Apa sudah jadi dengan UKM ? Cakap 'tak serupa bikin. Di saat mahasiswa kampus dimomokkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau lebih terperinci lagi di dalam Perkara 15(a) telah melarang mana-mana penuntut universiti dan kolej universiti daripada menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, namun di dalam perihal ini jelas menunjukkan program mahasiswa UKM Fakulti Pendidikan ini terang-terang sengaja diadakan dengan parti politik luar. Aik, 'tak kena AUKU pula ??
Gabungan Mahasiswa nyata kesal dengan pihak pentadbiran UKM sendiri yang membawa mahasiswa ke dalam politik dengan meluluskan program sebegini dianjurkan. GMUKM juga telah menjangkakan pihak terbabit akan 'menggelupur kepanasan' dan akan cuba melepaskan diri dan beralasan perkara ini di luar pengetahuan mereka. Dan ada juga pihak yang cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan program ini adalah program seorang menteri, justeru tiada salahnya.
Gabungan Mahasiswa amat kecewa dengan sikap berat sebelah dan langsung tidak profesional pada pihak UKM. Sedangkan dalam AUKU jelas mengatakan mahasiswa langsung tidak boleh terbabit dalam politik apatah lagi menzahirkan penglibatan di dalam parti politik. Adakah selepas ini UKM pula perlu di-AUKU ?
Di saat UKM masih perlu menangani permasalahan undang-undang yang dicabar UKM4, pihak pentadbiran masih boleh membenarkan program-program yang jelas berkaitan parti politik luar diadakan. Gabungan Mahasiswa juga menyimpan bukti program Anak Angkat di RISDA Pahang juga diadakan dengan konsep yang sama; menjemput ADUN parti pemerintah sebagai perasmi. Malah menjengkelkan apabila 'rostrum' pengacara majlis turut dilapik dengan lambang parti pemerintah.
Persoalan di sini; kenapa cakap 'tak serupa bikin ? Kenapa 'bias' dengan isu UKM4 pulaa ?? Jika mahasiswa menurut kata pentadbiran UKM, senang-senang dilepaskan, ditutup mata begitu sahaja. Jika mahasiswa enggan akur arahan pentadbiran, dicarinya salah sehingga ke lubang cacing. Di mana sikap profesional anda ?
KITA TOLAK DOKTRIN HEP!
Ber-GM Lebih Baik!
p/s : Nantikan pembongkaran selanjutnya bakal menyusul..
2 comments:
UMNO bukan parti bertanding la bodo...
Post a Comment