Mutakhir ini, wartawan GMUKM menerima banyak aduan daripada masyarakat kampus berhubung isu keselamatan dan kebajikan. Di antara isu kebajikan yang amat popular dalam jangka waktu ini adalah isu ketiadaan air. Keadaan ini yang juga dianggap paling kerap berlaku, dan ironinya ia gagal mendapat sebarang penjelasan daripada pihak bertanggungjawab.
Isu ini bukan sahaja menjadikan pelajar tidak selesa, malah berlakunya insiden yang menyentuh keselamatan siswi. Wartawan GMUKM telah mendapat beberapa buah aduan khususnya dari siswi-siswi UKM berkenaan kelibat lelaki yang mencurigakan berhampiran blok siswi semasa masalah ketiadaan air ini berlaku.
“ Dalam pukul 8 malam, kami berdua terpaksa ke blok lain untuk membersihkan diri memandangkan blok kami (Kolej Keris Mas) tiada air. Kami amat terperanjat (apabila) ditegur (seorang) lelaki (yang) bertanyakan, dimana letaknya blok kami. (Kerana terkejut dan sedang tergesa-gesa) soalan itu kami jawab dengan (menunjukkan) blok lain secara rambang, dan segera pergi (dari situ). Namun setelah (selesai dan ingin) pulang semula ke blok kami, sekali lagi (kami) ditegur, kali ini,lelaki itu bukan (sahaja) bertanyakan blok,malah nombor bilik kami. Kerana ketakutan dan rasa tidak selamat,kami berdua terus lari (meninggalkan lelaki tersebut),” cerita siswi tersebut yang tidak mahu namanya diketahui umum.
Manakala di Kolej Ungku Omar, seorang siswi tahun dua menyampaikan rasa dukacitanya terhadap kebebasan lelaki untuk masuk ke dalam kawasan siswi.
“ Saya agak kecewa apabila tugas-tugas penyelenggaraan ingin dilakukan, kami langsung tidak diberitahu terlebih dahulu. Paling kurang, ada notis awal yang ditampal. Kawasan kediaman kami adalah kawasan peribadi kami, jadi apabila tiba-tiba ada lelaki yang menghampiri, malah memasuki kawasan kediaman kami, ia telah pun mengganggu hak peribadi dan maruah kami,terutamanya yang beragama Islam perlu menjaga aurat. “
Keadaan ini juga pernah disuarakan seorang siswi dari kolej Pendeta Za’ba yang mendakwa blok kediamannya dimasuki staf lelaki daripada pihak pentadbiran kolej , pada hari Jumaat di saat muslimin pergi menunaikan solat Jumaat.
“ Ketika kejadian,saya didalam bilik, dan ingin keluar ke tandas. Apabila membuka pintu bilik, alangkah terkejutnya saya, lelaki tersebut dengan 2 orang lagi pekerja pentadbiran kolej, melintasi bilik saya. Bayangkan keadaan saya di saat itu. Kejadian tersebut jelas mencalar maruah saya. “ ujar beliau yang kini juga berada di tahun dua.
Wartawan GMUKM sempat menemuramah beberapa orang pelajar siswi kolej tersebut untuk mendapat gambaran sebenar kejadian seperti itu.Secara umumnya GMUKM difahamkan bahawa kejadian seperti itu memang kerap berlaku.
Dalam pada itu terbaru, pihak GMUKM juga mendapat laporan bahawa sebuah motorsikal milik siswi telah hilang petang kelmarin, 5 Oktober juga di Kolej Ungku Omar milik siswi Tahun 3, kursus Biokimia.
“Ketiadaan pengawal keselamatan yang bertindak mengawal keadaan kolej menjadikan keselamatan mahasiswa,khususnya keselamatan siswi bagai dipertaruhkan. Papan tanda larangan memasuki ke kawasan berlainan jantina tidak lagi diendahkan,malah papan tanda itu sendiri berfungsi sebagai hiasan demi memenuhi syarat sahaja. Kami dipihak AKSIS memandang serius kejadian-kejadian ini. Kejadian ini bukan sekadar menjadi isu keselamatan,malah ia telah menjadi persoalan maruah siswi itu sendiri.” ujar saudari Muslimah Marsi (gambar) selaku jurucakap Aktivis Siswi Dinamis (AKSIS).
“ Mengenai kejadian kecurian motor,saya merasa terpanggil untuk menyuarakan berkenaan tempat parking kenderaan di bahagian siswi di kolej saya sendiri iaitu di Kolej Ungku Omar.
Kedudukan kawasan tersebut yang berada dibawah bukit, dikelilingi kawasan yang amat gelap, tidak disediakan lampu. Keadaan disitu amatlah gelap dan ini adalah amat merbahayakan keselamatan kenderaan disitu selain keselamatan siswi itu sendiri. Saya sendiri hairan, lampu memang ada dipasang di kawasan parking tersebut,namun 'tak pernah berfungsi.Takkan bila dah berlaku kes pencabulan atau apa-apa, baru pihak UKM hendak buka mata ?
"Malah,keadaan ini menjadikan ia sebagai satu tempat paling strategik untuk melakukan kegiatan mencuri motor dan lain-lain lagi. Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah. Saya pohon pihak berkenaan segera memainkan peranan," tambah beliau ketika merespon kejadian kecurian motor yang berlaku di Kolej Ungku Omar .
Kedudukan kawasan tersebut yang berada dibawah bukit, dikelilingi kawasan yang amat gelap, tidak disediakan lampu. Keadaan disitu amatlah gelap dan ini adalah amat merbahayakan keselamatan kenderaan disitu selain keselamatan siswi itu sendiri. Saya sendiri hairan, lampu memang ada dipasang di kawasan parking tersebut,namun 'tak pernah berfungsi.Takkan bila dah berlaku kes pencabulan atau apa-apa, baru pihak UKM hendak buka mata ?
"Malah,keadaan ini menjadikan ia sebagai satu tempat paling strategik untuk melakukan kegiatan mencuri motor dan lain-lain lagi. Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah. Saya pohon pihak berkenaan segera memainkan peranan," tambah beliau ketika merespon kejadian kecurian motor yang berlaku di Kolej Ungku Omar .
“Pihak AKSIS akan cuba mendapatkan penjelasan di atas segala kejadian yang berlaku (isu air, lelaki masuk ke kawasan siswi dan kecurian motor di kolej). Dan kepada semua mahasiswi, jika terdapat sebarang perkara yang ingin diutarakan, jangan berasa takut untuk menyuarakan kepada kami (AKSIS). Kami sentiasa mengalu-alukan suara mahasiswai-mahasiswi UKM” ujarnya lagi.
1 comments:
suarekan terus ke pihak keselamatan...klu korang kate diorang x dengar sbb korang GM pergi sbg pelajar biase...rileks jer ckp aku penah jer jumpe pihak keselmatan...xde nak pihak ASPIRASI k GM ke...buat kerana ALLAH InsyaAllah
Post a Comment