 2010  lepas. Post berkaitan isu tersebut boleh di baca di sini.

Walaupun mengambil masa yang agak lama, namun, pihak GMUKM menghargai usaha yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran kolej tersebut dalam melayani hak mahasiswa. Didalam post tersebut (rujuk link), wartawan GMUKM telah menerima pelbagai aduan berkaitan keselamatan dan kebajikan mahasiswa terutamanya siswi, seperti isu air, kebebasan pelajar siswa memasuki kawasan kolej siswi ,kes kehilangan motor dan keadaan kawasan parking motor yang dikategorikan sebagai tidak selamat.

Keadaan kawasan parking belakang, (berhampiran pusat kesihatan),  yang pada awalnya suram dan sepi, kini terang-benderang dengan kewujudan lampu-lampu di pondok parkingdan di sekitar kawasan tersebut. Keadaan ini amatlah berbeza dengan keadaan sebelumnya yang amat tidak 'mesra mahasiswa' kerana kawasan tersebut yang jauh dari orang ramai, gelap dan berpotensi menjadi kawasan target insan-insan tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kegiatan jenayah.

Pihak GMUKM berharap,langkah baik ini dapat mengurangkan masalah kecurian dan ketidakselesaan yang dialami para siswi khususnya. Namun bagi masalah kebebasan siswa memasuki kawasan siswi, pihak kami masih belum mendapat jawapan yang rigid. Namun pihak kami optimis untuk terus memastikan masalah-masalah disiplin tersebut dibanteras segera. Bagi isu ketiadaan air pula, diantara punca yang dikenalpasti adalah disebabkan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan. Maklumat awal yang kami terima, masalah ini dijangka selesai menjelang bulan April nanti.

Akhir kata, pihak GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM agar dapat menyalurkan sebarang permasalahan, aduan atau kegusaran yang timbul dari segala aspek, demi penambahbaikan kearah kegemilangan varsiti kita yang tercinta ini. sebarang aduan, kritikan atau cadangan bolehlah disalurkan ke gmukm2009@gmail.com atau terus ke laman facebook kami, Gabungan Mahasiswa UKM, atau  MPM UKM 2010/2011 . Lontarkan suara anda, kerana suara anda, tanggungjawab kami.


~berGM lebih baik~

Monday, June 22, 2009

Bersetuju untuk bersetuju atau Bersetuju untuk tidak bersetuju.


Interaksi atau hubungan sesama manusia dalam sesebuah kelompok masyarakat boleh mencetuskan perbalahan, persengketaan, dan pelbagai senario lain. Tanpa garis panduan tentang siapa yang layak mentadbir, menggubal dasar, membuat keputusan atau menghakimi pertelagahan bakal menjerumuskan sesebuah masyarakat ke kancah huru-hara.

Selain bersetuju mengenai kelayakan pihak-pihak tertentu dalam mengurus dan mentadbir hal ehwal sesebuah komuniti, masyarakat juga perlu bersetuju terhadap nilai sepunya yang adil dan sejagat. Termasuklah berkongsi definisi keadilan yang sama, iaitu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Jika masyarakat gagal bersutuju terhadap nilai pegangan yang sama, maka akan timbul kesukaran bagi pihak yang dilantik untuk menguruskan dan membuat keputusan. Pihak yang dilantik juga harus berpegang kepada nilai yang sama supaya konflik antara kedua pihak ini dapat dihapuskan.

Sebagai contoh, nilai warna pada lampu trafik. Semua pengguna lalu lintas perlu bersetuju dan bersepakat bahawa tandaan lampu merah untuk berhenti, kuning untuk berhenti, dan hijau untuk jalan. Jika sebaliknya berlaku, maka konflik lalu lintas akan berlaku sehingga memungkinkan berlakunya kemalangan dan kehilangan nyawa.

Tiada seorang pun yang berhak membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapatkan pandangan semua pihak. Apalagi kalau keputusan itu melibatkan masa depan dan kebajikan orang lain. Manusia perlu pandai membezakan antara meraikan pandangan, mengambil kira pandangan, menerima pandangan ataupun mengendahkan pandangan.

