"Kecewa !" Hanya itu yang mampu disuarakan saudari Nasiha Omar, yang juga merupakan MPP Mahasiswa bagi kerusi Fakulti Perubatan Tahun 1 & 2 ketika dihubungi AKSIS lewat petang tadi berkenaan isu penganjuran konsert Adam Lambert yang bakal dianjurkan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal).
" Sedangkan rancangan televisyen (Good Morning America terbitan ABC) di Amerika Syarikat pun (telah) membatalkan (jemputan untuk penyanyi tersebut) muncul di udara, (tetapi) kita boleh pula menjemput dan bayar untuk dia 'merosakkan' anak bangsa kita ?
"Mereka (di Amerika Syarikat) jelas-jelas menolak budaya liar penyanyi gay itu. Nampaknya warga Amerika lebih sensitif dalam soal budaya dan sosial sedangkan mereka bukannya sebuah negara Islam seperti Malaysia," keluh MPP Nasiha lagi.
Ironinya biarpun gejala sosial semakin menjadi-jadi, usaha-usaha penyuburannya seakan-akan digiatkan lebih lagi.Seperti umum sedia maklum, Adam Lambert merupakan penyanyi yang tidak bermoral dengan kontroversi dia mencium lelaki di atas pentas, di samping budaya liar yang diamalkannya, agak malang pihak di Malaysia seakan masih bersetuju atau tidak sedar perihal tersebut.
AKSIS turut mendapatkan pandangan beberapa orang mahasiswi berkenaan isu penganjuran konsert Adam Lambert ini. Saudari Sakinah Ropien, siswi Tahun 3 dari Fakulti Sains & Teknologi ketika diminta mengulas isu ini turut menyentuh perihal sirah kaum Nabi Luth yang mengamalkan budaya seks songsang dan akhirnya ditimpakan bala bencana oleh Tuhan.
" Allah jelas (menyeru kepada kita) mengingatkan kita di dalam Al-Quran, surah Al-An’am,ayat 16 : berjalanlah diatas muka bumi ini maka perhatikan dan saksikan bagaimana kesan kesudahan orang-orang yang berdusta. Surah ini jelas mengingatkan kita untuk merenung kembali apa yang menyebabkan perkara ini (kesan bencana mala petaka) berlaku.
" Kesan daripada konsert ini, ia akan menjadi candu kepada remaja-remaja dan para belia untuk selepas ini mengikut jejak langkah penyanyi Adam ini. Jangan pelik kalau selepas ini akan timbul pula penyanyi Malaysia pun terang-terang mengisytiharkan dirinya seorang homoseksual. Kesannya, adalah apabila sekarang ini penyanyi gay dari luar negara kita bawa masuk, tanpa ada sebarang halangan.
"Saya takut gejala ini akan tidak terkawal dan melarat jika kita gagal menghalangnya sekarang." sambung saudari Sakinah lagi.
Kami Angkatan Siswi Dinamis juga dengan ini kesal dengan apa yang sedang berlaku di dalam negara masa kini. Dalam pada kita berusaha keras mencegah gejala sosial daripada menyusup masuk ke negara ini, dan kita wujudkan Sekolah Harapan untuk remaja yang hamil di luar nikah, serta para pemimpin negara ke beberapa buah negara untuk mendalami kaedah menangani gejala sosial, tetapi kini kita sendiri menjemput golongan-golongan perosak sebegini, masuk ke negara tercinta ini atas alasan seni. AKSIS berpendirian tegas untuk mengatakan TIDAK kepada budaya-budaya hedonisme yang jelas tidak mempunyai apa-apa agenda bermanfaat untuk rakyat Malaysia.
Justeru AKSIS sepakat bersama-sama 'front' di bawah Gabungan Mahasiswa UKM menolak dan memboikot terang-terangan penganjuran Konsert Adam Lambert pada esok hari. AKSIS dan rakan-rakan Gabungan Mahasiswa juga menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa UKM serta masyarakat kampus untuk bersama-sama menolak sebarang cubaan merosakkan pemikiran keintelektualan varsiti kita.
Bersatu Berubah!
4 comments:
bodohla...kaji dlu bru post...ckp islam, tp sembang mcm kafir....aksis2 2 mnde..dh xde keje laen ke...trok sial gm...
yang tuan x puas ati sgt niy pasal ape? kalau ye pon x suka x bleh cakap dgn berhikmah ke? cakap macam orang xde agama...
sorry laa ae ,nak menyampuk ..
harap terima laa komen nie ae ..
yng konsert 2 ,just hiburan je ..
if sape2 nak gi konsert 2 ,xbermaksud GAY ...
kan kita sekadar nak dengar lagu(hiburan)
adakah dengn mndgr lagu ADAM lambert 2 leyh dilabelkan sebgai GAY ..???
nak tnye laa ,isu nie dibangkitkan kat dalam UKM je ke ..?
nape xbangkitkan terhadap KEMENTERIAN PELANCONGAN or KEMENTERIAN KOMUNIKASI tuk isu nie ...????
Adam Lambert just nak cari rezeki ,sama juga seperti arits2 luar negara yang laen ..
jgn kerana dy "GAY" ,kita menolak dan memandang serong terhadap lagu2 serta hiburan dy ...!!!!!!!!!!
HARAP TERIMA KOMEN nie ...
komen aku kene delete, kenape?
Post a Comment