Mahasiswa juga perlu diterima dan diberi kedudukan yang setaraf dengan manusia-manusia lain sekalipun mempunyai ideologi yang berbeza. Mahasiswa berhak menyuarakan pandangan, apalagi dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Artikel ini sebenarnya merupaka respon terhadap desas-desus kenaikan harga kolej, penguatkuasaan sistem generik, peraturan lalu-lintas yang baru, serta perubahan sistem yang akan dijalankan dalam pilihanraya kampus akan datang.

Semua ini perlu kepada perancangan dan kajian menyeluruh sebelum dilaksanakan. Sekiranya pandangan majoriti Mahasiswa tidak diendahkan, maka kemungkinan akan berlaku huru-hara akibat perbezaan nilai yang perlu disepakati bersama.

Tuesday, May 5, 2009

MPP Aspirasi gagal dalam sejarah


Yuran kolej UKM naik

Oleh JUNHAIRI ALYASA

junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bimbang dengan nasib mereka apabila pihak pengurusan kolej di universiti itu berhasrat untuk menaikkan yuran asrama daripada RM490 kepada RM600 bagi setiap semester bermula sesi depan.

Kenaikan yuran tersebut kini menjadi perbualan hangat di kalangan pelajar kerana mereka sudah dibebani dengan kenaikan yuran pengajian sejak tahun lalu.

Malah, kesan kenaikan yuran asrama itu akan turut dirasai oleh 4,000 hingga 5,000 pelajar baru yang dijangka memulakan pengajian mereka tidak lama lagi.

Kosmo! difahamkan, kenaikan yuran asrama itu melibatkan lapan buah kolej kediaman iaitu Kolej Ibrahim Yaakub, Datuk Onn, Aminuddin Baki, Ungku Omar, Burhanuddin Helmi, Rahim Kajai, Ibu Zain, Idris Al Marbawi, Tun Syed Nasir, Tun Dr. Ismail dan Tun Hussein Onn.

Bagaimanapun, pelajar yang menginap di dua buah kolej lagi iaitu Kolej Za'ba dan Keris Mas bakal menikmati penurunan yuran sebanyak RM90 ekoran penyelarasan yuran yang dilaksanakan oleh UKM.

Salah seorang pelajar fakulti undang-undang universiti itu yang cuma mahu dikenali sebagai Munirah mempersoalkan kenaikan yuran tersebut kerana mutu perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar masih rendah.

"Kalau dilihat dari segi keselamatan, keselesaan, kemudahan Internet masih lagi mengecewakan pelajar di sini. Kalau nak naikkan yuran pun kena pastikan semua itu dipenuhi dahulu baru pelajar tidak akan mempersoalkan kenaikan ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, kesan kenaikan yuran pengajian pada tahun lalu masih lagi dirasai oleh kebanyakan pelajar dan ditambah lagi dengan bebanan baru ini menyebabkan ramai pelajar merungut.

"Tahun lepas pelajar baru kena bayar yuran pengajian sebanyak RM750 untuk satu semester berbanding sebelum ini cuma RM550. Sekarang nak naik lagi, saya yakin ramai yang akan pening kepala," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang cuma ingin dikenali sebagai Faizal meminta pihak pengurusan universiti mempertimbangkan semula kenaikan tersebut ekoran kemelesetan ekonomi dunia yang turut melanda negara ini.

"Saya merayu kepada pihak universiti pertimbangkan keputusan yang bakal dilaksanakan itu. Kalau boleh kami juga ingin tahu perincian sebenar yuran yang dibayar pada setiap semester supaya ada ketelusan di antara pelajar dan pihak pengurusan universiti,'' katanya.

- Inilah berita yang dikeluarkan oleh Kosmo ! pada hari ini. Sama-samalah mahasiswa kita bangkit melawan penindasan ini. Kepada MPP Aspirasi, anda memang gagal membela nasib mahasiswa. Anda sebenarnya sudah menjadi kuda kepang yang senang dihayun ke sana sini mengikut telunjuk orang tertentu. Mahasiswa UKM sekarang, beranikah anda untuk melakukan perubahan pada tahun ini? Berubahlah sebelum terus dizalimi oleh pemimpin celup Aspirasi

Tuesday, April 14, 2009

Thursday, April 9, 2009

GMUKM bertegas agar isu Sticker RM 5 KPZ Diselesaikan Segera



“ Kami MPP Aspirasi membantah keras pembayaran sticker RM 5 yang dikenakan kepada pelajar Za’ba”. Sebelum kita membaca lagi tulisan ini, jom kita ramai-ramai ketawa 10 kali melihat flyers yang diedarkan oleh Aspirasi di tempat-tempat seperti KIY dan KPZ itu sendiri. Ketawa kerana kelakar mengenangkan perangai Aspirasi yang tidak konsisten memperjuangkan hal ehwal siswa di Kolej Pendeta Za’ba. Secara faktanya, sticker RM 5 itu telah dikenakan oleh Hal Ehwal Pelajar Kolej Pendeta Za’ba semester yang lalu. Sticker ini kalau warga Za’ba boleh sahkan, yang mempunyai lambing L. Masalah pokoknya ialah kenapa dulu mereka tak perjuangkan? Kenapa apabila pihak Kolej Al-Kausar nak kenakan sticker tersebut, geng-geng Aspirasi yang didalangi oleh JAKSA Za’ba ini tidak kerauan. Adakah kerana MPP Mahasiswa yang aktif turun padang mengucapkan selamat peperiksaan kepada mahasiswa, menyebabkan Aspirasi melenting???


Berbalik kepada persoalan pokok tadi, mengapa semasa HEP KPZ menguatkuasakan peraturan cas sticker sebanyak RM 5, JAKSA dan bekas PMUKM dulu tidak melenting. Setahu GM, dulu ramai MPP yang tinggal di KPZ. Adakah kerana pihak Al-Kauthar yang buat, mereka berani melawan kerana mereka takut kepada HEP KPZ yang ibarat tokey mereka. Bagi GM, kami melihat isu ini perlu diterangkan secara jelas kepada mahasiswa. Sememangnya kami membantah pelaksanaan stiker RM 5 itu dikenakan kepada mahasiswa. GMUKM melalui MPP Mahasiswa akan menghantar memorandum atas perkara tersebut. Tetapi MPP kami telah menemui pihak Pengurus Al-Khautar dan telah diterangkan secara jelas oleh mereka bahawa stiker RM 5 itu digunakan untuk mengelakkan kesesakan parking di KPZ. Alasan kedua ialah untuk menggunakan duit tersebut untuk membina parking berbumbung di KPZ. Bagi kami, alas an pertama tidak logic untuk digunakan sebagai hujah kerana bagi kami, untuk elakkan kesesakan parking di KPZ, ia perlukan kerjasama dengan wisma aman dan juga kempen kesedaran tentang peraturan Wisma Aman. Juga boleh meletakkan papan tanda tentang amaran meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Ini adalah langkah alternatif untuk mengelakkan mahasiswa membayar RM 5 semata-mata untuk atasi masalah kesesakan lalu lintas ini.


Bagi alas an kedua, untuk membayar parking berbuimbung, pihak GMUKM mencadangkan bahawa duit yang dibayar kepada JAKSA sebanyak RM 100 perlu diberikan sedikit kepada pembinaan parking berbumbung ini. Sekiranya JAKSA amat berperanan dalam menjaga kebajikan penghuni kolej, mereka boleh membayar RM 5 daripada RM 100 iaitu yuran aktiviti JAKSA sebagai dana parking berbumbung bagi penghuni Za’ba. Itulah langkah terbaik. Sepatutnya JAKSA berdikari mencari duit sendiri, sama seperti persatuan-persatuan lain, Bukannya selalu disuap seperti bayi yang baru dilahirkan. JAdi sekiranya JAKSA benar-benar jawatankuasa Kebajikan, anda perlu membela nasib mahasiswa yang terpaksa membayar lebih wang semata-mata anda tidak menjaga hak pribadi penghuni kolej kediaman itu sendiri.


Sekiranya cadangan yang diutarakan tadi tidak dilaksanakan oleh mereka-mereka yang disebutkan tadi, maka GMUKM melalui MPP Mahasiswa akan berganding bahu untuk membuat bantahan secara besar-besaran dan kepada pihak Aspirasi, teruskan oerjuangan anda untuk membela mahasiswa. Cuma diperingkat pemikiran orang awam kampus, Aspirasi sebenarnya lebih suka kepada suasana kepopularan tetapi tak mahu bekerja. Malahan tidak melaksanakan langsung apa yang telah mereka gula-gulakan semasa PRK yang lepas.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !